9,519 Ahli KuCuiT agar dapat doakan anak bongsu sy si Azim berjaya ujian memandunya kali ini. Ini kali ketiga Azim pergi ujian memandu di jalan raya. Parkir udah okey.
Pegawai JPJ langsung tak kasi peluang dengan satu kesalahan sahaja udah disuruh patah balik. Ketat sangat ujian memandu sekarang. Isunya jika pergi kali kedua pihak sekolah memandu mahukan sekitar RM150 untuk ulang ujian memandu. Maknanya untuk pergi ujian sahaja jika tiga kali 150x3 udah nak cecah sekitar RM500 terpaksa keluarga keluar duit untuk anak-anak. Tak termasuk ujian mendapat lesen L. Kelas memandu lagi.
Kelas memandu di sekitar Jenaris mahukan RM1500 tak boleh runding lagi... untuk sertai kelas memandu kereta. Udah cecah sekitar RM2000. Makin ekonomi keluarga kalut makin mendesak akta JPJ juga kelas memandu kenakan pelanggan.
Dulu ayahnya buat 4 kesalahan di jalan raya; masa itu ada peluang sekitar 5 kesalahan. Maksudnya masih ada peluang untuk lulus jika buat kesalahan kecil, seperti mati enjin. Kawalan stering. Tidak sesuai gear dengan kelajuan memandu. Ada apak si Azim simpan dalam fail keputusannya. Jika gagal pun diberikan apa kesalahannya. Sekali ujian udah lulus.
Tak boleh sama masa dulu & sekarang. Dulu lain sekarang lain.
Penguji JPJ pasti ada alasan sendiri kenapa suruh si Azim patah balik masa baru masuk ke jalan raya. Dua kali macam tu. Tenaga pengajar pun satu hal kenapa tidak ingatkan pelajar memandu apakah kesalahan besar yang terpaksa kena patah balik dari jalan raya. Dua kali Azim terkena masalah yang sama macam satu sumpah keramat dari penguji JPJ. Perkara sebegini buat semua pelajar mereka KECEWA amat sangat. Bukan dia sahaja mendapat nasib yang sama. Dari sekitar 10 orang yang pergi ujian. Hanya lulus berdua. Itu pun guna kereta auto... diuji pelajar perempuan. Yang lain 8 pelajar kebanyakannya lelaki semua gagal. Kan pelik tu!!!.
Setahu sylah bukan nak ngungkit... di jalan raya pemandu perempuan yang sering buat kalut. Hahaha bab nak berhp macam tak sabar... sambil memandu sering buka hp... hatta kereta jadi huyung-hayang. Dah selalu perhatikan, ramai sangat perempuan ni tak prihatin bab hp ni. Lelaki pun ada juga macam tu tapi jenis lelaki lembut, sentimental; sy tak pernah buat... (Ada yang marah ni!!!)
Bagaimana pun hari ini sy berharap sangat 9,519 Ahli KuCuiT doakan agar Azim berjaya mendapat lesen memandunya. Dia okey sahaja di jalan raya. Apaknya sering uji dia bawa kereta. Tak ada masalah pun.
1 ulasan:
Sebaiknya pihak JPJ ni kasilah pelajar tu sampai habis di jalan raya... kasi kertas yang mereka tanda kesalahan yang dilaku... apa jua kesalahan pelajar memandu ini sebagai panduan ujian semula... adil kedua-dua pihak sebab tiap kali pergi ujian bukannya murah!!!... semuanya berbayar; tanpa bayaran JPJ pun takkan mampu nak gajikan tenaga penguji mereka ini...
Catat Ulasan