Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

20 September 2011

5 Jenis ubat kena Telan

ibarat basikal tua tersadai di salji

"Adoi lima jenis ubat kena telan, tiap hari!" memang amat menganggu perasaan, takut buah pinggang tak larat nak mencerna ubatan ini. Keluh hatiku.

"Abang Ali makan tiap harikah ubat Darah Tinggi Abang Ali?"

"Makan!"

"Apa kata kalau tak makan"

"Takat dua hari okey! lebih dari dua hari memang pening, silap-silap tak makan langsung boleh..."

Itu yang dikatakan oleh Abang Ali, abang iparku yang terpaksa makan ubat darah tinggi. Dia macam Mila hanya ada masalah tekanan darah tinggi. Aku pula selain masalah darah tinggi; dengan diabetesnya, kolestrolnya, jantungnya, buah pinggangnya & bengkak hati.

Setelah bersara awal nampaknya hanya masalah darah tinggi, diabetes & kolestrol sahaja yang nampak kronik. Jantung, buah pinggang & bengkak hati nampaknya kian beransur pulih. Cuma kena kawal makan (berpantang) & perlu banyak bergerak atau senaman. Jika selalu berpeluh keadaannya akan menjadi normal.

Bebaru ini masalah jantung ini kembali terganggu. Kerap terjaga malam & sukar bernafas bagai masalah sekitar setahun lalu; Klinik Kardio, Hospital Serdang ada menyimpan sejarah sakit jantungku ini tetapi aku disahkan normal kira-kira setahun yang lalu. Sekitar setahun setengah aku berulang-alik ke Klinik Kardio ini.

Surat terakhir doktor yang aku koyakkan sangat melukakan hatiku; isinya seolah-olah aku tak ada penyakit. Mereka mengesyaki aku sekadar ada masalah gastrik ketika malam. Sedangkan kita yang empunya badan amat ketakutan bila nafas kita tertahan. Nak bernafas pun tak lancar; tarik nafas rasa sakit di dada; lepas nafaskan pun rasa sakit. Aku lebih mengesyaki ada injap dijantungku yang diganggu kolestrol. Tidak lancar. Dalam tempoh setahun setengah itu, selain makan ubat gastrik & cair darah; aku tak putus makan buah goji untuk pecahkan kolsetrol ini.

Jika gastrik setahu aku ianya berlaku sebab makan yang tidak teratur atau diserang sebab perut kosong. Tetapi sakitku kuat melandaku ketika aku makan berlebihan; di waktu malam selalunya. Jika aku tak makan lebih atau tak makan nasi dengan terlebih kenyang; tak pun nafasku diganggu.

Bagaimana kita mahu mengatasi keberkesanan andaian atau rawatan doktor pakar ini. Seperti yang pernah aku uar-uarkan. Aku dipaksa menjalanan dua kali ujian stres. Kemampuan lututku mana tahan menampung ketika ujian stes ini. Doktor pula asyik mahu aku turunkan berat badan. (Nak rawat jantungkah atau Rawatan Menguruskan Badan) Sedangkan aku pasti jika dibuat ujian DSE sedari awal pasti sakitku ini boleh dikesan. Memang doktor pakar pun boleh buat kita stres.

Aku pernah bersungut kenapa ramai pesakit jantung yang bergantung dengan kerusi roda tak disuruh belajar berjalan lancar & dipaksa berlari ketika buat ujian stres?.

Bukan mustahil setelah setahun setengah aku makan ubatan herba seperti goji, kolestrol di badanku boleh berkurang & tak ganggu jantungku lagi. Perkara ini yang sukar mahu dijelaskan.

Dua kali aku buat ujian stres begini.

Tiada ulasan: