Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

11 November 2012

Ish penat benar menunggu Mila berbelanja di Rumah Mode Bandung
 Wajahku masih mirip Hail Amir tapi muka mula nampak jebah. Perut dah memang memboroi sejak aku makan ubat cair darah ketika jantungku bermasalah tapi kini dalam tempoh diet. Aku berjaya menurunkan berat badah sekitar 11 kilogram. Tapi asyik berligar turun naik sekitar itu. Hatta pinggangku dulu 40" kini kembali ke 38". Doktor pakar pemakanan memberikan aku sasaran/target agar mengurangkan berat badan sekitar 6 kilogram lagi. baru betul-betul menjadi manusia lelaki normal.

Aku sayang dengan usiaku yang bersisa & berharap agar keluarga serta rakan-rakanku mendoakan aku panjang umur sebab aku mahu mencapai cita-cita menulis ampai ke 1,001 puisi: Ratib 1001 Puisi Penyair iDANRADZi.

Setakad ini aku hanya baru mengumpul sekitar 200 buah puisi. Tersimpan di e-mel sekitar itu juga. Tidak aku paparkan buat umum sebab aku mahu cuba ianya terbit di Media barulah ianya ada nilai jika dimasukkan di blog atau FB.

Tiada ulasan: