Aku berharap saat & ketika ini dzuan sahabatku lena tidurnya. Risau mata dzuan akan melarat sakit jika teruskan berjaga malam. Aku harapkan dzuan dapat tidur 15 jam amat lena seperti yang doktor pakar sarankan. Mata adalah anugerah yang tak ternilai. Allah amat baik berikan kita mata secara percuma. Seperti kes duit semalam aku amat kontras. Allah tak pernah minta duit dalam bab pemberian. Jika Allah kenakan kita duit untuk kita menyewanya siap dengan faedah atau jual cara MLM ish kita akan jadi korban tak berduit muflis belaka...pasti ramai kita akan membenci TUHAN.
2. Begitulah juga dengan perkara lain... mata hati jiwa raga jantung
segala adalah rahmat dari Ilahi yang tak ternilai. Ianya diberikan
secara percuma tanpa cagaran. Hanya ingatlah semua ini hanya pinjaman.
Kita menjadi pemilik yang amat beruntung memiliki pancaindera yang
sempurna. Ramai kalangan waris juga sahabat kita tidak punyai semua yang
kita miliki. Bab cagaran sebenarnya ada... bab kena bayar dengan duit
sebenarnya ada. Fikirkan sendiri kenapa aku kata begitu. Sakitlah macam
aku baru tahu apa cagaran itu. Rasalah apa maksud atau nilai duit bila
dah bersara nanti. Fikirkan jika memang kita kaya secara manakah kita
dapat pun belanja duit itu. Tanpa duit bagaimana nak tutup aurat. Lebih
duit pula ramai pula jadi riak malahan langkah panjang sampaikan lari
dari cagaran Allah ia itu zakat.
3. Asas duit sebenarnya hanya buatan manusia. Asalnya hanyalah tukaran. Zaman seawal anak-anak Nabi Adam as semuanya urusan niaga pertukaran sahaja. Hatta zaman kini kita yang asalnya dari satu rahim ibu kita Hawa nan lawa... kian belot. Lari dari cagaran Allah tadi agar taat dengan ajaran Islam agama-Nya. Hatta kini timbullah pelbagai masalah duit yang kini bagaikan jadi Tuhan kedua manusia. Kita ujudkan sempadan. Kita ujudkan tukar wang asing. Paling naifkan macam cerpen dzuan uar-uarkan kita biarkan waris kita jadi kafir. Perangi kita macam peristiwa pertama pembunuhan di dunia. Semua tahu sebab nak berebut cantik.
Cer google akan apa itu pembunuhan pertama di dunia
http://tigosotigo.blogspot.com/2010/03/kisah-habil-qabil-pembunuhan-pertama.html
- bersambung

Tiada ulasan:
Catat Ulasan