iDAN

07 Jun 2011

Mukim Teja kian dijajah


"Tauke! siapa kasi pagar semua kolam sana?" aku menyapa seorang pengail berbangsa cina.

"Itu tauke cina dari KL!" benarkah seperti apa yang aku sangka.

Orang kita Melayu memang tak mampu nak tanam pagar seluas itu, kecuali orang kenamaan. Orang kaya yang punyai duit terpijak. Lagi pun semua tahu di kampungku ini pantang ada pagar begitu. Pasti akan menjadi mangsa penagih dadah. Dawai pagar pasti akan hilang. Padanlah ada operasi besar-besaran menangkap penagih dadah di kampungku. Rupanya telah ada projek besar sekitar kampungku.

"Kenapa orang luar datang tauke, kenapa tidak orang sekitar sini yang punya?" sengaja aku mahu bertanya soalan bodoh biar pun aku tahu akan jawapannya.

"Kita mana beranilah kawan, lagi pun mana ada cukup wang mahu jaga, hari-hari orang akan jala, akan jaring kalau mahu hidup ikan..." dia tahu jawapan dalam hatiku; jika silap-silap racun cop tengkorak akan dibaling orang.

Aku tak kisah semua itu, isunya Mukim Teja adalah tanah milik kita orang Melayu; bayangkan sebelum ianya dilombong rata-rata milik orang kampung. Kebanyakannya adalah Tanah Rizab Melayu. Kekinian sebahagian tanah arwah apak pun habis kena kebas, bila aku mahu menebusnya tenguk-tenguk telah bertukar nama. Malahan banyak rumah di Changkat Tualang adalah tanah tol. Aku pernah semak sekitar nombor geran tanah arwah apak yang cuma tinggal sekangkang kera habis dimiliki kaum asing, tak cina, India tak India Benggali. Usia mereka pula muda-muda. Geran tetap lagi, sedangkan tanah milik apak ada yang Pajakan Negeri.

Sebut nama Mukim Teja juga semua tahu ini adalah jajahan orang kita Melayu. Tenguk pagar konkrit berdawai ini, siap dengan papan tanda dilarang masuk; ada lambang orang menembak lagi buat aku rasa perjuangan kita orang Melayu kian tewas, secara senyap-senyap bumi Tanah Melayu makin dijajah kaum lain. Tahun lalu aku dapat membaling pancing di sini; sekarang silap-silap peluru penabur dari senapang patah yang akan datang.

Apakah Pejabat Tanah Kampar tak nampak semua aktiviti ini. Nak tahu juga ceritera sebenarnya. Mungkin orang dalam Pejabat Tanah sana boleh menjelaskan. Apa pula kata Ketua Kampung, Tok Penghulu di sana.

5 ulasan:

iDAN berkata...

Saya sedang mencari Dana untuk memulihkan semua suasana persekitaran kampung saya; mungkin ada Datuk atau Tan Sri yang terbaca blog ini mahu sponsor ini.

Akaun Maybank saya: 112147392732
(ada dua kupang lima duit saja kat akaun..)

Kg Bakap telah pun menjadi kenangan; tinggal dua kampung sahaja yang masih ujud di sekitar kampung saya ini. Kg Redang Sawa & Kg Changkat Tualang tempat tumpah darah.

Jika saya dapat kembali ke kampung saya akan mencari jalan agar kemajuan kampung di sana dikembalikan.

Kenapa mesti kita biarkan sekeliling kampung kita dijajah oleh orang luar. (memang kena diperbetulkan)

Langkah awal teringin nak lihat Pondok Tanah Perkuburan Pedas dibaiki; nak dapat dana dari siapa iyer!.

Mahu memagar Tanah Perkuburan Pedas; sebab lembu, kerbau asyik masuk.

Memanfaatkan Dewan Orang Ramai yang terbiar, dulu ada tandas di dewan ini sekarang apa telah jadi.

Papan tanda jalan banyak telah hilang! kena dibuat semula.

Travel Budget berkata...

idan sy pon org redang sawa..mmg setuju sgt2 habis bekas lombong di jarah utk kedua kali nyer..

Travel Budget berkata...

salam idan..sy sgt2 setuju artikal awk ni..sy pon org kg redang sawa..

iDAN berkata...

Ish! tak sangka jiran sekampung baca catatan sy; boleh tolong risik mana perginya Tahir yang sebaya dengan sy; benarkan khabarnya dah punya dua isteri!,

Tahir memang orang Redang sawa; jika tak silap ayahnya dulu ketua kampung; dia satu kelas dengan saya dari darjah satu hingga darjah ena. Samalah Zaitun, Mahiyon & beberapa orang lagi saya dah lupa.

Bear selalu telefon saya.

iDAN berkata...

Travel Budget:

Saya telah pun buat Aduan ke Biro Pengaduan Awam JPM, bagi saya jika nak kasi kaum cina tanah tol sekali pun biarlah jauh dari perkampungan Melayu.

Hari ini mereka ternak itik; esok lusa kita pastikah mereka ini tak ternak babi.

Memang dasar kerajaan mahu menyatukan semua kaum tetapi orang kata minyak & air tak mungkin bercampur; kecuali satu; kaum cina ini mahu terima agama kita atau masuk Islam.

Bukan saya seorang yang anti perkauman tetapi kita sering sahaja dipermainkan oleh kaum asing ini; jika dulu masalah hotdog guna bahan babi; ramai tak tahu baru-baru ini isu ini timbul lagi roti yang kita makan itu pun bercampur dengan lemak babi. Kompleks besar rupanya telah lama guna bahan ini; hingga kini baru dikesan & disamak semua mesin buat roti itu.

Yang telah masuk ke mulut kita banyak mana!. Kaum asing ini memang tak hormat agama kita, itu isunya.

"Cukuplah kaum cina menjadi peneroka bandar kenapa pula kita nak kasi mereka pula teroka kampung kita."

Bayangkan jika kita masuk ke perkampungan mereka... ada larat & diterimakah oleh kaum mereka?.

Memang saya sedih sangat sekitar Kubur Pedas ke Redang Sawa kebanyakan Tapak Lombong habis dipagar; Travel Budget boleh tolong risikkan benarkah itu milik tauke cina dari KL seperti kata apek yang mancing haruan dengan saya tempoh hari?.

Saya tak terkilan sangat jika ianya milik orang kita Melayu.