Salam buat semua…kisah ini adalah
berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan
pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui hiway utara-selatan
dengan menunggang motosikal.
Kisahnya begini..malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja..aku rasa
amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat
seketika..aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung.
Seperti selalu..aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00
mlm.
Selepas mengemas pakaian..dan memeriksa motosikal ku, aku memulakan
perjalanan dari Kg. Baru dan memasuki hiway di Kepong. Lebih kurang 2 jam
perjalanan aku singgah sebentar di Tapah untuk mengisi minyak. Jam
menunjukkan jam hampir pukul 3.00 pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti
biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat kurang. Bulan cerah, sejuk dan
berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan …sampai di Ulu Behrang…aku berhenti di tepi jalan selepas exit Ulu behrang. Aku
memaatikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa
tinggi di tepi jalan masuk ke lebuhraya dari Ulu Behrang.
Semasa aku berhenti..aku merasa tenang dan damai kerana jalan sangat- sangat
sunyi... dan lengang… kiranya aku boleh memecut motosikalku tanpa risau.
Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi
hiway mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tangan menunjukkan lebih
kurang pukul 3.40 pagi. Cuaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket
kulit. Sesekali dalam di sebelah sana menghala ke KL... kereta
melintasiku. Jalan raya mulai berkabus..seolah-olah aku sudah melepasi
terowong menora di Ipoh,
Habis sahaja sebatang rokok untuk menghilangkan mengantuk.. aku campakkan
ke jalan…aku menoleh ke belakang… ketika itu aku seolah-olah tidak percaya
dengan apa yang aku
lihat. Aku tergamam seketika... seolah-olah terpaku dengan apa yang aku lihat.
Aku kejipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua-dua telapak tangan..ia
masih di situ..
Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi hiway itu aku
melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan
ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut..yang aku
nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang
berceracak memenuhi bukit-bukit di hadapanku. Aku nampak jelas dengan bantuan
cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu-batu nisan
lama….
Aku tak merasa seram atau takut... yang aku rasa hanyalah pelik kerana
setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan
ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi
pertanyaan menerobos benak minda ku... apakah ini khayalan aku atau
realiti. Aku memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu
melihat... sungguh ia adalah perkuburan yang berusia dan penuh dengan batu
nisan yang senget-senget dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit
aku terpaku di situ... memang aku sedar... tak ada sebarang kenderaan yang
lalu. Selepas itu aku perlahan-lahan berundur ke arah motosikalku... mengambil
helmet dan menyarungkan sarung tanganku sambil mataku tidak lepas
memerhatikan kawasan perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa
seram sejuk... dan bulu tengkuk ku menegang… aghhh tanda ianya bukan
realiti… aku start moto dan tanpa menoleh lagi... aku bergerak... sepanajng
jalan…tak putus-putus soalan demi soalan dalam fikiran aku.
Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa-apa pada ayahku. Keesokan
paginya aku bertanya... dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada
perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya.
Oleh itu aku yakin... aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain
buat sementara waktu.Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut
aku mengingatinya. Apa yang aku nampak... perkuburan siapa... Hanya Dia yang lebih mengetahui.
1 ulasan:
Mungkinkah kubur bunian atau sememangnya itu kawasan perkuburan yang telah di lenyapkan oleh keadaan.
Catat Ulasan