iDAN

09 Jun 2011

Terkena dengan Nyonya

Sebut sahaja tidur di Kampar aku memang teruja. Telah dua malam aku tidur & kini aku akan tidur selama dua malam; pastinya aku memilih Regal Hotel, hotel ekonomi yang rasanya mampu untuk aku bermalam. Tak sangka kali ini aku terkena dengan nyonya Hotel Regal Kampar Perak; Mungkin sebab hotel penuh. Hari pertama aku bermalam kira okeylah tapi biliknya tak ada tingkap bergantung dengan kipas sedut udara dari bilik air; sedikit lemas. Penghawanya tak berapa sejuk. Agak terkurung nasib ada Astro. Hari kedua dia letak aku dan Nasuha anak buahku di rumah kedai... huh! bilik air jauh di belakang. Ada tiga tiga bilik sebaris dari blok yang sama dengan Hotel Regal. Dua bilik lagi hanya sesuai untuk org merendek. (sewa RM50). TV, alat penghawa dinginnya memang kelas tapi lantai simen biasa buatkan suasana bukan macam hotel. Paling leceh jika terjaga malam nak buang air terpaksa pergi ke ruang belakang rasa jauh amat. Tapi dua pasangan di sebelah bilik tak keluar-keluar. Hingga aku keluar hotel sekitar jam 11:00 pagi masih tidur nyenyak tidurnya. Ish! begitulah kalau bermusafir!. Jika nak tidur Hotel Regal Kampar, aku syorkan pilih bilik No. 8 tingkat dua. Memang cantik cuma RM85 semalam; macam 5 star hotel... sungguh!. Tingkat satu pilih dua bilik mengadap jalan raya pun sama kut!. Sudah empat malam aku tidur kat sini; minggu lalu paling tak sesuai kamarnya, hari lain tu memang bagus keadaan biliknya jika tidur sini. Jangan lupa pagi minggu ke Pasar Lambak & gerai Muhibbahnya. Jalan kaki sahaja dari hotel. Banyak ubatan dijual cara lambak sahaja. Makan mee kari di gerai sana memang terasa suasana santai yang amat berbeda. Biar pun hotel ini tak adalah kolam renang tapi tengah bandar; depannya ada Pasar Raya meriah amat; biliknya memang bersih; milik org cina tapi setiap bilik ada arah kiblat. Semua bilik ada Astro & kebanyakannya pakai TV LCD leper tu!. Bilik airnya lengkap dengan air panas biar pun tak sebesar mana. Bilik berdua banyak yang sekitar RM50 sahaja. Sekitar Kampar ada banyak tempat menarik antaranya Latar Salu, Lata Kinjang (aku panggil Lata Mangeshkar) nampak dari L/Raya Utara Selatan... Gua Tempurung; dari Ipoh sekitar 30 minit sahaja. Nak gah tidur Grand Kampar; tapi jika tak ada dalam RM200 semalam jangan cuba nak nginap di sana. Aku sekadar suka bermalam di hotel ekonomi lantaran tak suka ganggu rumah orang dengan dengkuranku yang kuat amat. Jika balik kampung sendirian suka tidur di Kampar ini sementara rumah pusaka tak siap dibaiki lagi. Jika pulang dengan Mila tak kisah sangat boleh tidur rumah arwah Wan Bi. 09hb Jun 2011 pukul 11.06 pagi

Tiada ulasan: