iDAN

03 Ogos 2009

Berikan aku Laluan 2 (Singgahsana)

kelopak :: :
semalam murni abg ke Hospital Serdang...peliklah hopital tu mereka ambik darah untuk ujian banyaklah amat
balik sahaja dari hospital
abg tumbang... terlelap tak boleh bangun lagi
selalunya kalau di PKupm ambik ujian darah
takat satu atau dua tiub sahaja...
biasanya macam tu.. ini murni tahu berapa tiub?
Murni :: :
berapa iyer?
kelopak :: :
lima murni...lima tiub...taklah penuh setiap tiub... tapi memang memberi kesan...tumbang abg...doktor tak ada dekat klinik pakar jantung tu...itu yang balik cepat...kalau tak sehari suntuk kat sana...sedihnya org rumah tak teman pun...
sedih amat tenguk org semua berteman
sebab klinik tu kira org sakit kronik saja yang datang!.
murni :: :
kesian....
kenapa x minta dia teman...
kalau tumbang tengah jalan kan susah
kalau tiba-tiba ditahan
kelopak :: :
dia tak anggap abg ni sakit sungguh-sungguh
Mila tu murni tak perasan pun abg ni dah kronik...
doktor yang lebih risau dari isteri sendiri... nak buat macam mana...
murni :: :
abg kenalah...nasihat secara berhemah dengan dia…
cakap baik-baik yang abg perlukan sokongan dia ketika abg sakit
kelopak :: :
x payahlah murni
bergaduh saja nanti
banyak benda dikaitkan jika minta perhatian dia
kita ni dah tua murni... buat cara tualah
pandai-pandai bawa diri sendiri
sabar sajalah
abg tenguk Mak Mila tu pun macam itu dengan arwah pak mertua...
pembawa emaknya kot!.
murni :: :
iyer ke ..x baik tu...
kelopak :: :
Maka abg kena terima hakikat yang kita memang
ada kelemahan masing-masing. Mungkin itu kelemahan dia
masa Pak Mertua nazak mana Mak Mertua tu lawat ke hospital
meninggal pun tak nampak dia menangis pun...
betul murni...
abg perasan bila hari raya...
tak pernah abg & dia pergi ziarah kubur Pak Mertua tu...
macam mana tu murni
ini cerita betul murni... cerita hari Jumaat
Nordin mungkin pernah cerita kes arwah isteri pertama dia pun ada
kelemahan sebegini, kita masing-masing ada kelemahan. Terutama
bagaimana mahu menunjukkan kasih saying terhadap pasangan kita.

jadi nasihat abg kepada Murni... kena ingat betul...
jangan buat suami macam tu,
ketika gaduh… gaduh lah...
tapi bab sakit semua ini Murni kena ambil berat tau!
dengar sahaja suami tu sakit kena ambil perhatian...!!


murni :: :
abg kenalah tolong isteri abg buat perubahan..
kelopak :: :
Sudah jadi buloh Murni mana mungkin
sempadan manusia ni murni umur 40 tahun...
lepas itu memang payah... hanya kuasa tuhan saja memberi pertunjuk..
cuba murni bayangkan... bila kita mati,
jika jodoh tu panjang mesti
kena jumpa juga suami di akhirat nanti.. kan?
malahan isteri tu adalah Ketua Bidadari...
jadinya kalau di dunia pun Ketua Bidadari kita tak hirau kan kita...
apa maksudnya
Apa makna Ketua Bidadari...
Murni sampai tak apa yang abg fikir...
murni :: :
mungkin ini ujian utk abg...
buat sembahyang hajat banyak-banyak
InsyaAllah...ada petunjuk-Nya nanti
Murni tak pasti apa maksud abg tentang Ketua Bidadari itu
kelopak :: :
masa pergi haji tu Murni... tak putus abg berdoa untuk Mila tu..
banyak kemungkinan Murni... satu; mungkin doa tu lambat makbul
mungkin juga kita ni macam golongan doa Nabi Nuh as..
sampai karam habis bumi ini pun anak isteri tak dapat pertunjuk
satu lagi takutnya kita ini memang telah tertolak.
tu yang abg mahu Murni fikirkan
tentang Ketua Bidadari tadi...
Murni dapat fikir tak semua ini.
maksudnya kalau kita memang banyak dosa,
macam mana nak ada Bidadari, Bila tak ada Bidadari...
mana ada ketuanya... betul tak?...
atau sebaliknya... Isteri kita tak mungkin jadi
Ketua Bidadari kita itu
yang paling abg takut.

payahlah Murni nak cerita benda ghaib ni..
cumanya kalau kita nak kuat iman kena yakin
dengan segala doa yakin ianya akan dimakbulkan!
nanti kita bual lagi…
lapar lah Murni.
Bagiku, ubatan yang diberikan doktor hanyalah sekadar harapan. Harapan agar sakit yang kronik tidak akan tambah kronik. Ubatan juga sekadar memberikan kita semangat untuk terus bertahan. Orang kata satu ikhtiar.

Sokongan moral, simpati & keprihatinan dari keluarga terutama orang terdekat akan lebih menjadikan penyembuh untuk sesuatu penyakit.

Lagipun cuba kita fikirkan berapa ramai yang menemui ajalnya di hospital paling mewah. Doktor yangb paling pakar. Kita telah berusaha sebaiknya, ubatan yang diberikan pun ada kelas terbaik. Jika ajal itu memanggil mana mungkin kita tangguhkan biar pun sesaat nyawa kita.

Maka itu dalam ajaran Agama kita amat menggalakkan kita menziarahi orang sakit. Rahmat akan mengiringi kita setiap kali kita ziarahi orang sakit. Apatah lagi isteri atau suami sendiri. Kenapa mesti kita biarkan orang yang kita sayangi sendiri di hospital.

Semalam pun aku ziarah Mas rakan Mila sendirian di hospital, baru malam ini kami dikejutkan yang dia sah kena Selesema Babi. Maknanya Mila kenalah buat pemeriksaan doktor dalam tempoh terdekat. Dia yang tak mahu turun-turun dari kamar Mas di Ampang Puteri itu. Aku & Yot naik lumat digigit nyamuk menunggu sejam lebih di parkir. Sian Yot bisul lantaran diabetesnya masih tak baik, resah amat terkurung dalam Avanza berjam-jam.

Aku & Yot sememangnya dalam perhatian doktor, jika melambung naiknya tekanan darahku memang aku juga menjadi mangsa Selesema Babi dari rebakan kuman Mas itu pastinya. Harap-harap jangan. Malam tadi memang aku mimpi sesat di bangunan tetapi selamat pulang sebelum terjaga.

Diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Hujung bulan nanti aku akan ke pakar jantung lagi. Tak pasti lagi apakah penghujungnya sakit kronik aku ini. Mana mungkin kita merubah ketentuan Ilahi. Kenalah sabar-sabarkan diri.

1 ulasan:

- just me - berkata...

Membaca entry abg iDan yg ini buat saya memahami sesuatu yg pernah abg coretkan di belantara jiwa suatu ketika dulu. Benarlah kata2 abg, amat beruntunglah mereka yang masih punyai orang yang prihatin ketika kita memerlukan dorongan atau simpati. Baik kekasih mahu pun suami atau isteri, belum tentunya mengetahui betapa kita amat perlukan dia dekat dengan kita ketika kita ditimpa musibah.

Sayang sekali hari ini ramai benar suami/isteri yg mengabaikan t/jwb mereka terhadap pasangan. Pernah saya terbaca dlm suatu artikel, suami atau isteri mula lupa akan peranan mereka sbg suami/isteri apabila sudah punya anak2. Peranan sbg ibu & ayah lebih diutamakan hingga t/jwb sbg suami/isteri dikesampingkan.

Wpun begitu, saya setuju juga dgn kata2 kak Murni. Ini ujian. & abg harus terus istiqamah memohon agar keadaan akan berubah mjadi lebih baik. Atau mungkin keadaan sebeginilah yg terbaik utk abg dariNya. Mengapa ianya terbaik utk diri abg, itu yg abg perlu rungkaikan.

Semoga Allah mberikan petunjuk & hidayahNya kepada diri abg & juga keluarga..