Jika kita tenguk filem Melayu lama, pasti kita pernah terdengar perkataan ini
"Hei! Dewata kau berikanlah rahmat pertunjukmu!" Lebih kurang begitulah, sejarah orang Melayu memang dulunya bukan baragama Islam. Islam dibawa oleh pedagang Arab atau India yang datang ke Tanah Melayu. Maka itu tidak hairan ketagih minum arak ini telah ujud sejak berzaman.
Semasa aku kanak-kanak pun aku masih ingat bagaimana arwah Apak seorang peniaga kedai runcit menjual arak lantaran memang ada pelanggannya orang Cina, India atau Benggali yang membeli. Bukan perkara pelik orang kita Melayu pun ramai minum arak di zaman 50an & 60an ketika di memang kelab malam gila dengan joket lambaknya atau tarian mambonya.
Malahan iklan arak pun terdengar dicorong radio Saluran India terutama yang botolnya ada gambar anjing bodoh itu. Kononnya arak itu jika diminum membuatkan seseorang itu kuat perkasa. Maka sering aku lihat anak muda kampungku berjalan terhuyung-hayang mabuk todi. Aku masa itu masih kanak-kanak bukan main seronok mengarak pemuda mabuk ini. Tenguk orang mabuk ini berjalan, kelakar gila. Tak terasa pun mabuk itu perkara pelik di kampung. Todi haram pun berluasa terdapat di estet-estet. Memang arak boleh dicapai di mana-mana.
Seperkara lagi zaman 60an memang filem hindustan mendapat tempat di jiwa masyarakat Melayu kampungku. Jika kita perasan sering amat babak dalam filem hindustan bila wirawannya kecewa putus cinta pasti mabuk kecewa menonggeng dengan nyanyian terhuyung-hayangnya. Pengaruh atau ikutan filem hindustan ini pun satu hal.
Kes Kartika Sari Dewi; Menurut rekod pada Januari lalu, mahkamah sama menjatuhkan hukuman sama ke atas satu pasangan yang melakukan kesalahan sama tetapi kes model sambilan ini adalah kes bagi kali ketiga. Setiap kali hakim itu menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah yang sama, terdengar suara sumbang membantah akan keputusannya atas alasan yang pelbagai termasuk mencabuli jaminan perlembagaan.
Selain itu juga hukuman yang diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas menjadi ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan. Maklumat daripada Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip
Apa pun kembalilah kita kepada al-Quran dan Hadis. Biarlah Allah dan Rasul yang menjadi ikutan dan penentu kehidupan kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.” (Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)
Amat jelas apa yang disarankan oleh agama kita Islam tentang pegharaman arak. Maka itu tak seharusnya kita pandang ringan & ambil tindakan tak kisah dengan masalah arak ini. Bila hilang akal apa juga tindakan semenang menjadikan tindakan tidak berakal.
HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR) Dalam Kanun Jenayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:- Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim. Itu yang kita baca di dunia maya. Memang sudah sampai masa semua mereka yang terlibat menjadi Majlis Fatwa Kebangsaan mendapat kata putus tentang hukuman peminum arak seantero Malaya. Seragamkan. Jika Ulama sendiri "bertelagah" tentang memberi hukum, kita rakyat marhaen pasti lebih keliru. Pun yang pasti kes Kartika Sari Dewi kini menjadi perhatian dunia betapa kita memang Negara Islam membuat langkah awal memerangi arak dengan hukuman sebat. Jangan sampai negara luar ketawa nanti jika budaya kehidupan kita berbeda, jika mereka ke kelab-kelab elit mereka ternampak bersepah anak muda bebas minum arak. Kes bergesel sengaja tak sengaja ini pun tak selesai. Terus ujud & tumbuh membiak. Aduhai! memang makin kita memikir semua ini makin terasa gerladangan amat moral kita kini. Kita subahat juga Sdr Mazidul terusan membiarkan kemungkaran ini... kan? Penat!
Selasa, 2009 Ogos 25 14:09:00 MYT
Combi memang kita risau bila di luar sana perbagai kejadian yang tak terfikir oleh kita bebas berlaku. Di rumah anak remaja kita dapat kita tegur di luar sana masyarakat sudah tak ambil kisah. Itulah bahayanya jika kita hidup dalam masyarakat yang makin payah dikawal. Bayangkan jika remaja kita merantau di luar negara sana, negara yang bebas segala; hanya keimanan sahaja yang menentukan perjalanan hidup mereka. Kita hanya sekadar dapat berdoa sahaja. Semoga anak remaja kita dilindungan Allah Nan Esa.
Selasa, 2009 Ogos 25 14:19:00 MYT