iDAN

23 Julai 2009

Hari ini Jumaat rupanya! (Singgahsana)



Lorr! hari ini Jumaat rupanya, tenguk Mazidul ti TV3 berceloteh baru sedar hari ini Jumaat. Begini rupanya orang berpencen. Semalam lapar banget lalu ke Restoran Rahsia bersama dengan anak-anak. Lepas sembahyang maghrib terus pergi makan.

Pergi pasar malam lagi beli kebab, padahal tahu pasar malam di Prima Saujana tu memang malam Jumaat. Emmm! nampaknya makin nyanyuk aku ini. Hari Jumaat pun dah lupa. Sebenarnya Jumaat adalah hari paling gumbira buat aku, sebab apa?.

Seronok dapat pergi sembahyang di masjid Penjara Kajang. Selesa sembahyang di sana. Cumanya kereta perangku agak payah naik bukit dekat bulatan kecil di pintu gerbang penjara. Terpaksa tunggu jemaah makin reda. Kalau tidak bau hangit klas yang sudah makin pipis. Jangan sampai mengundur sudahlah. Aku ingat kereta paling laeh di Kajang ini memang kereta perangku. Mila pun dah naik malu nak numpang keretaku. Sabar-sabar nanti ada duit ayah cat baru!. Anak-anakku tak kisah lagi naik kereta perangku.

Petang nanti kalau tak ada aral Afiz & Aziq akan balik rumah. Selalunya hari Juamat semua anak-anak akan berkumpul. Afiz di Poli Shah Alam, Aziq pula di asrama, Sekolah Teknik Gombak. Masa keluarga berkumpul memang mengembirakan. Sabtu & Ahad.

Afiz tengah bercuti, kembali kerja di KFC TESCO Kajang. Meriah sikit rumah ini.

Kalau dulu hari terakhir berkerja, hari Jumaatlah!, esok bercuti. Sekarang dah tak terasa sangat gumbiranya hari Jumaat, tapi beban jadi surirumah dilepaskan untuk Mila ambil alih... iyer! hari inilah. Jumaat! Lega sikit.

Kalau Mila rajin dapat makan masakan isteri esok hari, jemulah amat asyik makan di luar. Kuantitinya satu hal, aroma rasanya pun boleh dipertikaikan, ongkosnya huh! memang tak berbaloi. Sekarang semua harga makanan naik.

Sup Claypot

Semalam makan bertiga beranak di Restoran Rahsia kami pun RM27.80. (Bukan nama sebenar). Jika setiap malam makan di luar, mahal bagi pesara macam aku. Sesekali mahu tukar selera rasanya okey! lah. Jika di hotel mahunya satu kepala puluhan RM, lagilah mampu.

Tujuan aku ke Restoran Rahsia ini sebenarnya ingin memujuk Mila, aku perhatian sejak dua tiga malam ini dia macam runsing & stres semacam saja nak masak. Ada sahaja yang dibebelnya ketika memasak. Anif akan jadi mangsa terpaksa tolong perbagai, tumbuk sambal sudah pasti, potong bawang, potong sayur perbagai. Tak ada anak perempuan tentunya anak lelaki jadi chef. Anif yang rajin ke dapur tolong ibunya.

Persekitaran Restoran Rahsia ini berbaloi amat dengan sedikit mahal minuman & makanan baratnya. Nasi goreng ala Siam sama sahaja harganya. Jika malas duduk di bangku ada Meja Jepun, ada juga pondok yang berbumbung lalang. Bagi santai di sawah. Pokok buahan dikekalkan dengan hiasan lampu lip-lap. Telah dua kali kami terserempak sekumpulan pekerja membuat jamuan di sini. Malam tadi lagi gempak, siap mercun, nyanyian, belon perbagai. Tak pasti Datuk & Datin mana yang datang. Anak-anak buah keluarga VIP ini sambut hari lahir bos mereka di Restoran Rahsia ini.

Memang amat menarik persekitarannya. Rasa berkelah dalam hutan pun ada, rasa duduk pondok Jepun pun ada. Paling bagus biar ramai mana pun pengunjung, cepat amat makanan yang dipesan tersedia. Cumanya sup campur di Gear Box Bangi masih kekal teratas aroma rasanya. Restoran Rahsia... moh! bersantai di sana.

Zaman kini kalau tak ada RM5 dalam poket jangan berani nak makan Nasi Campur di restoran. Tenguk restoran atau gerai; rasanya restoran mamak pun tak lepas nak makan nasi campur jika tiada RM5 dalam kocek. Kecualilah nak makan dua keping roti canai banjir & teh tarik. Andai di Padang, Taman Seri Serdang (SS) itu tak risau. Di SS selalunya aku makan tengah hari di sana sekitar RM4 sahaja, siap dapat makan ikan bakar & minum air sedap lagi. Di Kajang jangan!, orang kaya belaka di sini.

RM27.80; Jika dicongak-congak boleh beli dua ekor ayam tu, atau 10 kg Beras Siam. 10 kg beras mahu dekat sebulan makan sekeluarga. Aku perasan paling awal habis beras pun sekitar tiga minggu, jika kurang memasak & asyik makan luarlah. Biasanya di rumah kami makan berempat sahaja. Aku seorang sahaja yang kuat makan. Boroi lagi. Anif & Azim macam ibu seciput sahaja makannya. Afiz & Aziq sering tinggal berjauhan.

Hari Jumaat, moh! pergi sembahyang sudah lambat amat ni!. Jiranku ? ó╜Φ█6 entah mana Jumaatnya.

Tiada ulasan: