iDAN

19 Julai 2016

Nasib Perasa Yang Bersara 5 Tahun Lalu.

Kerajaan terus menaikkan taraf hidup pekerja awam tahun ke tahun. Terbaru setelah skim gaji dirombak sekitar 4 tahun lalu; semua staf awam mendapat durian runtuh dengan kenaikan dua tangga gaji. Satu tangga kenaikan rutin tahunan. Satu tangga lagi adalah dikirakan bonus khas bagi semua staf awam/staf kerajaan.

2. Satu kenaikan gaji staf awam sekitar RM50 itu jawatan paling rendah. Seperti Pelaksana (kini jawatannya dah tukar nama sedap sikit) RM1,216.00 gaji awal RM2,983.00 gaji mati kenaikan RM80.00. Maksudnya udah pasti lebih sekitar RM100 kenaikan gaji yang bakal diterima. Saya tak pasti berapa kini skim gaji Budak Pejabat dulu dalan skim gaji gred N1, sementelah empat tahun lalu telah rombak. Kenaikan gaji tahunan Budak Pejabat (Pembantu Am Pejabat sekitar RM30 sebelum rombakan empat tahun lalu)

3. Apa terjadi dengan pesara?. Hanya bergantung dengan kenaikan 20% tahunan. Bagi orang setua saya yang punyai elaun pencen sekadar sekitar RM1000, hanyalah sekitar RM20 kenaikan tahunan dan rakan lain yang bersara sekitar 10 tahun lalu udah pasti terusan menghadapi bebanan kehidupan yang amat getir.

4. Bila semua staf awam mendapat laba; terasa juga kami ini bagai telah kian dilupakan jasanya biarpun menjadi pemangkin kemakmuran negara.

5. Kerajaan perlu mengkaji semula skim elaun pencen pesara yang bersara sekitar 5 tahun lalu yang tak sempat merasai rombakan gaji yang dijumudkan sekitar 10 tahun; semasa di akhir/penghujung perkhidmatan di sektor awam. Lojiknya sekitar RM50 kenaikan tahunan terendah sudah amat membantu pesara.

PCB.221898

1 ulasan:

gelenggang berkata...

Entah di mana lesapnya duit GST yang pasti berbillion terkumpul. tak kira miskin atau kaya semua terpaksa membaya GST ini. Barangan terusan naik, janji asal barangan akan turun harganya bila GST dilaksanakan; hanya melesit.

Staf kerajaan yang masih berkerja menjadi anak emas kerajaan kini; tapi jasa staf kerajaan yang bersara seperti sy berkerja sekadar buruh kasar nak minta kenaikan tahunan minima RM50 pun dipersoalkan bagaikan tidak cukup sekitar RM20 kenaikan tahunan.

Dasar kaya terus bertambah kaya yang miskin papa kedana terusan diamalkan di sebuah negara yang merdeka; Malaysia. Patutnya golongan elit ini sesekali dipindahkan kehidupan mereka ke alam kehidupan golongan marhaen barulah mereka terasa betapa getirnya hidup ini. Pesara yang sampai 30 tahun atau lebih berjasa dengan negara sebagai buruh kasar martabatnya bagaikan hamba abdi moden di negara ini.

Ini dunia awak tak apalah tapi di sana nanti awak jawablah sendiri bilamana golongan yang teraniaya ini awak abaikan kegetiran mereka.