iDAN

15 Julai 2009

Tiada yang terzalim

Oleh Kasdi Ali dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my


IPOH: “Inilah hakikatnya. Ana (saya) harap (mana-mana pihak) jangan mensensasikannya lagi. Yang dah selesai, selesai.

“Ana doakan yang terbaik untuk masa akan datang. Yang terbaik untuk keputusan hari ini, itulah (perceraian),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai, 40, meminta semua pihak tidak lagi memperkatakan mengenai hal peribadinya selepas krisis rumah tangganya berakhir semalam sebaik dia menceraikan isterinya, Maizawati Zainal, 33, dengan talak satu di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof.

Mengulas keputusan perceraiannya, bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh terbabit secara berseloroh menjawab: “Itu (kemenangan Pas) adalah keputusan pilihan raya kecil (Manek Urai) semalam (kelmarin). Hari ini (semalam) keputusan pilihan saya.

“Mengikut keputusan itu (perceraian), tidak ada pihak yang terzalim dalam hal ini,” katanya.

Bagaimanapun, ‘Ustaz Rock’ itu dengan lantang menafikan punca keretakan rumah tangganya sehingga membawa kepada perceraian berpunca daripada pembabitan pihak ketiga.

“Berkali-kali ana tegaskan, jangan babitkan perkara (punca perceraiannya) dengan pihak ketiga. Cukuplah, keluarga dan sesiapa yang terbabit dalam hal ini terzalim dan terkecewa secara tidak langsung selain kredibiliti ana yang tercalar cukup banyak.

“Tidak ada (pembabitan) pihak ketiga, ana dah ulang (perkara ini) sebanyak tiga kali. Ini (perceraiannya) adalah masalah peribadi ana dengan bekas isteri. Masalah peribadi belaka.

“Ramai yang mengaitkan spekulasi dan gosip yang mengatakan masalah ini timbul kerana ana terbabit semula dalam bidang seni dan mempersoalkan mengapa tidak berceramah macam dulu. Tapi, itulah ana, ini perjalanan saya,” kata

Mengulas mengenai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya dalam laman blog tertentu termasuk mengatakan dia ‘ustaz munafik’, Akhil berkata:

“Ana tengok tulisan (komen) dia orang (penulis blog) lebih hebat daripada ulama sekarang ini. Sebab menghentam ana dan macam-macam termasuk tuduhan ustaz munafik. Masalahnya ialah, inilah mentaliti masyarakat Malaysia, bila buka blog untuk (diberikan) ruang, mereka membuat (menulis) apa juga perkataan dan cacian cukup hebat.

“Sebenarnya benda-benda ini kita kena check (semak) balik. Kita tidak tahu siapa yang bercakap sedangkan kita (saya) ini menjadi tontonan orang ramai, orang melihat kita setiap inci. Yang paling penting, kita tiada ruang (mempertahankan diri),” katanya.

Mengenai perancangannya selepas ini, Akhil hanya berkata, buat masa sekarang beliau sedang membuat rakaman Tadarus Al-Quran dan meneruskan kehidupannya seperti biasa serta melaksanakan beberapa perkara yang dirancangkannya.

Harian Metro

iDAN: Ustaz Akhil tak sangka pula jodohnya sampai di sini. Talak satu tak semestinya berpisah. Demi anak-anak jika ada jodoh agar Ustaz rujuk kembali. Mana ada rumahtangga tidak bergolak, sedangkan lidah lagikan tergigit ini kan pula suami isteri.

Kehidupan ini kejap sangat, yang nyata akhirat itu lebih kekal. Bayangkan isteri adalah Ketua Bidadari di sana nanti, alangkah janggalnya di mata anak-anak jika Ketua Bidadari ayahnya bukan ibunya di dunia.

Kesalahan yang besar pun Allah Azzawajalla boleh ampunkan, apatah lagi kita ini manusia yang lemah, kenapa tidak boleh mengampuninya. Tentunya seringkali melakukan kesalahan & kesilapan dalam rumahtangga. Perceraian itu adalah perkara yang halal tapi amat dimurkai Allah Azzawajalla. Jika isteri memohonnya tanpa alasan kukuh amat payah dimaafkan malahan hukumnya adalah haram. Pasti akan tertutup pintu syurga jika memang sengaja isteri menduakan suami mengikut nafsunya demi mencari jalan perceraian. Sementelah negara kita tidak terlaksana hukum hudud; isteri yang curang seharusnya telah direjam hingga mati tetapi dunia madani membiarkan isteri yang curang ini bernikah lagi & melahirkan zuriat. Pada hakikatnya apalah haknya seorang isteri curang untuk terus bernafas di dunia ini.

Dalam kes Ustaz tidak timbul masalah ini, sekadar perbalahan duniawi yang tidak sampai berlakunya kecurangan bagiku eloklah difikirkan semula agar tidak mustahil demi kebahagiaan anak-anak jalan terbaik adalah rujuk semula. Dari kacamata masyarakat Maizawati adalah isteri yang menjaga kesopanannya & berwatak Islam dengan cara pemakaian & menutup aurat. Perbalahan mungkin lantaran gangguan kesibukan & ketidak sefahaman sementara yang masih boleh diajak berunding.

Suami kenalah melindunginya isteri agar tidak sampai terjadinya perceraian. Kasih sayang anak-anak akan lebih terjamin jika suami & isteri masih duduk sebumbung. Agar jodoh Ustaz Akhil akan dikembalikan & dipanjangkan.

SOALAN:
1. Apakah hukumnya isteri selalu meminta diceraikan. Adakah seseorang suami itu dayus jika tidak mengikut permintaannya?

JAWAPAN:

Hukumnya haram. Tidak wajar seorang isteri meminta dia diceraikan oleh suaminya. Seorang isteri yang meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak adalah berdosa. Sedangkan si suami masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Jika dia seorang yang berpoligami dan berlaku adil dengan isterinya.

Isteri berhak meminta cerai jika kehidupan tidak ada kesefahaman, suami tidak melaksanakan tanggungjawab sebagi ketua keluarga. Sekiranya suami gagal bertanggungjawab dan segala bebanan rumahtangga ditanggung oleh si isteri maka tidak salah seorang isteri meminta agar dia diceraikan.

Namun yang lebih baik ialah suami isteri mesti mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu. Sama ada berbincang dengan keluarga mertua sebelah lelaki atau berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Islam meminta agar setiap pasangan suami isteri mencari jalan penyelesaian yang holistik yang membawa kepada pemulihan dan kemurnian rumahtangga dan bukan pula mencari jalan meruntuhkannya.

Seorang suami yang tidak mengikut permintaan isterinya untuk diceraikan tidaklah dianggap dayus. Sikap si suami bertahan dari menunaikan permintaan isterinya itu adalah demi menjaga keharmonian rumahtangga.

Jelasnya di sini hikmah Allah meletakkan kuasa talak ini di tangan suami dan bukan pula di tangan isteri. Bayangkan sahaja jika kuasa talak di tangan isteri mungkin bilangan lelaki yang menduda lebih ramai dari yang menjanda. Sebab itulah sembilan nafsu (emosi) yang ada pada orang perempuan tidak dapat mengawal perasaan, bila tertekan bertindak di luar kawalan sehingga meminta cerai.

Kesimpulannya, si isteri jangan terlalu mudah meminta dirinya diceraikan dan janganlah hendaknya si suami yang mempunyai kuasa talak bermain dengannya dengan mengugut isteri.

Tiada ulasan: