iDAN
12 Mei 2009
Lima cedera bot dipanah petir (Ceritera)
ARKIB : 11/05/2009
KUALA TERENGGANU 10 Mei - Kegembiraan 10 sahabat menyertai aktiviti mencandat sotong di negeri ini berakhir dengan tragedi apabila bot mereka dipanah petir, di perairan pantai Kuala Terengganu malam tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, hanya seorang daripada mereka, Adnan Dollah, 49, mengalami kecederaan parah pada kepala, mulut dan dada.
Empat lagi rakannya, Mohd. Shahrulnizam Yahya, 25; Shahrulnizam Kamaruddin, 23; Shaminizam Shahar, 17, dan Zuhaimi Md. Amin, 39, hanya cedera ringan manakala lima yang lain terselamat.
Mereka ialah ketua ekspedisi itu, Hamidi Ibrahim, 45; Kamat Ibrahim, 30; Rosli Shafie, 39; Miskom Jemari, 30, dan Shahar Abu Bakar, 49.
Turut menyertai aktiviti mencandat sotong itu ialah tiga pengendali bot termasuk seorang tekong.
Adnan yang bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kraftangan di Putrajaya memberitahu, kejadian berlaku ketika dia bersama sembilan lagi rakannya melakukan aktiviti mencandat sotong di perairan pantai di sini.
Katanya, pada mulanya, dia amat gembira kerana berpeluang menyertai kegiatan itu yang pernah disertainya tahun lalu.
''Ketika kami sedang mencandat sotong, berlaku hujan lebat menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menghentikan aktiviti serta kembali ke pantai.
''Tiba-tiba, bot yang kami naiki dipanah petir dan saya tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas,'' katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Menceritakan lebih lanjut, Adnan memberitahu, berikutan panahan petir itu, dia tercampak ke belakang bot dan kepalanya terhantuk ke dinding bot.
Bagaimanapun, katanya, dia dan rakannya bernasib baik dan sempat kembali ke pantai untuk mendapatkan bantuan setelah bot yang mereka naiki tidak mengalami kerosakan.
Rakannya iaitu Shahrulnizam pula memberitahu, dia dan rakan-rakannya menyertai rombongan dari Putrajaya, mula menaiki bot di Jeti Pulau Duyung kira-kira pukul 5 petang pada Jumaat lalu.
Katanya, hujan lebat selepas beberapa jam mencandat sotong, memaksa mereka menghentikan aktiviti tersebut.
''Semasa dalam perjalanan pulang ke pantai, bot yang kami naiki dipanah petir sehingga menyebabkan saya dan beberapa lagi rakan yang lain mengalami kecederaan,'' katanya.
Utusan
iDAN: Semasa ini aku, Afif, Aziq & rakan-rakan berada di perairan yang sama.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
alhamdulillah abg idan sekeluarga dan semua yg geng eng selamat masa mencandat sotong tu...risau juga bila bukak tv pukul 8 berita bagitau malapetaka geng mencandat tu...tgk nama yg terpapar bukannya abg idan...
Sy pun rasa tak sedap hati ketika di jeti; tenguk ada ramai kumpulan bercampur gaul lelaki & perempuan pergi mencandat. Nampaknya bukan semuanya ada ahli keluarga@muhrim mengiringi. Emmm! laut itu ganas, laut itu juga penuh rahsia alam; tahankah orang perempuan ini pergi mencandat!. Apakah Ilahi mengizinkan perjalanan yang bercampur gaul ini... semuanya terbekam di hati.
Catat Ulasan