iDAN

03 Disember 2008

Terlelap di kerusi (Singgahsana)

"Aku perasan kau terlelap, sebab itu aku senyap² buka pintu & biarkan kau tidur" Tok Perak tersengeh.

"Berdengkur kuatlah aku... berapa lama aku tidur iyer! Zali"

"Lama jugak!" Aku melihat jam di tangan. Emmm! dah dekat Asar. Sampai hati betul si Zali ini biarkan aku terlelap di kamarnya. Rungut hatiku.

Aku bergegas ke bilik air basuh muka sekali gus ambil air sembahyang. Sejak kebelakang ini sudah menjadi masalah rutin harian. Aku asyik mengantuk. Terlelap di kerusi. Dah jadi perkara biasa.

Aku teringat akan Kak Kencoon di Desa Tualang. Semasa aku berbual dengan dia, dia juga mendapat sakit yang sama. Kolestrol. Ceritanya sama. Asyik mengantuk. Tak dapat aku bayangkan bagaimana rupa Kak Kencoon terlelap di kerusi malasnya. Mesti tambah tembam. Aku adalah peminat sejati Kak Kencoon sejak zaman remaja lagi. Kak Kencoon masa zaman remajanya memang menggoda. Aku pernah menceritakan kisah bualan aku dengan dia di jurnalku lalu. Di DesaTualang@Jenaris.

Masalah mengantuk ini bukan dibuat². Memang mengantuk yang amat² tak boleh dikawal. Maka itu kalau memandu jarak jauh, tiba saat mengantuk, aku terpaksa mencari tempat rehat. Basuh muka atau hisap rokok agar hilang mengantuk. Aku tak berani minum kopi sebab sejak aku mendapat masalah buah pinggang aku telah berpantang lama tidak minum kopi lagi. Katanya kopi boleh membuat ubat kurang mengantuk.

Jika dulu aku rajin sarapan di Gerai Roti Canai Ali PKNS Seri Kembangan. Sebut sahaja.

"Ali... minum biasa " Dia tahulah akan sediakan Kopi Ais. Sesekali kalau cuaca hujan aku akan minum Kopi O panas. Sekarang kenangan ketagih kopi telah menjadi kenangan sahaja. Aku tak berani pun nak minum Kopi Jantan, Kopi Tongkat Ali & entah apa² kopi lagi yang diwar²kan di pasaran.

Sekarang aku kerja di Unit IT, memang ceritanya sama, Salleh jenis kaki forum payah ajak berbual. Asyik dengan forum gengnya orang Perak. Klik² kekunci dari pagi hingga ke petang. Jika aku di meja aku di Pejabat Am lagilah mengantuk. Yang rajin aku ajak berbual ialah si Leez atau Azahana; Leez mejanya jauh dariku. Azahana pula tengah berbulan pantang. Mati kutu betul aku jika duduk di mejaku di Pejabat Am itu. Asyik terlelap di kerusi saja.

Bagaimana mahu mengelaknya masalah mengantuk ini memang aku masih buntu. Aku mengatakan dalam diri ianya berpunca dari masalah usia & kesihatan. Memang sudah sampai masanya begitu. Gasaklah:

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku terpanggil menyapa dek cerita kau ni. Apa khabar semoga sihat disamping kawan kawan di sana.
Idan, tidur adalah suatu nikmat utk org yg berjiwa lapang. Masakan org yg bergelumang masalah boleh tidur. Kalau tidurpun cuma tidur ayam, kalau lena pulak sering diganggu mimpi ngeri. Oleh itu lebih baik tak tidur baginya. Belum ada alat yg boleh memberikan orang tidur dimana otak dan seluruh anggotanya rehat sementara. Berbeza dgn tidur hasil bius yg sebenarnya pengsan atau tidak jaga. Bagaimana pulak kalau terlalu mudah tidur? Mungkin aku tidak sehebat kau tidurnya tapi dlm ketagori mudah terlelap. Kalau berwirid lepas sembahyang berjemaah, amat jarang aku boleh jaga drpd mula wirid sampai berdoa. Kalau baca Yaasin pulak selalunya akan terlelap sebentar dan cicir drpd imam. Terpaksa laju sikit utk kejar semula. Wbp bersyukur kita kpd Allah terhadap sekadar nikmat yg diberiNya ini.

Aku teringat pensyarah en Rasidi (kalau tak silap) yg mengalami masalah kronik hal tidur ni. Dia tak boleh drive jauh disebabkan mengantuk. Kalau setakat pergi kerja tu ok lah katanya. Bagaimana masalah dia tu sekarang agaknya?

Rati canai Ali yg kau nyatakan tu membuatkan aku terimbau kembali keenakan kuah sardinnya tu. Dua keping bagi aku sadah pasti. Kuah sardin pasti tak cukup kalau sepiring. Selalunya aku mintak tambah lagi.....masih adakah keseronokan pagi itu lagi ketika ini?

Tok Perak apa khabarnya sekarang. Aku selalu juga lalu kg nya kat Kuala Kangsar tu jika aku ingin ke Gerik. Tambahan pula sekarang adik aku dan suaminya dah pindah ke balai Karai.

YB

iDAN berkata...

Tuan Haji Rashidi terkini masih dalam keadaan kritikal, paling akhir aku ketemu dia rasanya telah lebih enam bulan lalu. Dia kena strok & separuh badannya lumpuh. Mungkin dalam jurnal aku di easyjournal ada aku bercerita tentang dia. Aku memang rapat dengan dia. Teringin amat mahu menziarahi dia tapi perlukan rakan sebaiknya isteri sendiri. Sebab isterinya yang akan melayan kita; Tuan Haji Rashidi tu tak boleh pun berbual lagi.

Aku pun sama bila ke gerai Ali tu jika pesan dua keping roti canai teringat akan YB; masa itu telah berlalu & payah berulang kembali. Sesekali aku memang mengidam mee kari Ali tu, okey jugak mee kari dia. Tapi selalu tak ada, kadang dia buat kadang tak ada.

Tok Perak dah jadi tokei Lemang, selalunya jika ada perayaan banyak juga orang tempah lemang dengan dia. Memang sedap lemang dia. Terbaru jamuan Hari Raya di UPM pun dia dapat tempahan. Dia baru tukar kapcainya, sekarang pakai Lagenda di samping Unsernya. Aku pula tak pernah ke Grik, paling jauh arah sana semasa hantar arwah Nasha di Tasik Raban tempoh hari.