14 Jun 2009

Emraan, Soha cedera parah (Hiburan)



EMRAAN HASHMI luka teruk di bahu dan kepala. KANAN: SOHA ALI KHAN

AKTRES Soha Ali Khan dan aktor Emraan Hashmi dilaporkan hampir maut dalam insiden runtuhan yang berlaku di lokasi penggambaran filem terbaru mereka, Tum Mile di Mumbai baru-baru ini.

Biarpun terselamat, kedua-dua Soha dan Emraan mengalami kecederaan yang agak teruk apabila badan mereka terkena kenderaan yang digunakan sebagai props filem itu sehingga kedua-duanya mengalami pendarahan dengan luka yang dalam pada bahu dan kepala masing-masing.

"Saya dan Emraan mengalami kecederaan yang parah bukan sekali tetapi sebanyak dua kali apabila berlaku kemalangan yang tidak dijangka.

"Tum Mile berkisar tentang tragedi Mumbai dilanda banjir pada 2005 dan ketika penggambaran krew menyalurkan sebanyak 20,000 gelen air di lokasi bagi menggambarkan kejadian banjir itu dan kami terperangkap di tengah-tengahnya," ulas Soha.

Tambahnya: "Kami berdua dihanyutkan air dan badan kami terlanggar kereta yang digunakan sebagai props sehingga bahu dan kepala kami luka teruk. Disebabkan perkara itu, penggambaran hari itu telah dihentikan dan ditunda."

Kosmos

Tiada ulasan: