Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

26 Jun 2012

Sesuatu nan Giler Siri 7

Bila Anif telefon aku malam tadi; darah tinggiku melonjak naik. Benda yang aku takuti dilafazkannya.

"Ayah boleh tak Anif TUKAR sekolah!" Anif mahu kembali ke sekolah asalnya. kenapa jadi begini.

"Cikgu dah benarkan Anif bertukar sekolah!"

"Siapa yang buat keputusan sedangkan ayah tak benarkan Anif berpindah sekolah!" giler sah Anif berjaya kaunseling cikgunya; BUKAN cikgu berjaya kaunseling Anif.

Nak kuserahkan 100% kegagalan memujuk Anif kekal di asrama penuh terhadap pihak sekolah silap tu. Ibu ayah juga kena jadi pakar motivasi selain cikgu. Aku telah berjumpa cikgu kaunselornya; agar kaunseling si Anif KEKAL tinggal di asrama. Aku tahu Mila sekadar 50% 50% masih mahu turuti kehendak anakandanya. Ini SILAP. Sedangkan dia tak nampak kemampuan aku sebagai ketua keluarga jika Anif di Jenaris ini.

Siapa akan biaya dia kelas tambahan nanti; siapa yang akan hantar dia ke kelas malam. Siapa yang akan uruskan makan minum dia di rumah. Siapa yang bakal ambil dia tengah hari nanti. Tugas suri rumahku pasti bertambah. Mila selalu pertikai peranan aku sebagai suri rumah. Padahal dia tak pernah tahu; pernahkah anak-anaknya tak sarapan; pernahkah aku abaikan makan tengah hari mereka. Tidak aku masak aku beli lauk. tak cukup duitku aku tanak nasi.

Anif di asrama semua telah teratur; cuma jamah masuk mulut dan belajar,

Bayangkan malam-malam apa ada makanan di rumah jika aku tak berperanan mencarikan juadah. kadang ada kadang-kadang tidak. Sering dijadikan alasan barangan di dapur tak ada. Tapi bila kenapa sayur sampai busuk di peti ais apa ceriteranya. Kalau Husna tak masak apa akan jadi. Asyik nak salahkan menantu makan kenyang dan tidur di kamar atas. Salahkan mereka eh. Mereka sekadar menumpang di rumah kita. Sedangkan mereka pun nak rasa hidup sendiri. Kita yang perlu sediakan makanan keluarga. Sebab kita ramai tak ekonomi jika beli makanan di luar; kita ada paling tidak berempat; jika Anif balik ke rumah jadi berlima. Beli di luar pasti sebungkis sekitar RM5 dikalikanlah dengan lima; biasanya takkan sampai hati kita; kita makan sedap Husna & Afiz apa pula. Hatta dikalikanlah 7 bungkus.

Takkan menantu asyik nak masak sendirian semua juadah untuk bertujuh orang. Jika sama-sama memasak aku tak kisah, kalau bagai dulu semasa Husna tak kerja seharian dia memasak semua; baik hari kerja atau hari cuti. Rasanya itu tak kena. Sampaikan aku RINDU masakan ala jawa Mila. Sabtu Ahad ibu kena kurang aktiviti luar; kena memasak untuk keluarga. baru lekat kasih sayang.

Aku tak memihak Mila atau Husna bab memasak; dua-dua sama MALAS nak memasak. tapi bagiku jika sesekali Afiz terasa nak makan di luar dan beli cuma untuk mereka berdua; apalah salahnya. Gaji mereka berdua tak sebesar mana. Biarlah mereka nak rasa juadah titik peluh sendiri. Titik fasal tu jangan dakwa-dakwi.

Bab Afiz; ibu juga kena memainkan peranan; yakinkan si Anif itu; sekolah STTJ itu memang bagus; ada anak rakanku jadi pejar cemerlang sampai belajar luar negara belajar di sana. Sampai cikgu di sana menyatakan lebih bagus dari MRSM. Kita bukan nak penjara Anif berkurun di sana; tinggal sekitar serahun sahaja lagi agar dia menjadi pelajar berjaya. Jika dia jadikan alasan di sana dia tak boleh belajar. Aku pula berpendapat di rumah ini lagi sukar dia belajar. Jika dia memilih tak mahu belajar dan mahu jadi pelajar tercorot dalam kelas; aku tak pernah menggalakkannya. Sepatutnya dia cari rakan pelajar/rakan yang boleh membuatkan dia giat berlajar. Berjaya dan membanggakan hati keluarga.

Asyik tenguk KPop pun komidi Korea di rumah; aku takut mematikan hatinya. Aku tak galakkan namun tak melarang. Dia dah besar dan pandai berfikir. Masa tak pernah menanti kita. Cuma yang aku lihat Anif masih berkeras dengan agenda tukar sekolah cuma Anif & Ibu. Kami yang lain memang tak setuju. Sebab aku tahu siapa Anif jika di Jenaris. Pun Anif boleh jadi pelajar yang cemerlang jika akur diri sedar diri dan kekal tinggal di asrama penuh; dia dari darah aku keluarga yang susah bukan cara hidup ibu yang boleh bersenang-lenang.

(Aku amat benci jika kita tak kenal sejarah; lupa diri kini asalnya SUSAH bila senang lupakan kekasih kita yang sedang sakit dan Goyah)

1 ulasan:

iizza berkata...

dah hampir setengah tahun ni..anif masih x dpt sesuaikan diri kat asrama ker..emm agak betul dia tertekan kat situ..

anak liza dulu 3 bulan jer kot gundah dulana..sekarang boleh tersenyum lihat prestasi dia..