iDAN

20 Jun 2009

Tak perlu ganti sesi sekolah (Ceritera)

KUALA LUMPUR: Empat sekolah yang ditutup berikutan wabak Influenza A (H1N1) tidak perlu menggantikan waktu persekolahan mereka sekiranya jumlah minimum 190 hari persekolahan dicapai.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sekolah terbabit perlu menyemak jumlah hari persekolahan mereka dan perlu menggantikannya sekiranya tidak mencapai jumlah ditetapkan kementerian.

“Bagi sekolah yang sudah melebihi 190 hari persekolahan, (tiada masalah) jika masih berhasrat menggantikannya. Maka terpulang kepada pihak pengurusan sekolah berbuat demikian atau sebaliknya.

“Jadi dalam perkara ini (penutupan sekolah), tidak timbul pelajar dikuarantin tidak mempunyai peluang belajar kerana pihak sekolah akan atur dan uruskan segalanya,” katanya.

Harian Metro

Tiada ulasan: