iDAN

05 Ogos 2009

Berikan aku Laluan 5 (Singgahsana)


Aku dikejutkan Afiz mendapat sakit demam, batuk & selesema. Aku bergegas membawa dia ke klinik sekitar rumahku. Cuma ada satu klinik 24 jam yang aku pasti temui sekadar rumahku. Doktornya berbangsa India, setelah diperiksa rasa panikku beransur hilang. Bukan Selesema B@by. Sakit biasa. Tapi dengar bunyi batuknya amat merisaukan. Jadi aku beli limau & minuman isotonik untuk menampung kekuatan diri. Hingga kini batuk Afiz masih kuat.

Dalam tempoh kuarantin ini sungguh aku amat risau. Takutnya dijangkiti kuman itu tentunya menganggu ketenteramanku. Mila pula macam tak kisah amat, selamba sahaja bersalam dengan anak-anak siap berciuman pipi lagi.

Pagi tadi Azim pula mengadu demam & loya tekak. Siap cirik birik lagi. Cumanya tidak batuk & selesema. Bergegas lagi aku ke klinik. Bilamana diperiksa; disahkan Azim selamat dari jangkitan Selesema B@bi. Azim sekadar keracunan makanan. Maka dia dapat cuti selama dua hari.

Aku pula masih tidak baik sakit gatal-gagal. Terpaksa kerap mandi & bersabun. Huh! macam-macam musibah yang datang. Kesan gatal-gatal di badan nampak hitam-hitam, lambat amat mahu hilang parutnya. Malam ini aku terpaksa puasa lagi. Esok kena mengadap Dr Imah di PKupm lagi. Tentunya sebab dia tak puas hati tentang glukos aku yang naik melonjak bulan lalu. Awal pagi terpaksa ke PKupm. Harap-harap kandungan gula dalam badanku akan berkurangan. Sekitar jam 9:30 pagi hingga tengah hari aku akan berada di PKupm.

Dengan khabarnya di UPM wabak Selesema B@bi masih lagi kritikal. Baru sahaja pelajarnya diarahkan pulang ke kampung selama seminggu. Kelasnya ditutup, cuma staf masih bertarung dengan wabak. Jika berlaku lagi jangkitan pasti UPM akan ditutup. Isunya sekarang dengar khabar pelajar di UPM akan berkonvo. Kelakarnya berkonvo jika memakai mask. Bertopeng bagaikan hari Halloween. Harap-harap wabaknya janganlah ganggu aku, sakit yang aku telah ada pun teramatlah kroniknya.

Aku terpaksa juga ke sana untuk merawat sakitku.

3 ulasan:

- just me - berkata...

Didoakan agar abg iDan sekeluarga selamat drp jangkitan wabak H1N1. Tp mmg agak mhairankan. Ramai yg masih buat2 tak tahu je & pun masih ramai yg belum pakai topeng.

Td ada di Putrajaya Sentral. Dalam 2 jam jugak laa duk perati org lalu lalang. Kesimpulannya, dalam 20-30 org baru ada seorang yg pakai mask. Sama ada tahap kesedaran thadap keseriusan penularan wabak ni masih rendah atau mereka mmg sengaja ambil sikap sambil lewa selagi kalangan terdekat dgn mereka belum terkena...

iDAN berkata...

Streamyx meragam sepanjang siang tadi, dah petang ini baru okey!.

Aku baru sahaja pulang dari PKupm, di sana masih bagai bulan lalu, semua pengunjung kena pakai mask... bertopeng. Asalnya nak ajak Azim temankan, fikir2 tak selamat pula nak bawa anak ke tempak wabak. Jadi macam biasa aku sendirian lagi mengadap Dr Imah;

Nampaknya kesihatanku kembali okey!... glukos kembali normal 5.4. Darah tinggi juga okey! jarang aku dapat 120/80 awal. Tentunya doa Dik Ija & kekawan dapat meredakan segala.

Ubat semata-mata perantaraan, semangat & dorongan orang keliling rasanya akan lebih mengesankan untuk kembali pulih.

Kelakarnya angkara bertopeng... aku hilang mood untuk berbual atau mengenali sesiapa, dengan topi, mask & spek ada rakan terdekat pun Kak Bad tidak mengenali aku biarpun bertentang mata. Kiranya aku bagaikan roh mengembara memerhati manusia yang hidup!

- just me - berkata...

Alhamdulillah, tumpang gembira bila kesihatan kembali ok :) ubat hanya utk penyakit jasad, sdgkan semangat & dorongan itu ubat ataupun terapi secara rohaniah. Sbb tu ubat bersifat kerohanian (solat, zikir, doa, etc.) lebih mengesankan! Sayang ramai yg masih alpa..

Tak btopeng pun, terkadang mmg kita ibarat roh yg mengembara jugak. Lebih2 lagi bila berada di suatu kelompok yg langsung kita tidak kenal, atau bila semua org kelihatan seolah2 menyisihkan kita. Tp kdg2 seronok juga. Rasa diri halimunan, boleh buat apa saja tanpa org nampak (kononnya)!