Kembara ke Kampung Belukar Pulai Chondong
Subuh hening hari Isnin tahun 1959 aku mula dapat bernafas puas setelah
9 bulan di dalam rahim ibuku. Aku dengar apak & emak mereka namaku
Haridan. Satu nama yang unik agak kurang orang suka nama Haridan. Yang
sering orang akan guna nama Hamdan atau Shahidan.
Bila emak
saudaraku datang di usiaku dah boleh ditimang ujudlah nama timangan
Idan. Idan nama timangan yang emak saudaraku Wan Chor kasi tapi jarang
disebut orang luar; kecuali saudara
terdekat. Ramai panggil anak bungsu Opah Kamariah ini dengan gelaran Dan
sebab abang kandungku bernama Din. Dan & Din dua nama mirip sama
tapi perwatakan kami tak sama.
Aku jauh lebih pendiam tak
lincah mana tapi abang kandungku Din ini memang ligat segala.Sekitar
tahun 1964 berlakulah satu rombakan hidup dalam dunia kehidupan apakku
yang dikenal MD Sesh. Ribut melanda; emak aku Opah Kamariah lari rumah
bersama Chek Peah. Setelah apak kahwin 3. Ketika itu juga tentunya filem
Madu Tiga mula popular (terbit 12 Feb 1964). Filem Madu Tiga ini tak
ubah ikut skrip kehidupan ayahku.
Aku telah sering
menceriterakan pengalaman sedih kehilangan emak di usia lima tahun ini
dalam blog & FB. Sampai sekarang ianya masih berbekam di hatiku.
Bagaimana emak boleh terikut pujukan Chek Peah untuk lari tinggalkan aku
setelah tahu apak kahwin menjadi misteri sampai kini. Isteri muda apak
Opah Bi (Opah si AC Mizal) adalah janda beranak sorang; Yeop Zaini
(Dato' Zaini bin Hashim). Setahu aku apak telah lama bercinta dengan
Opah Bi Sejak Yeop Zaini berusia sekitar 3 bulan lagi. Bapa sebenar Yeop
Zaini (Hashim) telah lama hilang sejak perang Jepun. Tak tahu di mana
kuburnya.
Sekitar tahun 1964 atau 1965lah aku mula menjejak
kaki ke Kelantan. Masih aku ingat ketika itu Pantai Cinta Berahi pokok
runya masih kecil pantainya memang cantik & landai. Yeop Zaini
ketika itu telah menjadi Inspektor Polis sedang sarat bercinta dengan
emak AC MIzal yang menjadi jururawat di Hospital Kota Bharu Kelantan.
Pastinya itulah perjalanan pertama aku paling jauh sejak aku
dilahirkan; demi kasih sayang apak kepada Yeop Zaini & Opah Bi (aku
panggil Wan Bi) aku mula kembara jauh ke Kelantan; Zaman dulu mana ada
lebuh raya; aku masih ingat kami terpaksa bermalam di sebuah hotel.
Terpaksa sewa kereta (mungkin juga kereta apak) ada pemandu... apak
duduk di depan aku & Wan Bi duduk di belakang. Aku rasa perjalanan
ini jauh amat & penat amat siap meniti lereng gunung pelbagai.
-bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan