Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

12 Oktober 2012

Ana telah pergi JAUH Siri 2

Iskandar baru berumur TUJUH tahun
Masa aku ke katil nombor 11 ICU. Tirai keliling katil Ana telah dikepung. Tajul pergi ke Surau untuk solat; selang beberapa ketika Azan Zuhur bergema. Enam cahaya mata Ana ada keliling katil; telah selesai berulang kali membaca Yassin; dari mesin/alat radas aku nampak angka skala meter dah tak seimbang. Kejap ada nombor 85 kejap tanda garis kejal tanda soal (?)

2. Cahaya mata Ana seorang demi seorang mengajar Ana mengucap: di telinga ibu mereka. Semua cahaya mata anak lelaki; hanya seorang berada di Bintulu dalam perjalanan pulang. Aku sekadar mendoakan Ana tidak sukar menujau arah perjalanan.

3. Aku berbisik kepada Fairus; tenguk bacaan mesin tu macam dah tak berapa stabil. Mata Ana masih terbuka layu; bibir Ana nampak lesu sebab dah seminggu di ICU. Jururawat bertugas & doktor minta kami keluar. Pasti ada kerja kecemasan mereka nak lakukan.

4. Selain keluarga Ana aku & Fairuslah rakan baik Ana paling akhir dapat menziarahi dia. Aku menunggu di luar wad ICU. Tajul habis solat; tak jauh surau dari wad ICU; terus datang memeluk aku dengan tangisan. Dia masuk ke wad ICU; selang beberap ketika anak Ana kasi tahun Ana telah tiada. Iskandar keluar wad dengan tangisan tak mahu berhenti; abangnya memeluk Iskandar agar reda tangisannya.

5. Aku tak mampu nak mendekati Iskandar, aku tak mampu mendekati Tajul sebab aku tahu semangatku nak menghadapi saat sedih begini tak sekuat mana. Muzammir Syed Abuya Rusdi ramai lagi sentiasa menenangkan Tajul. Ana milik Dia nan Esa; aku berharap Ana tenang di sana. Aku tahu Ana seorang isteri yang amat baik & banyak amat berjasa kepada suaminya Tajul pun ibu mertua yang lama tinggal bersamanya. Aku mendoakan agar Allah Azza Wa Jalla akan mengampunkan semua doa Ana. Cumanya Iskandar terlalu kecil untuk menerima hakikat hidup ini.

Malam tadi ke majlis tahlil di rumah Ana; alahai emak Tajul macam tulah... macam apa yang Ana cerita; Tajul mengadu emaknya dah mula runsing sbb bila Tajul masak tak sedap mana dia tak suka; dia mahu Ana juga yang masak... si Iskandar pula asyik bertanya bila ibu nak balik... dia baru 7 tahun darjah satu TAK faham lagi erti kehilangan; abg yang rapat dengan dia masih di Bintulu masih tak balik sbb exam; khabarnya hari ini baru sampai semenanjung... mmg kesan kehilangan ini amat menyentuh hati kita; nak buat macam mana Allah SWT lebih sayangkan Allahyarhamah Ana meninggalkan kita dengan ujian yang tak urai ini...

Tiada ulasan: