Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

16 Ogos 2011

BPA di Ipoh pun macam tak boleh membantu, Pejabat Daerah & Tanah Kampar
(PDTK) asyik nak sebut akta tanah itu saja.
Tiga geran tanah pusaka Md Sesh memang tak datang-datang
lagi Bil Cukai Tanahnya. Kes TANAH AIR HANGAT tu semalam telah bincang dengan Kak
Nomie memang agak samar statusnya.

- mungkin mmg kena lelong - mungkin memang Md Sesh dah jual - mungkin
ianya pajakan dah sampai tempoh - lagi pun dah lepas ke tangan orang -

Tapi yang 3 geran ni masih tak berusik tanahnya. (Mungkin ada lagi)
Yang terkilannya patut BPA jangan buat keputusan
Biarlah PDTK yang beri tahu status sebenar...
Kalau lelong memang boleh dipertikai
sebabnya kami tak dapat surat notis lelong pelbagai
masa yang sama kami dapat tebus TANAH PAYA ASAP
yang 5 ekar lebih geran tetap dan sebelahnya 5 ekar lagi pajakan negeri

Sekarang ni 3 geran masih tak jumpa.
Tanah tapak kedai, tanah Wan Ham, & tanah dekat rumah Pak Aris .
Nama Md Sesh & abg kandung si Yot mesti ada dalam geran tu.

Jika Pejabat (PDTK) ini bagus perkhidmatannya
Kalau pun tiada nombor geran atau lot tanah akibat waris Opah Bi... sebelah
AC Mizal yang kasi ceroboh Peti Besi Hijau Gajah tu.
Tak kan tak boleh kesan tanah pusaka kami.

Waimanya tak sesukar mana pun PDTK jika nak sudi bantu kami. Takkan
sukar mana pun nak cari pemana Md Sesh biar pun tanpa nombor Kad
Pengenalan di geran. Tak sebesar mana tanah Mukim Teja itu.
Jika asyik gah dengan akta tanah & nak lelong memanglah keadaan akan
jadi tambah rumit!. Semuanya jadi susah.

2 ulasan:

Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak berkata...

Untuk makluman pihak tuan, pernyataan tuan di laman blog tuan dan laman facebook tuan bahawa BPA yang membuat keputusan adalah silap. Peranan BPA Negeri Perak di sini adalah untuk membantu urusan antara pihak tuan dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar. Keputusan yang pihak tuan perolehi adalah dari penjelasan pihak PDT Kampar sendiri berdasarkan dokumentasi yang dan rekod yang terdapat di PDT Kampar.

Selain itu, untuk perhatian pihak tuan, sekiranya kes yang berkaitan mengikut undang-undang, prosedur atau akta, pihak BPA JPM tidak mempunyai kuasa untuk mengubah undang-undang, prosedur atau akta tersebut. Pihak kami telah berusaha untuk membantu pihak tuan. Namun lebih menyukarkan kami apabila pihak tuan yang menuntut tidak mempunyai sebarang bukti kukuh ke atas dakwaan dan tuntutan yang diadukan.

Pihak tuan seharusnya faham bahawa urusan tanah adalah tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri sedangkan BPA merupakan sebuah agensi peringkat persekutuan yang berperanan menjadi saluran untuk orang awam dan jabatan kerajaan berhubung seterusnya membincangkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang timbul antara kedua-dua belah pihak.

Pihak BPA Negeri Perak telah bertindak mengikut prosedur kami, iaitu mengeluarkan surat panggilan mesyuarat dan menjalankan mesyuarat dalam tempoh 2 hari selepas surat tersebut dikeluarkan. Kami juga telah menghantar surat tersebut melalui emel dan berusaha menelefon pihak tuan. Namun pihak tuan gagal dihubungi melalui telefon.Oleh itu, kami beranggapan pihak tuan telah menerima emel tersebut memandangkan pihak tuan sendiri mengemukakan aduan menerusi emel/laman sesawang.

Dengan penjelasan ini, BPA Negeri Perak berharap pihak tuan tidak lagi tersalah anggapan dan mengeluarkan pernyataan yang kurang tepat terhadap pihak kami.Memandangkan kes tuan merupakan isu tuduhan / aduan yang berat iaitu isu tanah dan tuduhan berlakunya penyelewengan terhadap jabatan kerajaan (PDT Kampar),pihak kami bersedia meneruskan kes tuan sekiranya tuan dapat memberikan bukti kukuh dan tampil ke pejabat kami untuk berbincang mengenai isu ini.

Namun, buat masa ini, kes tuan tidak dapat diteruskan kerana tiada dokumen lengkap mahu pun bukti jelas yang boleh membantu kes diteruskan.

Sekian, terima kasih.

iDAN berkata...

1. Isu ini telah pun berlarutan melebihi 15 tahun. Dalam tempoh tersebut ADA TANAH pusaka Md Sesh yang dapat pihak kami tebus kembali, ada yang bertukar tangan (kami hanya ada bil terakhir tanpa geran asal) dan ada beberapa geran yang Bil Cukai Tanahnya tidak sampai-sampai lagi di tangan kami. Tanah tersebut masih tidak diganggu-gugat.

2. Saya telah pun merujuk perkara ini di PDT Kampar tetapi tidak dapat kerjasama lantaran tiada maklumat yang lengkap di pihak kami. Isunya kini, sampai bila Tanah Pusaka ini dapat kami tebus semula jika maklumat di PDT Kampar telah berubah seperti yang berlaku terhadap Tanah Air Hangat yang kini milik Hamidah Saad, Lotnya masih sama dengan Bil di tangan kami, Nombor Geran telah berubah. Keluasannya pun telah berubah.

3. Saya memohon maaf terhadap BPA JPM di Perak lantaran saya terkilan amat Aduan saya ditutup sedangkan kami masih terkapai-kapai mencari jalan terbaik bagi menyelamatkan Tanah Pusaka kami yang masih BANYAK tersangkut di Mukim Teja sana.

4. Berlaku pecah amanah di pihak keluarga kami yang telah pun menceroboh geran-geran asal di simpanan kami. Pun berlaku ketidakkemasannya khidmat PDT Kampar kerana tidak lagi menghantar Bil Cukai Tahunan beberapa tanah milik Md Sesh & waris. Sedangkan tanah tersebut masih tidak diganggu & kami anggap masih milik kami.

5. Maka itu saya berharap sangat agar pihak PDT Kampar jangan melelong atau menukar hak milik Tanah Pusaka milik MD Sesh & keluarganya tanpa pengetahuan warisnya seperti berlaku terhadap Tanah Air Hangat.

Ini bukanlah tuduhan tetapi kami sebagai pewaris terkilan bila tahu ianya Tanah Pusaka milik kami tetapi jatuh ke tangan orang lain.

Jika memang kami ada geran asal & maklumat lengkap memang kami tak perlu mengadu di PDT Kampar & sampai ke BPA.

Untuk maklumat tuan, tanah Md Sesh yang ditemui dalam rekod PDT Kampar semuanya telah saya tebus telah membayar denda tonggakannya kira-kira tiga tahun lalu. Sementelah masih ada tak kurang dari 3 (tiga) atau lebih geran yang masih samar-samar yang kami tahu memang milik Md Sesh & warisnya terperap di Mukim Teja sana.

(Bila maklumatnya hilang bagaimana kami mahu mencari semula; maklumat di PDT Kampar tidak lengkap. Saya diarahkan merujuk di Ipoh. (Merujuk cara bagaimana?) Malahan seperti kes Tanah Air Hangat, Akta Tanah telah memerangkap kami maka itu kami sekadar dapat mengadu sahaja)

Nota kecil:

Jika sebahagian nama arwah apak (MOHD RADZI BIN ABDUL RAHMAN NOMBOR KAD PENGENALAN 1368892) pun telah dipadamkan dalam data komputer PDT Kampar. Tiada maklumat tanah sekitar lebih 15 tahun lalu; bagaimana mahu mencari maklumat asalnya!.

Terima kasihlah lantaran sudi mengambil perhatian Aduan kami; insyaAllah jika ada rezeki kami masalah ini akan kami selesaikan sendiri. Kami masih mencari maklumat yang ada & berharap beberapa tanah arwah apak tidak menjadi mangsa KEADAAN lagi!.

Takkanlah Tuan Tanah tak tahu yang tanahnya telah diteroka orang!.