iDAN

29 Julai 2009

Catat kematian ketiga (Ceritera & Ulasan)





KUALA LUMPUR - Penularan pandemik selesema babi (H1N1) di negara ini semalam telah mengorbankan satu lagi nyawa iaitu seorang lelaki warga Malaysia berusia 42 tahun yang menjadikannya mangsa ketiga setakat ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, lelaki itu disahkan menghidap penyakit itu Khamis lalu.
"Lelaki itu yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada pukul 4.40 petang 27 Julai lalu disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Tiong Lai yang kecewa dengan perkembangan itu berkata, semua klinik dan hospital di negara ini seharusnya mengambil langkah segera dalam mengesan pesakit yang dijangkiti H1N1 bagi membolehkan rawatan segera diberikan.
"Jadi saya ingin menggesa semua klinik dan hospital sentiasa berwaspada, lebih efektif dan mengambil tindakan serta langkah segera dalam mana-mana kes yang disyaki H1N1," tegasnya.
Kosmo!
iDAN : Selesema Babi ini makin serius & bukan satu wabak yang boleh kita pandang ringan. Khabarnya di UPM Serdang pun ianya merebak hingga pelajar dibenarkan cuti selama seminggu, yang sedihnya stafnya masih berkerja. Apa kata staf jika mereka juga dijangkiti. Bagaimana kuman ini merebak?.
Kata doktor pakar Selesema Babi ini tidak semesti berpunca dari babi, habis itu dari mana agaknya punca angkara hingga babi itu dikaitkan.

Tiada ulasan: