DIVA tahu banyak artis kita yang suka buka bisnes. Kalau tak buka kedai baju atau salon, ramai yang membuka restoran.
Tahun lalu, pasangan AC Mizal dan Amylea membuka restoran sulung mereka, Zucchero di Cheras, Kuala Lumpur. Diva pun pernah makan di restoran tersebut dan masakannya enak-enak belaka.
Malangnya baru-baru ini semasa Diva teringin membawa orang kampung Diva makan malam di situ, ia telah ditutup.
Diva ingat restoran tersebut ditutup kerana hari cuti, tapi bila Diva pergi semula ke situ beberapa hari kemudian ia memang seperti sudah ditutup.
Apa sudah jadi AC? Betul ke operasi restoran telah dihentikan?
Diva bukannya apa, kawan baik Diva, Kak Ika beritahu sebelum AC buka restoran itu, tiga restoran sebelumnya pun gagal.
Kata orang Cina, tak ada 'ong'. Jadi agaknya 'ong' turut tak menyebelahi restoran AC dan isterinya itu.
Diva: Adat berniaga, memang ada untung ada rugi.
Kosmos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan