iDAN

06 Jun 2009

Akaun YM Sudah Okey



Dah boleh guna semula kelopak@yahoo.com. Begitu juga dengan YahooGroup Kelopak ianya telahpun dikemskinikan. Cumanya syarat ketat untuk menyemak kembali kata laluan di Yahoo teramatlah payahnya. Bagaimana mahu mengingatkan semula apa yang kita daftar sejak 20 tahun lalu.

Ada beberapa YahooGroup aku telah padamkan lantaran tidak dapat langsung mengingati sebarang kiasan apatah lagi soalan rahsia tiap kali mahu menukar kembali kata laluan. Ada bahannya terpaksa aku salin semula & masukkan kembali ke YahooGroup atau situs yang baru aku bina. Terpaksa. Antaranya kisah Tutor ooo Tutor.

Aku sedang menyalin semula semua yang aku tulis di Easyjournal ke BlogSpot, takut ianya terpadam & tiada tempat untuk aku merujuk semula. Server Easyjournal juga sering amat meragam terutama amat lembab atau sibuk taliannya. Dulu aku tak berminat dengan Blogspot ini lantaran tak banyak disediakan template yang menarik, pun biasa amat dengan blog org lain... untuk kita memuatkan situs kita. Tetapi nampaknya taliannya semakin laju & mudah untuk meletakkan gambar di setiap sisipan ceritera.

Aku masih tertanya-tanya apa nan terjadi dengan Geocities & Tripod tempat mula-mula aku mengenal laman web atau situs. Ada juga hasil kerja seni aku di sana.

Tiada ulasan: