iDAN

17 April 2013

Bagaimana orangnya?.


Percaya atau tidak.
Kehidupan ini perlukan perhatian dari seseorang.
agar kita dapat merasa diri ini ada makna.

Sampai bila kita mahu teruskan hidup ini sendirian. Berjalan sendirian. Ke pasar sendirian; paling membosan bertandang sendirian. Jika duduk di rumah sendirian mungkin tak ada payahnya. Sebab ada Astro untuk di layan. Ada dapur untuk masak sendiri. Ada majalah untuk dibaca. Ada telefon untuk hantar sms.

Tapi cuba bayangkan jika ke pantai sendirian. Orang seni ke nak kutip kulit siut di pantai. Cer bayangkan jika menonton sendirian; filem sedih terinsak tangis. Keluar panggung pasti akan tambah sepi. Cer bayangkan melancong sendirian nak ambil gambar pun payah.

Perhatian yang bagaimana?. Ada ketika bila kita diserang sakit kronik; memang ketakutan akan mati itu akan ujud. Bayangkan sendiri jumpa doktor pakar jantung atau pakar bedah. Rasa nak terjun bangunan bila nasihat doktor amat menakutkan. Pasangan, kekasih atau rakan amat perlu ketika kita sakit. Begitu juga bila kita rungsing memang amat perlukan rakan untuk mengadu. Takkan cukup mengadu dengan bayang-bayang atau basah bantal menangis sendirian. Resah, sedih atau gusar hati boleh hilang tetapi ianya akan datang kembali jika hidup terus sepi.

Hatta keujudan cinta itu memang perlu; kita beragama Islam boleh tenang dengan solat. Cinta kepada Alla itu mesti. Ketenangan solat ini perkara ghaib; batiniah yang sukar kita fahami. Bila berpijak di bumi nyata kita perlukan seseorang mendekati. Sebab itu syurga tak akan sempurna tanpa Bidadari. Amat perlu ujudnya Ketua Biadadari sejak dari dunia lagi. Ketua Bidadari yang bagaimana. Garang?; kuat menjerit?; ego atau suka meninggi suara; atau tak suka berbual...?. Bagaimana orangnya?.



Tiada ulasan: