BERTANDANG KE JAHANG Vi
Aku cari-cari juga mana si Azim berendam. Pengunjung jeram Jahang boleh
tahan ramai. Aku salin pakaian mandi setelah agak lama berbual dengan
orang Batu Gajah yang bersama keluarga berkelah. Jiwa sama dengan aku
amat sayang kampung halaman. Aku naik PELIK lihat orang asalnya motong
getah; atau kerja kampung bila duduk bandar suka amat di bandar sampai
tak ingat kampung. Isu ini aku selalu ungkit & adik yang aku berbual
umur sekitar 30an pun sependapat denganku. Jika di bandar cina yang
jajah kenapa mesti orang Melayu hilang kampung halaman. Jika kita orang
Melayu duduk di kondo agam atau banglow mewah di bandar itu memang aku
suka; ini lebih ramai di rumah teres sekecil teratakku. Apalah
bahagianya duduk bandar dalam kesesakan. Kecuali duit banyak.
2. Aku lari dari orang pergi nun jauh ke muara sungai. Buat empangan
sendirian untuk dapatkan aras air yang dalam. Tengah sungai memang
airnya deras. Aku perhatikan ramai yang
tidur di chalet sebelah aku menyewa bawa gayung. Mungkin tak semua
tempat airnya dalam. Banyak paras lutut kecuali jika ada lubuk. Memang
dalam airnya. Jauh ke muara ramai yang bawa pancing maka tak kuasa nak
ganggu mereka. Aku sekadar mengintai dari jauh nak tenguk ikan apa yang
dapat mereka pancing. Aku bawa pancing tapi tak pasti di lubuk mana nak
memancing. Nampaknya memang kurang ikan.
3. Tak siap pun
empanganku Azim datang kasi tahu Dzuan datang dengan keluarganya. Aku
hanya memakai seluar gedoboh baju T hitam. Rasa ganjil pula nak jumpa
rakan dalam basah kuyup. Azim ambilkan tuala. Anak Dzuan semua mandi;
turut serta menantunya. Hanya dia & isterinya tak mandi.
4.
Menjelang hampir Maghrib barulah mereka naik dari sungai. Dzuan pelawa
aku untuk ke rumahnya. Haluan jalan yang sama. Rumah Kampung Dzuan
dijaga rapi oleh adiknya yang tinggal di Putrajaya. Sebulan paling tidak
sekali dua adik Dzuan akan bersihkan rumah pusaka ini. Seingat aku aku
pernah ke rumah Dzuan semasa aku sekolah menengah. Rasanya masih ingat
suasana dulu lebih redup sebab di depannya ada ladang getah. Sekarang
dah lapang terang. Bila Azan Maghrib berkumandang aku minta diri kembali
ke chalet untuk berehat menunggu rakanku Zainal yang tak jumpa sekitar
30 tahun. Zainal pun kampungnya sekitar Jahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan