iDAN

07 Ogos 2009

WHO segerakan vaksin H1N1 H1N- Enam firma farmaseutikal menghasilkan vaksin selesema babi (Ceritera)



KANAK-KANAK tadika di Hanoi, Vietnam menggunakan penutup mulut berikutan penularan wabak H1N1 di negara itu.





LONDON - Penghantaran fasa pertama vaksin selesema babi (H1N1) akan dilakukan pada bulan depan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.

Pengarah Vaksin WHO, Marie-Paule Kieny berkata, ujian keselamatan vaksin selesema babi pada manusia masih berjalan manakala keputusannya akan diketahui awal bulan depan sekali gus membolehkannya digunakan secara besar-besaran.

Kieny berkata, walaupun pengeluaran vaksin selesema babi disegerakan, pihaknya tidak bertolak ansur tentang aspek keselamatan dalam memastikan ia selamat ke atas manusia.

Menurutnya, WHO menjangka vaksin itu tidak akan mendatangkan kesan sampingan serius kepada manusia.

Bagaimanapun, beberapa kesan sampingan seperti loya, demam dan cirit-birit ringan dianggap biasa apabila sesuatu vaksin itu digunakan.

WHO menyarankan supaya beberapa juta vaksin itu diberikan kepada kakitangan kesihatan diikuti dengan wanita hamil sebelum diberikan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Kira-kira enam firma farmaseutikal di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia bergegas menghasilkan vaksin selesema babi masing-masing dalam tempoh hanya beberapa bulan lalu. - Agensi

Koamo!

Tiada ulasan: