iDAN

29 Julai 2009

Selesema Atau Selsema

Menulis blog dengan salah perkataan adalah normal bagi blogger. Dua entri iaitu mengenai ‘Wabak Selsema Babi H1N1‘ dan ‘Mexico pig flu – Selsema Babi Lagi‘ telah menggunakan perkataan yang salah ejaannya.

Apabila saya sedari perkataan selsema dieja dengan selesema mengikut kamus dewan DBP. Rujukan seperti di bawah:-

selesema dewan bahasa Selesema Atau Selsema
Ramai yang menulis dengan perkataan ’selsema babi’ termasuk juga akhbar sedangkan perkataan yang telah ditetapkan ialah ’selesema babi’. Mungkin pihak perlu lebih aktif untuk memperbetulkan kesilapan seperti membuat rancangan bahasa di radio atau televisyen.

Ramai yang tak ambil kisah lagi tentang ketepatan mengunakan bahasa Malaysia dengan betul. Hidup perlu diteruskan dengan apa jua susunan ayat atau perkataan. Tujuan utama hanya infomasi atau mesej itu sampai. Kalau guna bahasa SMS pun orang sekarang masih faham.

“BAHASA JIWA BANGSA”

1 ulasan:

Hamsturger berkata...

Thanks for the info. Harap2 boleh lulus exam Bahasa Melayu esok... Again, totally appreciate it.