Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

14 Januari 2016

India - Mysore - Istana Termewah di Zamannya

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh kepada semua pembaca Muslim yang mengunjungi blog ini dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang belum Muslim. Apabila Allah hendak memberikan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, tiada siapa pun dilangit dan dibumi yang dapat menghalang. Kepada yang baru nak berjinak2 dalam dunia pengembaraan, sesungguhnya bumi Allah ini amat luas, Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Jelajahilah bumi Allah ini dan ceduklah seberapa banyak ilmu yang awak boleh dapati dalam setiap pengembaraan. Sesungguhnya guru yang terbaik adalah pengalaman, memberikan ilmu yang sangat berharga yang tidak akan dapat diperolehi di dalam buku teks dan juga dewan kuliah.


Bertamu di Mysore Palace


Selepas kenyang dengan briyani kambeng, dan menyinggah pulak pekena sebiji air kelapa, sambil jalan balik ke hotel AJ, sempat lagi tu kiteoreng menyinggah depan Hospital Bowring and Lady Curzon beli strawberry. Sy memang pantang tengok buah ni. Terbeli 2 pack. Buat kunyah2 dalam bilik nanti.



Strawberry ni dibawa dari negeri Maharashtra, atas dari Mumbai lagi kata mereka. Ada mereka khabar tempatnya, tapi sy tak boleh nak sebut, nanti bergulung lidah .hehe...


Sampai hotel AJ, gantung kaki kejap sambil sejukkan badan dalam aircon. Panaih kering wei Bangalore ni. Dalam sejam saja. Kang tak sempat pulak nak ukur jalan2 di Commercial Street tu. Tempat di mana rakyat marhaen membeli belah kan. Pukul 5 petang kami menapak keluar semula mengukur jalan2 di sini.



Jalan Jumma Masjid yang sibuk menuju ke Commercial Street berhampiran Kamat Hotel.


Sempat lagi tu beli limau sekilo buat jajan jika nak mengunyah di jalanan. Dacing dia guna ni rasanya kat Malaya tak pakai dah kot.



Masjid Jumma. Jalan ni dinamakan sempena nama masjid ni.


Sebelum jumpa kedai2 yang boleh menggugat anak mater, lalu dulu tepi masjid Jumma ni, sejuuuk saja hati rasa. Ada ketenangan di situ. Maknanya kawasan ni mesti ramai muslim. Jenguk masjid dulu tapi segan la nak masuk sebab ruang solat wanita bukan di bangunan masjid tapi di bangunan kedai depan masjid. Yang tu buat hati sedikit lara.



Di hadapan pintu utama Masjid Jumma. Tapi perempuan tak boleh solat di sini. Tempat solat perempuan dah diasingkan dibangunan berhadapan masjid ni


Di seberang jalan berhadapan pintu masuk Masjid Jumma terletaknya ruang solat wanita


Bila dah tau ada tempat solat mesti ada tandas yang bersih kan. Ya, begitulah otak sy berfikir secara positif. Sememangnya tandas di tempat solat wanita bersih! dan sy suke dengan keadaan di sini. Lebih bersih daripada tandas di masjid kampung sy di Paghit tu!.



Peta ni sy bagi khas ke awak yang rasa2 nak menjelajah ke sini terutama yang kaki sopink kain2 saree dan cotton.


Sy dan buddy memulakan jelajah di Commercial Street. Tengok kedai2 jual barangan terutama saree dan cotton. Kebanyakan barangan yang dijual di sini adalah pakaian. Memang tempatnya lah. Harga boleh dikatakan murah jika awak pandai kenyit harga dengan penjual. Ada beberapa jalan di sini yang boleh diteroka iaitu :
1. Commercial Street ( yang amat femes )
2. Jumma Masjid Road
3. Dispensary Road
4. Ibrahim Sahib Street
5.Veera Pillai Street
6. Kamaraj Road
Semua jalan2 di atas dan lorong2 yang terdapat di kawasan tersebut menjual berbagai barangan terutamanya barangan berasaskan tekstil yang membolehkan awak menghabiskan masa seharian suntuk keluar masuk dari satu kedai ke kedai yang lain dan mungkin awak memerlukan sehari suntuk lagi di hari kedua untuk menyambung proses membeli belah awak. haha....



Sy tak ingat ni jalan yang mana satu sy skodeng tapi kedai2 di sini memang boleh buat kaki sopink jadi giler.


Di hujung simpang2 jalan akan tersedia auto ni sabar menunggu penumpang. Kalau hotel awak duduk tu jauh dari kawasan ni, awak boleh naik auto saja balik. Auto warna hitam kuning ni jenis yang lama, mereka la khabar


Auto warna hijau kuning ni, keluaran baru, nampak macam besar sikit dari yang jenis hitam kuning tu.


Selain pakaian, terdapat juga kedai2 yang menjual aksesori2.


Salah satu jalan lagi yang sy ukur dari hujung ke hujung. Gigihkan kami


Berjalan kaki dari petang menuju ke malam.



Kedai menjual kain cotton sahaja.


Sy dan buddy singgah di sebuah kedai menjual kain cotton. Di sini nampaknya rezeki pekedai malam ni. Di sini jugak sy mula membeli kain pertama. Corak kain cotton dia memang cantik2. Kadang2 kita ni bukanlah nak membeli sangat tapi disebabkan layanan yang baik dari pekedai tu yang membuatkan hati tersentuh untuk membeli.


Lama juga kami memilih kain disini daripada satu corak ke corak yang lain dengan harga2 yang berbeza. Murah dan mahal, semua ada. Yang sy tak terjangkau boleh pikior tu ialah bila pekedai kata sy boleh tempah baju siap dalam mase sejam saja. haa awak! berpusing otak sy kejap...jenuh pikior nak buat ke idok. Akhirnya sy cuba buat satu pasang baju punjabi. Sy nak pakai esok!!. haha..Kain cotton sy beli tu dengan tempah buat sepasang baju cuma berharga 575 rupee. Selesai urusan jualbeli dan tempahan, sy teruskan kembali penjelajahan ke kedai2 yang lain pulak sementara mereka siapkan baju tempahan sy tu.


Masuk pulak kedai jual baju siap.


Suasana malam yang semakin sunyi di suatu kawasan tapi masih sesak di kawasan yang lain.


Pukul 8.30 malam lebih kurang, sy rasa kaki ni dah berat semacam, makin berat untuk melangkah. Kami ambik keputusan untuk cari balik kedai Yasmin's Textile tadi untuk ambik baju yang sy tempah. Kedai ni terletak di Jalan Ibrahim Sahib. Tak susah la nak cari pun. Dah dapat baju terus jalan kaki balik hotel. Cukup la jeling2 saja dulu kedai2 kain yang ada di Bangalore ni.



Sy dan sepasang salwar kameer daripada cotton yang sedap dipakai. Maknanya berkualiti la cotton nya tu kan. Tapi tak tau la kualitinya tu setara tak dengan Egypt Cotton yang femes di barat tu.

Esok pagi sy terus pakai baju yang sy tempah malam tadi untuk aktiviti di hari ketiga pengembaraan sy di sini, kami keluar seawal 8.00 pagi untuk bersarapan sebab malam tadi tak ambik makan malam kan, memang cepat lapor la dibuatnya. Terus tuju kedai yang sama untuk bersarapan. Sampai saja kat kedai, kerusi masih dok telangkup atas meja tu awak. Arrggghhhh...stress anak tekak sy tengok. Sy tanya bila awak nak beroperasi ni ?...mereka kata lagi setengah jam. Maka berundur lah sy dan buddy tanpa arah tuju.

Apa kami buat lepas tu ? Berjalan2 ikut kaki melangkah saja ke arah stesen bas di sepanjang jalan Curzon Road dan pusing ke arah kanan ikut jalan Meenakshi Road pulak, lepas tu tembus semula kat Jalan Jumma Masjid. Sepanjang jalan tu tak jumpa pun restoran muslim yang dah buka.. Kedai2 lain memang tak buka lagi la masa ni. Lepas tu masuk semula ke Jalan Bowring Hospital, sampai depan hotel dan tuju balik ke arah restoran tadi. Awak boleh tengok peta yang sy letak kat atas tu. Haha..pepagi bereksesais di Bangalore, buat senaman regangan kaki namanya tu.



Jalan Meenakshi arah ke Jalan Jumma Masjid. Kedai semua tidur lagi



Mangga pintu mereka besar sungguh. Sekali hayun ke kepala, boleh gegar otak seumur hidup.

Bila kami sampai kat depan restoran, mereka dah ada pelanggan dah pun. Lama jugak rupanya kami pusing2 tadi tu. Nampaknya paratha jugak la menu hari ni, tu saja pun yang ada. Cicah dengan kima. Tak sesedap semalam sebab tekak sy dah tak berapa nak masuk dengan makanan yang banyak guna minyak dan ghee ni.



Paratha



Kertas surat kabor ni adalah tisu mereka, haha...mudahkan... belakang dia tu gula dan jintan yang dikulum selepas makan. Ambik la sebiji dua. Tu pun kali pertama sy jumpa. Mesti ada sebab kan. Tapi sy tak terfikir nak tanya mereka.



Lepas bersarapan, pergi ke seberang jalan pekena air kelapa muda pulak. Mereka minum air kelapa ni sepanjang masa, pagi petang siang malam sama saja, peniaga mulakan operasi awal pagi, ada sajalah yang datang minum macam pengembara dari Malaya tu.

Hari ni kami nak bergerak ke Mysore. Adalah dalam 3 jam perjalanan nanti naik bas. Tapi sebelum tu kami nak pergi beli tiket bas ekspres balik ke Trichy dulu siap2. Dah abih minum air kelapa, tunggu saja auto nak ke stesen bas ekspres Kalasipayaram. Terletak 7-8 km dari hotel AJ ni. Ada beberapa stesen bas ekspres yang ada jual tiket ke Trichy ni tapi Kalasipayaram ni la yang paling dekat. Ada 2 pilihan nak ke sana samada nak naik bas bandar atau tahan saja auto. Kalau naik bas mesti lambat kan jadi kami pilih yang terpantas saja. Sy suka naik auto ni sebab boleh selit2 di celah2 kenderaan. Suker tengok mereka bawak.


Ni kawasan stesen bas ekspres di Kalasiparayam. Sy beli siap2 tiket bas ke Trichy daripada syarikat KPN. Sebab jalan malam sy beli sleeper coach yang ada AC. Sebelum ke sini, sy dah check kat internet di hotel tentang syarikat2 bas yang sy nak pilih dan harga yang ditawarkan. Boleh sahaja kalau nak beli online. Takde masalah. Tapi sy memang suker2 hati nak jugak menjelajah ke stesen bas tu.

Dah beli tiket bas, cari semula auto nak balik ke hotel dan check out terus. Cukup2 la dengan hotel AJ ni kan, sy nak cari hotel lain di tempat yang lain la pulak...haha. Tahan auto depan hotel suruh hantar ke Satelite Bas Stesen. Stesen bas tu jauh sikit dari Kalasiparayam tapi melalui jalan yang sama. Harga auto pun sama saja. Semua auto pancong poket sy 150 rupee setiap kali naik.

Turun saja depan Satelite Bas Stesen dah ada van menunggu penumpang2 yang nak pergi ke Mysore. Tak sempat sy nak pikior cari bas ekspres kat dalam stesen tu. Naik saja la van tu walau sy tak berapa berkenan. 3 jam lepas tu sampai la ke Mysore. Cuma sy tak rekomen ke awak naik van ni. Sempit dan panas, sy peghatikan kebanyakan kenderaan awam di India Selatan ni tak de aircond. Seeloknya pergi ke dalam stesen bas dan cari bas ekspres ke Mysore. Walau takde aircond, naik bas ekspres lebih selesa. Hati tak rasa sempit tengok kepadatan penumpang dalam kenderaan. Masa perjalanan pun lebih kurang sama saja. Kalau naik van ni mereka turunkan kita kat tepi jalan saja tapi kalau naik bas sudah tentu akan turunkan kita di stesen bas. Tu penting untuk buat pertimbangan bila memilih pengangkutan awam. Bas ekspres juga kerap untuk ke setiap destinasi. Kan ke rakyat jelata mereka ramai kaaaannnn.


Dihadapan hotel penginapan di Mysore


Kami sampai Mysore pukul 2 petang. Hari ni cuacanya panaih melenting. Duduk 3 jam dalam van tu rasa dok dalam ketuhar gelombang mikro. Bergelombang mater tengok bumi. Walau ada angin dari luar tapi sy tetap berpeluh dalam diam kerana matahari terik masuk dari sebelah kiri van dan membuat keadaan dalam van tu berbahang ya amat. Van turunkan kami tepi jalan utama saja. Lega rasa otak bila dah keluar dari seksa dunia kejap. haha. Sy tengok keliling peghati keadaan sekitor dan pikior apa tindakan seterusnya perlu dibuat.

Turun saja dari van, mengerumun pemandu auto ni tanya kami nak ke mana. Bawak bagpack belakang badan, walau pakai pakaian tradisi mereka tetap nampak macam orang luar kan. Mereka kabor la kalau nak pergi Mysore Palace mereka boleh hantorkan. Sy gelengkan sahaja dulu kepala dengan tangan2 sekali kata tidak sebab otak sy tak fikir lagi nak terus ke Istana tu. Otak sy bagi signal ke restoran saja. hehe...Ligat pikior macamana nak cari restoran halal kat sini. Sy nampak sekumpulan orang muslim di seberang jalan. Pergi arah sana nak tanya mereka dan harap mereka tu orang tempatan.



Briyani kamben di Mysore. Nasi dia tu sedap. Beras dia masak tu panjang sungguh. Kamben pulak macam biasa...superb.... Hehe..

Sempat sy kejor mereka dok berdiri depan bangunan. Pejabat apa sy lupa skodeng. Ada pemandu auto ni yang terus ikut kami dan menyebok sama bila sy bertegur sapa dengan orang tempatan di sini. Buat muke seposen lak tu. Angin pun ada tengok tapi bila pikior balik, demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, mereka sanggup harungi dan tebalkan muka asal dapat pelanggan kan.

Ghupernye, tak jauh dari tempat sy berinteraksi dengan penduduk tempatan tu terletak stesen bas, cuma sy tak perasan. Dan tak jauh dari stesen bas dalam lingkungan 200 mtr terletak pintu utara Istana Mysore tapi pintu yang dibuka untuk pelancong hanyalah pintu Selatan!!. Bile sy pergi melawat Istana tu baru sy tahu. Tak pe la. Patut la penduduk tempatan tu kata nak masuk ke Mysore Palace tu jauh sikit dalam 2 km sebab terpaksa pusing ke pintu selatan. Lepas tu dia bagitau ke kite orang di mana restoran Muslim. Pun jauh jugak, kena naik auto. Huh! Apa lagi, mamat auto tu dah dapat rasa kot kami ni pasti akan jadi pelanggan dia kan. Tak sia2 mengekor. Haha... mottonye...usaha tangga kejayaan.....


Sy pun suruh penduduk tempatan Muslim tadi bagitau ke pemandu auto ni hantar kami ke restoran, macam biasa la kan, dia geleng kepala macam nak tercabut leher. Maknanya ok ler tu. Sy tanya berapa nak caj. kendian dia setuju dengan 30 rupee. Okay. Dia bawak ikut jalan lorong2 jalan pintas tembus semula ke jalan besar. Sakit vontot sy asik masuk lubang dan naik bonggol, nasib baik bladder tak penuh.



Restoran di Mysore, awak boleh cuba makan di sini. Memang sedap terutamanya kalau awak penat dan lapor dihari yang panaih melenting ni.

Lepas makan, pemandu auto tu dah tunggu semula kami kat luar. Gigih sungguh dia ni. Terkesima kejap sy fikir. Sy suruh dia hantar ke hotel yang murah dan paling dekat saja ke Mysore Palace, dia geleng laju2. kalau kita anggukkan kalau setuju kan. Haha....

Dia hantar ke sebuah hotel, macam masuk satu lorong. Sampai depan hotel, sapa penyambut tetamu dan tengok bilik dulu, sambil tengok2 bilik sy tanya dulu arah mana istana Mysore. Dekat saja katanya, jalan terus pusing kiri, jalan lagi pusing kanan, masuk jalan besar terus akan sampai istana, angin tak awak dengor ? Jauh !!! wokey.....1.5 km !!!!!! Sy kata tak pe la, jauh dan sy nak cari hotel lain. Mereka cuba pujuk sy kata hotel yang dekat mahal. Ada sy kesah. Sy turun masuk auto semula dan cakap keras sikit pada pemandu auto suruh hantar hotel yang lagi dekat ke Istana Mysore. Ok ok..katanya sambil geleng2 kepala dengan laju....




Sy rekomen awak menginap di hotel ni, Hotel dan biliknya bersih, layanan bagus, boleh tanya soklan merapu, ada wifi dalam bilik. Ada spa lagi kalau berminat.

Pemandu auto pusing2 lagi ikut lorong sempit yang menyesakkan abdomen sy dan tuju semula ke jalan besar arah ke Istana Mysore. Dia tuju terus ke hotel Kings Kastle, pandu masuk dalam hotel. Turun dan tunjukkan kaunter hotel. Wah..bagus jugak service auto ni, kata sy dalam hati. Sy jumpa kaunter dan mereka tunjuk bilik dulu samada sy suka ke tak. Dah tengok tu sy kata ok dan tanya dulu wifi ada tak. Mereka geleng maknanya ada la kan. Lepas tu sy tanya lagi Istana Mysore arah mana dan berapa jauh..dia kata keluar saja hotel ni pandang kanan nampak la istana, katanya...sengih sy ke telinga...memang dekatlah...Adalah dalam 500 mtr saja dan boleh nampak menara Istana tu. Sy pilih bilik standard berharga 2100 rupee. Awak kiralah sendiri berapa ringgit. hehe.Jadi berakhirlah khidmat pemandu auto dan dia dapat menjana pendapatan sebanyak 60 rupee daripada kami.

Masa sy sembang dengan pekerja kaunter hotel ni, sy kata yang sy nak tengok germerlapan lampu2 istana diwaktu malam yang cantik tu. Sebab tu la sy  menginap kat sini. Kalau nak tengok siang saja sy katalah yang sy akan datang awal2 pagi saja dari Bangalore dan balik semula ke sana hari yang sama. Ceehhhwah...berkata2 dengan yakin sekali...Tau apa mereka jawap, kaka manis, hari ni tak de persembahan lampu waktu malam di istana. Yang tu mereka buat pada hari ahad sahaja!!!!!!!..Berpinor telinge sy dengor, rasa berbahang semula otak sy, kalau bagpack sy masih sangkut kat belakang mau nye sy jatuh fengsan....

Dah rehat2 sekejap kat hotel, keluar cepat2 tuju Istana Mysore, takut tak sempat nak ambik tiket masuk jelajah karang tutupnya pukul 5 petang. Hotel yang sy  nginap ni dok kat sebelah utara dari kawasan istana.



Jalan Ashoka, Mysore menuju Istana Mysore kat depan sana nun. Nampak pintu utara dari depan hotel. Jarak 500 meter saja dan boleh jalan kaki ke sana.

Sampai kat pintu utara istana, kami ditegur oleh orang kat situ kata pintu ni tak buka hari ni, dia buka hari ahad saja. Kalau nak masuk kena pergi ke pintu selatan di sebelah sana katanya. Huh...tegang rasa segala urat saraf dengor. Ada kereta kuda yang offer naik, sy tanya berapa, 200 saja, katanya, mahal giler, sy kata. takpe la, cari auto saja. bersepah kat tepi2 jalan tu. Nak jalan kaki pun boleh, dalam 2 km. Tapi kami ni dah lewat sesangat kan, kena la naik auto boleh pecut saja.

Sampai pintu selatan beli tiket berharga 200 rupee sorang. Ramai jugak la pelancong2 tempatan kat sini. Tak jumpa pun pelancong dari Malaya. Peghati jugak la kot2 ada terjengul sorang dua. Kalau masuk melawat istana ni elok datang waktu pagi. Cahaya matahari dari timur menghala ke bahagian hadapan istana akan mencantikkan gambor yang diambil. Haish...sy ni datang sini asyik silap timing saja. Semua tak kena...



Menghala ke pintu selatan istana Mysore

Ada beberapa peraturan kena patuh nak masuk istana ni. Tak boleh berkasut. Kena simpan kasut di tempat yang disediakan. Tak boleh tangkap gambor. Semua kamera dan handphone kena tutup. Ada sensor yang dapat kesan kalau handphone dibuka. Kena letak paspot sebagai deposit untuk guna audio dan fon kepala nak dengor sejarah istana ni. CCTV berada di merata2. Pengawal bertugas ada di mana2 dalam istana. Bosan pikior. Tak dapat la sy nak kongsi gambor2 yang cantik dalam istana ni dengan awak. Memang takde pun. Dalaman istana ni memang cantik. Awak boleh datang sinilah tengok.



Kawasan di luar bangunan istana, tempat simpan kasut. Keluar masuk pun kat situ jugak.


Sy tangkap gambar dari luar saja ler nampak gaya.

Ni sy tangkap dari kawasan tempat letak kasut tu.



Ada satu kawasan di belah belakang istana ni ada gajah dan unta yang awak boleh tunggang kalau berminat. Salah satu tarikan yang disediakan kat sini.

Habis pusing dalam istana tu kami keluar ke dataran di bahagian belakang kendian ke bahagian depan istana. Luas kawasannya. Bergedik la depan istana di remang senja.



Hadapan istana ni mengadap ke pintu timur.



Orang masih ramai walau dah nak senja.


Kalau dari luar pun dah nampak cantik senibinanya, dalamannya lagilah.



Gabungan senibina, Mongol, British dan India.



Hadapan Istana Mysore. Kena pandai cari arah tangkap gambar bila ngadap matahari ni. Silap gaya semua gelap dek pantulan cahaya ke kamera.


Kami melepak kat dataran luar istana ni sampai senja dan sampai kena halau dengan pengawal. shoh shoh...keluar keluar, nak tutup dah ni...katanya. saja sy jawap lepas tu, sy nak tunggu malam tenguk lampu yang dipancarkan ke istana...pengawal jawap, tak ada hari ni, datang balik hari ahad, katanya...hampa.....



Kenangan di Istana Mysore berpakaian salwar kameer mereka. Rasa nak nari dan nyanyi lagu hindustanlah masa ni. hehe....

Masa jalan keluar tu la sy baru terjumpa jurugambor professional. Alaaaa..ngapa sekarang baru jumpa......tapi sy nak jugak bergambar. Suruh mereka ambil kat tepi jalan keluar tu saja la nampak gaya, nak masuk semula ke tengah dataran dah tak boleh. Pengawal dok cekak pinggang kat tengah2 dataran tu. Kelam kabut jugak la berposing kat tepi dataran tu dan tak de banyak pilihan boleh sy arah2kan jurugambar tu buatkan..Reda sajalah....

Terima kasih membaca.

Tiada ulasan: