Jumaat, Azim masih bercuti & awal pagi telah bangun.
"Ayah! Azim kena sekolah tak hari ini..."Aku macam biasalah setiap bangun pagi punyalah payahnya, mahu hidupkan enjin traktor pun tak sepayah nak kejutkan aku.
"Kan...! doktor kasi Azim rehat dua hari, rehat sajalah"
"Nanti ibu jerit-jerit lagi macam mana..!?"
( Kejap! karang sambung eris call nak jumpa)
"Ayah kan ketua rumah, cakap sahaja ayah tak kasi sekolah, lagi pun sudah doktor kan tahu mana yang baik, nanti kalau sekolah melarat lagi sakit perut itu macam mana, bukan selesa tandas sekolah itu." Selalunya sekitar jam 7:15 pagi aku hantar Azim ke sekolah, sejak kebelakang ini di asyik mahu awal pergi. Gelap lagi hari sudak kena hantar dia.
"Naik temankan ayah ke klinik tak, bosan amat ayah tak ada kawan berbual."
"Terpulang pada ayah, kalau nak Azim ikut, Azim ikut saja!"
"Ayah rasa tak sedap hatilah pulak, wabak Selesema B@bi itu masih kuat kat UPM itu, elok Azim duduk rumahlah"
Lepas sahaja aku mandi setelah tertidur sekitar jam 8:30 pagi Mila bising-bising sebab tak dapat nak akses internet. Streamyx meragam lagi.
"Mila ada kat rumah Mila uruskanlah, dail 100 & ikut sahaja arahannya, ayah dah lambat amat ini, Streamyx itu banyak cikadak. Arahkan kita buat tu ini, bukan senang nak berurusan dengan mereka. Tenguk hari tu berhari-hari baru selesai; tak mahu dengar cadangan kita." Aku nak katakan pakar tidaklah pula, tapi tahulah serba sedikit tentang nak konfigur internet ini. Sejak 1997 aku memang bergelumang dengan masalah ICT. Cumanya aku tak punyai alatan canggih & secukupnya untuk nak uji talian & perbagai.
Aku terpaksa buat cara manual, aku telah dapat kesan di mana salahnya pihak Streamyx masih katakan kerosakan di perkakasan milikku. Aku syak port di swicth mereka yang bermasalah mungkin kena kilat atau tak disambung. Dia masih salah routerku, selepas router mereka salahkan pula kad networkku, Aku siap ke rumah Syed rakanku uji router, okey! sahaja. Kad Network bersepah di rumahku, komputer yang boleh akses internet tak kurang dari lima buah. Kemudian bahagian teknikalnya masih nak datang juga ke rumah, siap bawa router, Kad Netrwork perbagai, bagaikan alatan aku guna sebelum ini tak sesaing mereka. Masih tak hidup juga. Golak-galik tak kurang seminggu lebih aku tak dapat akses internet, kemudian barulah mereka akur memang masalah di swicth mereka.
Aku senyum sendiri bukan lah nak kata aku ini sifu amat tapi tanpa ada alat penguji arus internet pun aku boleh selesaikan dalam tak sampai sehari bagaimana Streamyx mangambil masa seminggu lebih. Aku teringah Tuan Haji Rashidi pensyarah tempat aku berkerja, dia gelar aku ini Dukun Komputer sebab jarang amat aku gagal selesaikan masalah ICT dia. Sebenarnya aku ciplak ilmu ICT ini dari pelajar juga, ramai pelajar master & PhD yang rapat dengan aku. Aku korek ilmu dari merekalah. Aku manalah tahu amat bab masalah komputer ini. Belajar pun tak cara formal.
"Semua Mila nak buat, itu kan kerja ayah, Mila kena siapkan kerja sebelum hari Isnin"
"Ayah ini tak reti berkomunikasi dengan orang, nak yakinkan orang Streamyx itu payahlah amat!" Sebelum Mila pegang jawatan sekarang sememangnya dia Setiausaha Sulit. Tentunya petah berhubung dengan orang.
Sebelum aku nak ke PKupm aku dail juga talian bebas tol 100, Huh! mesin komputer yang jawab ada masalah talian internet di Lembah Klang.
Dr Imah selalu datang jam 9:30 pagi. Di nombor giliranku 1141 ada tercacat tepat jam 9:30 aku berada di PKupm. Kamar 5 Dr Imah ramailah amat orang maka 22 minit yang dijanjikan melepasi sekali ganda. Aku tak kisah amat, hatiku juga memang rasa malas amat mahu sering-sering mengadap doktor, bukan putus asa, cumanya mengenangkan keputusan terapi yang tidak menentu; benar-benar buat aku lemas. Hendak mengadu dengan siapa.
Bagai masalah bulan lalu, glukos yang tiba melonjak naik, seharusnya ada kerjasama dengan keluarga. Aku dapat kesan antara puncanya tak mahu Mila membebel panjang. Bebelan Mila ibarat raksa yang menaikkan jarum bacaan tekanan darah tinggiku. Boleh katakan saban hari Mila mesti buat teh atau nescafe yang tumpah gula. Teramat manisnya. Anak-anak sering tak minum, takkan aku mahu tuang ke sinki; satu teko bagaikan manis gula batu aku terpaksa habiskan. Mana tak melonjaknya kandungan glokus dalam tubuhku. Jadinya sekarang aku buat strategi baru, bila teh itu sudah sejuk aku masukkan ke dalam botol & letakkan sebelah air baringku. Pepetang bila Azim sudah penat main di padang aku iklankan air baring berbotol kecil buat Azim. Belum lagi melayan kerenah anak-anak.
PKupm masih berkempen anti Selesema B@binya. Aku mendapat mask@topeng rona biru. Menarik. Dengan topeng rona biru, topi brutal & spek yang jarang aku guna memang aku selamat menyamar. Meor berhadapan denganku pun tak cam aku, begitu juga Kak Bad. Aku yang mogok berbual tersenyum dalam topeng melihat gelagat mereka.
"Hari ini kita ambil darah kat hujung jari sahaja, tenguk kandungan gula bagaimana, emmm! nampaknya tekanan darah bagus!" Nampak cerah wajah Dr Imah. Dia memang amat prihatin akan kesihatan aku. Dia pun tak perasan temujanjiku hari ini. PKupm pun tak buat panggilan untuk ingatkan aku puasa.
"Saya risau tenguk perut awak itu, bila masa lapang buat aktiviti senaman sikit!" Aku rasa boroi aku sama sahaja, selalunya aku pakai jaket tak berlengan ketemu doltor agar tertutup sikit boroiku, hari ini aku pakai kemeja agak ketat sikit.
"Bacaannya serta merta kan... doktor, tak perlu saya tunggu sampai petang!"
"Iyer!, lepas buat ujian darah tu terus datang sini! kemudian boleh balik."
"26 hb nanti saya kena jumpa pakar jantung di Hospital Serdang.."
"Bulan puasa tu, mana nak mengelaknya memang jadual pesakit macam itu..!"
Aku ke makmal ujian darah, dari alat ujian gula glukosmeter tertera 5.4 mmol/l. Kira okeylah!. Aku telah tahu formula mahu menurunkan kadar bacaan glukos di tubuhku. Biar pu terkadang aku minum juga teh tumpah gula Mila. Terkadang aku teguk juga air isotonik. Air gas yang gila banyaknya kandungan gulanya. 7.8 mmol/l jika tak silap bacaan bulan lalu.
"Bagus, saya boleh kasi ubat untuk dua bulan, bulan puasa nanti kita tak perlu jumpa!" Aku memang rasa lega. Kata-kata Dr Imah itu bagaikan memberikan aku laluan untuk tidak risau amat akan akan sakit kronikku ini. Cumanya kena rajin ikut jadual makanan ubatnya. Kena banyak berpantang & kena rajinlah buat aktiviti senaman.
"Takutnya doktor bulan puasa payah nak kawal selera berbuka ... minum air sedap-sedap lagi, kuehnya lagi, melonjak balik gula dalam badan nanti.." Aku saja mengusik Dr Imah.
"Jangan!, lupakan hobi minum air Coke, air gas semua tu!" Nampak serius amat Dr Imah berpesan. Aku tersenyum sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan