iDAN
08 Februari 2012
Memakai baju bergambar
Pertanyaan:
Assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya apakah hukum kita memakai baju yang mempunyai gambar seperti haiwan dan manusia ketika solat.?Apakah ianya haram.Sebagai contoh memakai pakaian seragam yang mempunyai logo harimau malaya pada sisi poket.Mohon penjelasan
Jawapan:
Apabila kita mengadap Allah swt, kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai. Pakaian yang mempunyai gambar-gambar makhluk bernyawa seperti binatang dan manusia hendaklah dijauhi kerana terdapat larangan dalam hadis riwayat al-Bukhari (3226) dan Muslim (2160) daripada Abi Talhah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Malaikat tidak memasuki rumah yang ada padanya gambar”.
Walaupun terdapat khilaf pada tafsiran gambar tersebut, namun menjauhinya adalah lebih utama kerana ada pendapat yang mengatakan haram seperti fatwa Anggota Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi menfatwakan tidak harus seseorang solat dengan memakai pakaian yang ada gambar benda-benda yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan lain-lain. Dan tidak harus juga memakainya walaupun di luar solat. Adapun solat, maka sah solatnya dan ia berdosa. [RUJUK Fatwa al-Lajnah al-Da’imah 6/179] Lebih-lebih lagi kalau dalam solat jemaah kerana akan mengganggu kekhusyukan jemaah lain.
Tetapi jika gambar atau logo itu kecil, hukumnya tetap haram tetapi dimaaf pada syara’ kerana darurah, dengan syarat bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang. Tetapi adalah lebih baik dia memakai pakaian lain jika ada.
Sekian
Wallahu A’lam.
Disediakan oleh:
Ahli Panel Majlis Ulama ISMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan