Semua insan dambakan kebahagiaan dalam hidup. Terkenang janji sehidup semati tatkala diijab kabul, namun tiada siapa menyangka dugaan yang tiba. Begitu juga dengan Ustaz Akhil Hayy, alam perkahwinan bersama Maizawati Zainal yang dibina selama 14 tahun runtuh setelah lalui pelbagai gosip. "Berkahwin ni umpama kontrak, kita tak tahu bila ia akan tamat. Tapi anak-anak adalah kontrak seumur hidup yang harus dipegang dan dijaga.
"Perjalanan hidup ana semua sudah disuratkan Allah, ana terima semua hakikat yang berlaku," luah Ustaz Akhil Hayy yang lebih mesra menggelarkan dirinya ana.
"Ana banyak bermuhasabah diri selepas bercerai dan mana tahu mungkin Allah nak bagi ana yang lebih baik," seloroh Akhil. Kena masak sendiri Ramadhan yang bakal menjelang membuatkan tidak membuatkan Akhil kekok walaupun kini tiada lagi isteri di sisi. "Semua manusia akan berubah bila tiba Ramadhan, bukan hanya menyambut bulan itu tetapi kita harus menghayatinya, barulah akan terasa manisnya berpuasa. Ramadhan ini ana akan masak sendiri hidangan untuk anak-anak berbuka puasa dan pastinya Nasi Arab dan makanan kampung akan menjadi menu utama," ujar Akhil yang begitu gemarkan gulai lemak daging asam pedas masakan ibunya setiap kali tiba Ramadhan.
Walaupun kini tidak lagi bersama, namun beliau sentiasa berdoa dan berharap bekas isterinya akan mendapat yang lebih baik sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi. Bagi peminat Ustaz Akhil Hayy, jangan lupa mendapatkan album terbarunya yang akan berada di pasaran selepas raya. Antara lagu yang dimuatkan berjudul Menangis dan Ibu yang terkisah daripada pengalamannya sendiri. iDAN : Tenguk anak-anak ini masih kecil yang kita payah menerima musibah perceraian.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan