iDAN

25 Jun 2009

Si Topeng Hilang suara Mengeow (Singgahsana)



"Tenguk tu ayah si Topeng mengonggong anaknya.."Aku lihat si Topeng di dalam sangkar di rumah jiranku mengonggong anaknya.

"Ala... kesiannya dia nak bawak anak ke mana pulak tu..."Pintu sangkar terkunci, anaknya diam kaku digigit bahagian tengkuknya.

"Mati pula anaknya ayah!"

"Dia binatanglah Afiz pandailah dia menjaga anaknya!" Sebenarnya aku sendiri pun risau tenguk gelagat si Topeng dengan anak-anaknya.

Dua tiga minggu lalu aku rasa terkilan amat mengenangkan nasib si Topeng. Sampaikan aku berkira-kira mahu buat tembok setinggi mungkin. Tak sanggup lagi melihat wajah jiran. Rasanya telah hampir 20 tahun aku menahan sabar; kemuncaknya kira-kira sebulan lalu. Di mana jiranku belasah anak-anak remaja orang bagaikan binatang, depan mata aku remaja-remaja tersebut diperbodohkan bagaikan lembu. Bukan setakad tendang terajang, penampar perbagai, siap ketuk lagi kepala mereka dengan topi keledar. Padahal punca angkara anak dara sendiri yang kejar remaja tersebut. Monteng sekolah. Bagiku tindakan terbaik buat saja aduan kepada keluarga remaja-remaja tersebut sudah cukup. Remaja zaman ini bukan dengan cara kekasaran begitu untuk membetulkan ragam mereka. Biarlah keluarga remaja tersebut menentukan hukuman setimpal terhadap anak mereka, apa hak kita mahu belasah anak orang bagai binatang. Jika emak bapa mereka yang belasah seteruk itu; itu terpulanglah. Sudah pernah aku tulis masalah ini dalam blog sebelumnya. Titik bab itu.

Sejak peristiwa itu memang aku rasa tak mahu lagi melihat wajah jiranku yang sebegini. Terbuku rasa di hati melihat tindakan jiran yang begitu. Tambah terbuku rasa di hati bilamana melihat wajah keegoan mereka. Aku teringat akan peristiwa di Najib yang ambil telefon bimbit Aziq. Telefon tersebut dapat kembali kepada kami; melalui jiran si Najib. Si Najib masih menafikan mengambilnya. Sedangkan anak jiran tersebut tidak pernah datang ke rumah kami pun. Emak budak yang mengambil telefon dari si Najib yang menghubungi Mila, lantaran si Najib & anaknya tidak pandai memadam data dalam memori kadnya. Sim kadnya telah dibuang. Keluarga jiran si Najib pun tak sanggup mengadu ke keluarga si Najib. Telah menjadi kelaziman keluarga si Najib sering memihak anak-anaknya. Tak boleh terima aduan orang; malahan kata jiran si Najib, mereka juga kerap kehilangan telefon bimbit di rumah, lantaran si Najib memang sering bebas keluar masuk ke rumah mereka. Tabiat panjang tangan si Najib memang telah jelas terbukti. Siapa yang dapat membetulkannya jika keluarga sendiri lepas tangan; malahan kita sendiri yang kena serang jika cuba membetulkan tabiat anaknya. Masalah anak-anak remaja sebegini memang amat merisaukan jika telah tersalah asuhan, tiada pula peluang siapa pun membetulkannya.

Mungkin ini yang dikatakan masalah keruntuhan remaja kini, bukan sekadar persekitaran yang mempengaruhinya, terkadang bawaan dari rumah sendiri. Keluarga yang mendidik anak-anak menjadi samseng, maka samsenglah mereka. Jika keluarga mendidik anak-anak menjadi seorang yang bertimbang rasa, penuh kasih sayang, bertolak ansur maka watak anak terdidik sedemikianlah adanya.

Kes jiran aku pula lain, dari banyak sudut tak sanggup aku mahu menulisnya. Takutnya nanti bagaikan kita menceritakan aibnya orang. Berdosa. Kemampuan kita untuk menegur nampaknya kian tiada peluang lagi. Sungguh tak berani pun. Bagaimana mungkin kita sanggup menyolok sarang tebuan. Nak nahas ke apa. Telah terang lagikan bersuluh; bagaimana mungkin dapat kita menutup mata kita. Mereka bukan orang yang boleh dibawa berunding. Hanya kita sahaja yang terasakan mahukan nilai murni kejiranan itu dihormati.

Ada sesetengah orang bukan kita orangnya boleh menegurnya. Mungkin orang lebih tua dari kita. Mungkin ada orang lebih kuasa atau berhak menegurnya. Bukan kita.

Atau pun guna kuasa undang-undang; bagai kaum India bergaduh. Siap pakai peguam perbagai. Jika telah sesamanya samseng kampung dusun apakah lagi perundangan yang wajar membetulkannya.

Jika ketika aksi mereka belasah anak orang seteruk itu; dirakamkan kepada keluarga anak remaja tersebut; barulah boleh dijadikan kes. Tetapi bagaimana pula perundangan yang ada di negara kita ini. Saban hari keluar, tertera dalam akhbar kes yang kita anggap jenayah; pihak berwajib, pihak berkuasa bagaikan lepas tangan sahaja. Kes deraan rumahtangga umpamanya, isteri terinanya memang perkara biasa. Bagaimana pula suami terinanya.

Sebagai contoh suami yang amat sayang akan isterinya tetapi lantaran kuasa, pengaruh serta status bercampur pula kuasa wang ringgit, senang-senang seorang isteri boleh digula-gula lelaki gelandangan atau suami orang. Sang isteri sanggup tinggalkan suami tinggalkan anak lantaran mengejar lelaki@suami orang gelandangan itu, mengejar duniawi. Suami terbiar, terinanya. Ini memang sering berlaku sejak di zaman madani lagi. Kenapa kita pejamkan mata sahaja.

Balik kes si Topeng tadi, jika benarlah jiran yang penyayang akan binatang, anan si Topeng khasnya; kenapa mesti cuma sayangkan anak si Topeng tetapi si Topeng terusan mengeow kelaparan di dalam sangkarnya. Kejap-kejap si Topeng ditangkap dikerah menyusukan anaknya semalaman. Kejap-kejap si Topeng aku lihat tidur kerinduan di luar sangkar mahu memeluk anaknya. Tak nampak pun mereka memberi makan kepada si Topeng jauh sekali menyediakan air minuman.

Sering aku dikejutkan oleh si Topeng ketika leka menonton TV di anjung rumah. Si Topeng ini kucing pintar; pandai membuka pintu cermin rumahku. Dengan meowan tak keluarnya, dengan jalannya bagaikan merangkak keletihan & terus terbaring di karpet anjungku. Minta dimanjalah itu. Bila dengar bunyi anak-anakku mengangkat makanan yang diisi di dalam balang plastik, bergegas bangun mengeow tanpa hentinya, dua tiga gengam makanan diberi tak pasti akan cukupnya, tak berhenti dia makan dengan gelojoh amat bersama kekasihnya si Ekor Kembang. Takkan jiranku tak nampak gelagat si Topeng ini.

Aku teringat Aishah Kecik RA yang besarkan anak kucing dari tak terbuka mata lagi. Tanpa ibu si kucing, tanpa susu si ibu kucing. Mana Aishah Kecik ini pergi iyer!.

Tiada ulasan: