iDAN

15 Jun 2009

Tercekik Tulang (Singgahsana)



"Azim..! ada orang mati tak tercekik tulang..."

"Ada! tapi ketika dia tercekik terus mati..! bukan sakit-sakit di tekak kemudian mati"

"Sudah dua hari ayah tercekik tulang ni! sakitnya amat, Azim pernah sakit macam ini ke?"

"Pernah tahun sudah dekat sebulan baru hilang sakitnya!"

"Mungkin sebab ayah gaduh dengan ibu kot! kes ikan biiis semalam.!"

"Mungkin!.."

Aku membetulkan penghawa dingin kereta perangku. Tak terasa amat akan sejuknya biar pun aku telah putar suisnya ke taraf dua. Cuaca di Lembah Kelang amat panas, dengan jerebu yang berterbangan, paras tidak sihat lantaran kebakaran & pencemaran udara. Sudah lebih 2:30 petang aku berkejar untuk menghantar Azim ke sekolah agama. Di rumah tadi Azim leka dengan Taggednya.

Semalam memang aku bising lantaran aku berharapkan Mila goreng ikan yang kubeli. Ada dua tiga jenis ikan yang aku beli, satu ikan yang tiada tulang; yang telah dilapah hanya isi sahaja & dibekukan. Satu lagi ikan kayu ada dua ekor bersaiz besar. Selebihnya ikan telah lama dibekukan. Tetiba aku lihat Mila goreng ikan bilis taruh kicap. Cadangnya ikan bilis itu mahu dibuat sambal belacan cicah tempoyak. Sebab itu aku beli ikan bilis termahal di Econsave; yang harganya lebih dari RM25 sekilo. Jika mahu goreng taruh kicap baik beli ikan bilis yang harganya sekitar belasan RM sahaja. Ikan bilis yang berharga belasan RM sekilo janganlah pula dimasukkan ke peti ais & terus digoreng memanglah akan keras macam batu; liatlah amat macam getah. Biar sahaja di luar dalam dedahan udara. Pasti okeynya jika digoreng.

Mila memang jarang amat ke pasar, maka itu dia tak perasan harga sesuatu barangan. Dia mungkin tak tahu terkadang cili masak sampai berharga belasan RM sekilo, maka itu dia tak rasa sayang pun cabai masak sering busuk di peti ais; asyik beli makan di luar. Daging ikan yang tanpa tulang entah di mana; tak jumpa pun dalam peti ais. Bila masa Mila masak daging ikan itu. Tak pasti. Cuma ada ikan kayu. Ikan kayu@tongkol paling sedap masak gulai, masak kari atau pun lemak cili api. Jika setakad goreng memang tak akan sedapnya. Jika berjual nasi dagang memang sesuai dengan lauknya ikan kayu. Maka itu ikan bilis ada kelas-kelasnya. Jika mahu makan mentah dibuat sambal belacan, munasabahlah beli yang mahal sikit. Jika nak buat sambal tumis rasanya afdal guna yang sederhana harganya. Sebab aroma dari gorengan, taruh kicap, bawang, cili & lain-lain akan menjadikan ikan bilis itu sedap tentunya. Orang berniaga pun guna yang jenis sederhana harganya.

Bila aku membebel bab ikan bilis. Barulah Mila goreng ikan raja yang aku pancing di Perak tempoh hari. Ikan raja ini anak-anak belaka sebesar ikan puyu, dua ke tiga jari. Sepatutnya ikan raja sekadar lauk sampingan; ibarat lauk tambahan; ikan masin. Kenalah digoreng garing agar tulangnya senang dikunyah. Aku pun satu lewat malam Senin itu tetiba kebulur, aku terasa lapurlah amat; Bila aku buka tudung saji, ada seketul kecik ikan kayu siang tadi yang Mila beli buat sarapan nasi dagang. Itu pun dah hampir nak basi rasanya & sepiring ikan raja yang telah digoreng. Gulai lemak bendi taruh sotong. Dah dekat jam 2:00 pagi dengan mengantuknya dengan makan gelojohnya; Padan muka aku tetiba tercekik tulang. Dah cuba telan nasi banyak-banyak. Dah cuba minum air banyak-banyak. Gagal. Tak lena tidur aku. Bangun tidur terasa bengkak kerongkongku. Ini sudah kes serius.

Pergi ke kedai mamak makan Rojak Mee kot mahu ianya tercabut; telan rojak tanpa kunyah yang lumat. Ish! masih sakit; masih tak terlepas. Apa iyer petuanya tercekik tulang. Masa aku kecik aku selalu tercekik tulang; ubat paling mujarab ialah makan Jeruk Bawang. Mana nak cari; kalau di Siam banyaklah jumpa Jeruk Bawang Putih. Jeruk bawang besar adakah?. Di sini mana nak jumpa jeruk bawang itu.

Along kata telan beras, petua orang Jawa. Ibunya yang ajar. Biar bebetul; takutnya nanti sakit perut pulak telan beras. Silap-silap sembelit. Adoi! sakitnya tekak ini; bilalah nak hilang sakitnya.

Aku cari di internet... Mana Petuanya ni!

- Telan pisang!

- Petua kak lady kalau kena tulang...telan nasi yang dikepal...jgn besar sgt nanti tercekik nasi pulak...

Semasa nak telan nasi tu...tarik kedua2 belah telinga sebab nanti ruang kerongkong membukak...alhamdulillah sampai sekarang buat petua tu...menjadi...

- Jumpa doktor, suruh doktor cabutkan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Ikan kayu tu, ikan tongkol ke?

iDAN berkata...

Betullah tu!

Orang Perak panggil Ikan Tongkol itu Ikan Kayu, ikan mata besar.. tu pula, Ikan Uji Rashid; Ikan Kembang terkadang dipanggil Ikan Termenung.