iDAN

04 Julai 2011

Kg Simpang Kerayong Melaka & Ayam.

"Mengantuklah Pakcik ingat nak numpang tidur" aku terlelap sekejap saja di Avanza Mila kemudian terjaga mentari dah tengak di kepala. Suasana di Masjid Kg Simpang Kerayong tampak kering & sepi. Panas sekali cuaca hari ini.

"Haaa?..." dia mendekatkan mendekatkan telinga kirinya.

"Mengantuk!" aku meninggikan sedikit nada suaraku. Kut! kuat sangat macam tak sopan, mengerdik orang tua.

"Haaa?..." ah! sudah payah nampaknya aku ni, dah cakap kuat pun pakcik ni tak dengar!. Aku rasa bundar & makin tambah mengantuk rasanya mata.

"Mengantuk!" sambil aku membuat bahasa isyarat mata, macam orang mengantuk!.

"Ooo! mengantuk, maaflah telinga pakcik ini tak dengar... sebelah ni saja dengar sikit-sikit!" dia menunjukan telinga sebelah kirinya. Aku tersenyum dan berbisik dalam hatiku. Nasib orang tua memang begini, aku pun ada masalah telinga kiri asyik berair dan terpaksa sering dibersihkan dengan putik kapas; jika lambat dibersih akan jadi tahi telinga yang keras & sukar dikorek.

"Dah tiga tahun lebih berubat di hospital tapi tak baik-baik, apa doktor ni!... anak ni datang dari mana?"

"Kajang!"

"Haaa!... macang sini pun ada!" kesitulah pula, aku mula tersenyum di hati. Sudah macam drama di TVlah pula, serba salah pula dibuatnya. Mungkin dia ingat aku mencari buah macang nak buat sambal tengah hari buta inikah apa. Eh! dia yang tanya tempat kenapa pula boleh terfikir bab buah macang segala. Ada dua Kajang atau Machangkah di Melaka ini.

"Bukan macang pakcik... Kajang yang popular dengan Satetu!... Sate Sate!!" aku cuba memahamkan.

"Ooo! Kajang!"

"Kajang dekat Kuala Lumpur! haa aah! Kajang"

"Kajang tu sekitar mana!?"

"Sungai Kantan... Sungai Kantan" payah amat nak berbual dengan pakcik yang kurang pendengaran ini!.

"Sungai Kantan pakcik tahulah tempat tu, pernah sampai di sana, pakcik pernah tinggal di Batu 14, selalu ke Semenyih!; lebih tiga tahun pakcik tinggal di Kajang tu!" pakcik ni suka sebut tiga tahun. Dia memang suka bercerita tapi aku ni pula macam layan orang yang mengantuk, sian pakcik. Puntung rokok di tangannya dibuang!.

- bersambung.

Tiada ulasan: