"Jika ketua telah buat keputusan, awak kena ikutlah!" Aku diam sahaja. "Kalau awak pindah kerja & berkerja dengan saya apa masalahnya?"
Awal pagi lagi aku ditujah dengan perbagai persoalan. Yang aku terfikir, siapa yang mendesak kini. Apakah KJ sebaik Dr Fadlee.. Dia tidak pernah pun memanggil aku dalam kes pertukaran ini.
Dari perbincangan aku dengan Dr -Ing Fauzee dia nampak memihak aku. Setelah aku merayu untuk kekal berkerja di KKK, dia yang mencadangkan agar aku menulis surat rayuan untuk kekal di bengkelnya.
"Sepatutnya awak tidak sampai mengadu sampai ke Kementerian..., sekarang kan susah, silap jawab nanti kita yang malu" Aku masih berdiam diri. "Bengkel ini tidak bergerak lagi, jadi kenapa mesti awak duduk di sini?"
Dalam hati aku berkata, haruskah aku berdiam diri, bolehkah dia faham telah berapa lama aku cuba membuat permohonan untuk pembelian tetapi ditolak. Masalah meja kaca pun baru selesai sebulan lalu. Itu pun sebab EAC; jika tidak sebab EAC aku pasti masih aku terhimpit dengan barangan lupus. Sebahagian barangan yang tidak diketahui empunya@pemiliknya. Telah hampir dua tahun aku cuba membangunkan makmal ini tepi dek adanya sembilan nakhoda seperti ceritera yang belum selesai di jurnalku. Aku jadi bagai macai atau kuli batak yang tidak diperdulikan.
Paling aku terkesan bilamana barangan di bengkelku diselongkar, rakusan Pembantu Teknik merentas baranganku. Pun sebahagian PC yang aku cadangkan untuk pelajar belajar membukanya disumbat si Zura ke stor. Maka kosonglah bengkel ini.
Silap jawab malu kita!, kenapa ujud perkataan malu ini. Sedangkan status kerjaya kami yang diabaikan sejak lebih 20 tahun lalu apakah rasionalnya.
"Ya Allah abg iDAN, kalau saya jadi abg iDAN pasti pecah kepala tenguk semua barangan ini!" Razel pernah lepak di bengkel ini & tak sanggup melihat keadaanku & barangan yang teramat sendat di bengkelku. Maka itu aku terpaksa mengambil tindakan drastik mengosongkannya.
Bila bengkel ini telah kosong lain pula ceriteranya. Dulu masa aku tersepit dengan barangan lupus tidak ada siapa pula yang ambil peduli tentang aku. Hampir dua tahun aku dijumudkan dengan barangan lupus.
Kekinian tak nampak lagi siapakah ada sifat keprihatinan. Selain Tukun yang senasib denganku. Kekinian kian stabil dengan kerjayanya. Ana masih tidak diganggu sesiapa. Paling anehnya si Zul kenapa amat membenci perjuanganku.
Tim. Pendaftar makin tertolak, sikapnya langsung tidak memberi peluang empunya diri menyatakan yang benar. Malahan semakin ingin menukar aku jauh dari fakulti ini.
Aku berharap sangat Prof Radin membaca tulisan ini, dia yang pernah meluluskan elaun tanggung kerjaku, dia juga yang membawa aku belajar sampai ke luar negara pasti lebih mengenaliku & kerjayaku. Pasti dia boleh membantu aku dari aku terusan diperlekehkan begini. Aku menolak pelawaan dia untuk berkerja di bidang trafik lantaran punyai alasan tersendiri. Aku pernah menulis di dalam jurnalku; kenapa & apakah alasannya. Carilah sendiri. Bukan lantaran merajuk, tetapi bila martabat diri dipersoalkan. Memang aku akan terpaksa membawa diri.
Lagipun telah hampir satu dekad aku dalam bidang ICT, masih terlalu banyak lagi ingin aku mencari ilmu ICT. Aku masih suka dengan bidang ini. Kenapa tidak biarkan aku di sini. Biarpun tiada imbuhan yang setimpalnya. Aku masih mahu di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan