iDAN

12 Julai 2012

RUMUSAN DARI KES YANG DITUTUP 8


(Sekadar catatan tak perlu dakwa-dakwi)

Sila Rujuk Kes Aduan Asal

KES 94538  MASALAH MORAL PELAJAR DI ASRAMA PENUH di BPA, JPM.

Sebermula dari kenapa anak saya tidak suka tinggal di Asrama Penuh STTJ; malahan ramai rakan saya yang anaknya tinggal di asrama penuh serata Malaya menghadapi masalah yang sama malahan ada kes lagi teruk sampai melibatkan kejadian rogol di asrama perempuan.

1. Isu terkini yang saya kemukakan apa peranan seorang Guru Kaunselor STTJ jika tidak dapat membantu anak-anak kami agar sesuai dan menyukai tinggal di asrama. (Bukan mencari jalan mudah menyarankan sila balik ke sekolah asal).

2. Moral pelajar yang sampai kini masih GIAT mencuri sejak bertahun-tahun dan pihak sekolah sekadar mengatakan jangan bawa wang sejumlah RM30 ke atas. Wang hilang lebih dari RM30 seolah-olah pihak asrama akan lepas tangan.

3. Kenapa pihak sekolah atau KPM tidak membantu memberi kesedaran agar kegiatan mencuri ini tidak terusan. Mungkin diadakan semula mata pelajaran sivik atau dipanggil pakar motivasi agar anak-anak kita SEDAR DIRI agar tidak mencuri.

4. Masalah moral ini bukan masalah peribadi atau keluarga; kami hanya dapat membantu 50% sebab anak kami sentiasa di asrama selama 5 hari seminggu, sepatutnya pihak sekolah juga dapat membantu 50% agar persekitaran di asrama sana selamat dan disukai oleh semua pelajar.

5. Sekali lagi saya ingatkan kes asal saya adalah berkait rapat dengan masalah MORAL pelajar di asrama. Sebaiknya kita mencari jalan agar perkara ini menjadi ceria bukan kemelut yang terus menyelubungi pelajar kita yang tinggal di asrama terus meruncing. Pihak sekolah SMT Gombak pernah berpakat-pakat untuk memerangkap pencuri di asarama mereka. Memang kalangan pelajar yang menjadi pencuri. Mereka berjaya sebab saling mencari jalan terbaik; bukan menyerahkan masalah begini kepada keluarga yang mengatakan ini malasah PERIBADI awak.

6. Masalah anakanda saya Anif mula gusar tinggal di asrama adalah lantaran barang kesayangannya dicuri. Ianya terus merebak bila STTJ ini agak ketat disiplinnya sampaikan ada ketika ibu ayah tak dibenarkan hantar anak masuk ke kawasan asrama; Bayangkan jika anak kita dipaksa bawa beg dan baju yang bergantung menapak dari Pagar Utama sekolah ke asrama. Banyak perkara lain tak perlu saya ulas, seperti mereka takut pokok besar lagi tua ada hantu (nampak dah ditebang) & pelbagai masalah seperti pakai kain batik. Benda remeh begini memang tak kena nak jadi isu besar tapi apa salahnya kita bual bersama. Ini adalah aduan anak-anak kita.

7. Samalah kes rogol di asrama perempuan; bila disiasat; memang pintu masuk ke asrama AMAT tidak selamat. Yang merogol adalah pekerja yang senggara makanan. Orang dalam yang tahu mana lubuk buat dia menjadi perogol. Bukan perogol bersiri yang ganas seharus KPM amat peka tentang keselamatan pintu ini.

iDAN: Kes Aduan aku yang amat risau akan masalah Anif tak selesa tinggal di asrama yang tak selesai. Kecurian di STTJ masih ada, Minggu baru ini keluarga tak dibenarkan masuk kawasan sekolah. Kasihan juga tenguk Anif bimbit beg agak besar; baju yg telah digosok bergantung. Tindakan pihak sekolah sebegini bagiku amat kolot; seolah-olah ibu ayah pelajar di asrama ini penyagak. Sebarang alasan kami dihalang masuk memang aku tak terima sebab syarat balik ke asrama adalah 6:00 petang; kami sampai awal dari waktunya sekitar 5:00 petang sudah sampai.

Kemudian dari pihak BPA Negeri Sembilan; tak pernah menganggap masalah asrama ini serius; sampai kes BULI BALIK ini masih tersiar di akhbar minggu ini. Bagaimana moral pelajar asrama memang kena dibetulkan.


Aoatah lagi aku dapat surat pihak berwajib "awak punya masalah adalah masalah peribadi" nampaknya BPA telah membelakangi KPM ikut cara mereka ambil budah semua aduan dan tak risau pun akan anak bangsa kita bermasalah moral atau akan tercicir. HUH!.

2 ulasan:

izz iizza berkata...

ishh sampai tahap rogol-rogol ni..bahaya tul nih..

iDAN berkata...

Payah nak mengadu kepada org yg TAK terkena ke hidung sendiri; masalah Anif ini sebenarnya masalah remeh. Jika semua mahu membantu memang akan jadi okey. Mudah diselesaikan.

Cikgu ini ada egonya, maklum mereka adalah dari staf kerajaan yang dalam kumpulan elite bergaji besar semuanya; keluarga mereka jika setakat hilang RM100 tak jadi hal tetapi bagaimana ibu ayah yang memang susah. RM10 pun amat bernilai bagi mereka ini kan hilang beratus RM.

Kes rogol itu berlaku di asrama anak rakan paksu; dia kata memang tombol pintunya tak selamat; tolak angin pun boleh terbuka. Cubalah anak Cikgu atau anak Pengetua sendiri kena rogol baru dia rasa bahananya.

Bukan Paksu nak buruk-buruk masalah asrama ini; perkara ini terus berlaku dalam akhbar pun berlaku lagi kes Buli yang ganas. Di IPTA pun sering berlaku kes pelajar buang anak; Paksu duduk di UPM lama, cer pergi pantau; mmg ada asrama lelaki & perempuan tidak berpagar.

Ini petanda anak-anak kita masih tak bersih dalam masalah moral; buli adalah pengarah nakal atau budaya tak baik. Apatah lagi seks bebas ketika remaja.

Di mana lagi kita nak mengadu; jika cikgu atau warden asrama ada egonya; BPA sepatutnya jadi orang tengah bersikap lepas tangan. Dianggap ala ini masalah peribadi.

Mana ada masalah di dunia ini yang tak bermula dari PERIBADI. Alasan masalah peribadi buat masyarakat kita tambah pincang. Sekarang seorang ketua (perempuan yg kita pilih) sudah jadi macam tu sikapnya; pasti nanti orang akan kata makan gaji BUTAlah org BPA ini sebab nak lepas tangan dalam semua masalah. Marahlah pula.

Sebagai contoh kita lihat ada pelajar yang berani pukul cikgu; bila pihak BPA tahu; ala itu masalah peribadi antara cikgu dan muridnya. GILER.

Top-top sampai kiamatlah anak-anak kita tak selesa tinggal di asrama puncanya ada ibu bapa yang menegur sebab nampak sesuatu tu boleh mencorakkan masa depan anak kita yang tak baik; Tak diendahkan. Apatah langkah keselamatan yang dikaji amat longgar dipandang ringan oleh pihak sekolah atau asrama. Bebaslah perogol masuk ke asrama perempuan nanti.