iDAN

06 Julai 2009

Harta Amelina dilelong (Hiburan & ulasan)

Oleh Abdullah Wahab dan Erywan Norshal
am@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Permohonan bekas ratu dangdut, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharifuddin, 35, untuk mengetepikan proses pelaksanaan lelong barang miliknya yang ditinggalkan di rumah sewa ditolak Mahkamah Majistret di sini, semalam.


Majistret Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit dikemukakan peguam Hairul Nizam Omar yang mewakili penyanyi terbabit dan suaminya, Reduan Mahamood, 45, selaku defendan.

Dalam prosiding semalam, Hairul Nizam memberitahu anak guamnya tidak berniat melambatkan pembayaran sewa rumah berjumlah RM2,700 sebulan.

Menurutnya, anak guamnya sudah membayar RM880 kepada pemilik rumah selepas menolak kos membaiki kerosakan kira-kira RM1,800.

Hairul Nizam ketika ditemui di luar mahkamah berkata, berkemungkinan Amelina dan suaminya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik rumah itu kerana beberapa fakta yang disiarkan media sebelum ini tidak tepat dan bercanggah.

“Pasangan itu terpaksa menggunakan mahkamah dan akan membuat laporan polis kerana menjatuhkan maruah mereka.

Pemilik rumah selaku plaintif, K Madhavankutty, 47, diwakili peguam Arnold Andrew.

Pada prosiding semalam, Madhavankutty dan pasangan terbabit tidak kelihatan di mahkamah.

Selepas keputusan itu dibuat, beberapa kakitangan mahkamah pergi ke rumah sewa pasangan terbabit di Kota Kemuning di sini, untuk meneruskan proses lelongan dan menampal bailif serta tindakan lain.

Bagaimanapun, proses melelong yang sepatutnya diadakan jam 10.30 pagi terpaksa ditunda selepas rumah yang disewa pasangan itu berkunci.

Dua minggu lalu, mahkamah sama mengeluarkan perintah pelaksanaan lelong itu bagi menjelaskan sewa rumah tertunggak yang tidak dibayar pasangan terbabit.

Beberapa barangan peribadi Amelina termasuk set sofa kayu jati dan beberapa perabot lain dilelong.

Tinjauan Harian Metro semalam ke rumah penyanyi itu mendapati kediaman itu tidak berpenghuni.

Sementara itu, K Madhavankutty, 47, yang ditemui di luar rumah berkenaan, berkata dia akan meminta peguamnya mendapat perintah mahkamah bagi membolehkannya masuk ke banglo berkembar dua tingkat itu.

Harian Metro

Amelina berang barang disita

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Operasi mengeluarkan barang peribadi milik bekas ratu dangdut, Amelina dari rumah sewanya di Kota Kemuning di sini semalam kecoh seketika apabila penyanyi itu mempersoalkan tindakan pemilik rumah sambil mendakwa perbuatan itu tidak berperikemanusiaan serta cuba menjatuhkan maruahnya.


Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 35, berkata pertikaian mengenai masalah sewa banglo berkenaan sepatutnya selesai kerana dia sudah menjelaskan semua pembayaran dan berhasrat memindahkan kes itu dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi.

Dia yang ditemani suami, Reduan Mahamood, mendakwa sudah membayar bailif lebih RM4,000 dan diberitahu peguamnya selepas pembayaran itu, tindakan melelong barangnya di banglo berkenaan tertangguh sehingga mereka membuat tuntutan pada 5 Ogos ini.

“Tapi, selepas saya buat pembayaran pada 17 Julai, timbul cerita lain...kononnya itu untuk bayaran lain.

“Pemilik rumah sengaja nak malukan kami, ini perbuatan zalim kerana kami ada writ menghalang tindakan ini,” katanya, semalam. Bagaimanapun, pasangan itu gagal menunjukkan bukti kewujudan writ berkenaan selepas diminta Bailif Mahkamah Majistret, Noor Azmi Taupek, yang hadir bagi memastikan pelaksanaan perintah untuk pecah masuk dan menjual barang yang disita serta mengambil alih semula banglo berkembar dua tingkat itu.

Amelina mendakwa, kira-kira jam 3 petang pada 28 Julai lalu, dia ke rumah berkenaan dengan membawa bersama sebuah lori untuk mengambil semua barangnya.

“Tapi apabila sampai, kami lihat rumah itu dikunci dan mangga dulu dipecah sebelum mereka masuk.

“Jadi atas nasihat peguam, kami rantai (rumah) dan peristiwa itu kami rakam,” katanya yang mempersoalkan tindakan penyewa terbabit.

Ditanya punca sebenar masalah itu, Amelina berkata, dia menyewa banglo berkenaan RM2,700 sebulan dan sempat tinggal di situ dua bulan.

Katanya, pada bulan pertama tinggal di situ, pelbagai masalah timbul termasuk kebocoran dan apabila diadukan, pemilik rumah langsung tidak memberikan reaksi.

“Selepas itu, berlaku lagi masalah selepas kami terima bil elektrik melalui pos. Bilnya hampir RM1,000 dan kami mengadu kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) sebelum mereka buat siasatan.

“Lepas siasatan dibuat, pihak TNB beritahu meter elektrik tidak ada masalah dan apa yang berlaku ialah disebabkan ada ‘kebocoran elektrik’ yang dilakukan pemilik rumah,” katanya mendakwa pemilik asal turut mengambil balik wang deposit kepada TNB sebelum bekalan elektrik ke rumah itu dipotong walaupun ketika itu dia masih menyewa rumah berkenaan.

Amelina berkata, dia menyewa banglo terbabit dua bulan iaitu pada April dan Mei lalu.

Penyanyi itu mendakwa, tindakan penyewa mengeluarkan semua barang miliknya semalam bertujuan memalukan keluarganya.

“Saya dah bagi kerjasama. Pada 28 Julai lalu saya datang, tapi berkunci...sekarang macam mana dan nak salahkan siapa?

“Jadi saya harap mereka yang berwajib tu buka mata. Setiap kali kami minta keadilan, ia seolah-olah tidak berpihak kepada kami dan sekarang jadi macam ni,” katanya.

1 ulasan:

iDAN berkata...

Kami pernah terkena lantaran menyewakan rumah di Bandar Kinrara kepada keluarga India yang isterinya orang Filipina; sekitar sepuluh bulan tidak berbayar.

Tiga bulan sewa tertunggak kami telah pun buat laporan polis. Jika tak sampai RM10K kami payah ambil tindakan kata kopral di Balai Polis Puchong, kami sekadar boleh menasihati India tersebut.

Setelah tak larat nak bayar bank ketika itu ekonomi Msia teruk amat melesetnya. Sewa sekadar sekitar RM600 bayaran bank melebihi RM1,000 kami terpaksa menjual rumah tersebut.

Proses jualbeli melalui ejen sekitar lima bulan; bayangkan dengan harga rumah yang jatuh, sewa yang hampir RM10K tidak dapat dikutip. Kami kerugian lebih dari RM20K. Angkara keluarga India ini.

Pembeli rumah tersebut seorang cikgu keturunan Cina. Cukup baik orangnya. Bil air & api berjumlah RM1,000 lebih dia yang jelaskan. Dia terpaksa mengupah samseng untuk menghalau India tersebut keluar. Siap bawa pedang, parang perbagai. Pihak polis sepatutnya lebih prihatin. Takkan nak ambil kes RM10K ke atas sahaja. Keluarnya pula India gerladangan ini penuh dengan keladak, barangan yang bersepahan tidak dibersihkan.

Kes Amelina ini tidaklah sebanyak mana jumlah wang tertunggak kenapa mesti sampai berlelong & ke mahkamah perbagai. Seharusnya berundinglah secara baik. Harap-harap Amelina menang dalam kes ini.