iDAN

26 Ogos 2009

Kardio (Singgahsana)

"Tinggi glukos ni..." Dr Firdaus bersungut.

"Bagaimana sakit saya yang lain, apa keputusan ujian darah yang di ambil bulan sudah" Dr Firdaus mengklik komputernya, " Yang lain saya rasa okey!, kolestrol, darah baik, darah jahat... emmm! seimbang , glukos dalam tempoh tiga bulan 7.8 mmol/l agak tinggi kalau sudah 8.0 mmol/l itu sudah bahaya.."

Huh! memang susah untuk mengawal pengambilan gula. Dua minggu lalu bacaan glukos@gula cuma 5.4 mmol/l tadi naik ke 7.2 mmol/l. Padanlah sepanjang hari badan ini gatal semacam. Memang Dr Firdaus mengakuinya jika gula tinggi di badan mudah di serang sakit gatal-gatal.

Sebenarnya aku ketemu Dr Firdaus sebab dia adalah pakar jantung di Klinik Kardio Hospital Serdang. Dia memang mengajar di UPM, aku sendiri tak ingat nama anak Kak Senah yang telah pun bertugas di Hospital Ipoh. Pasti dia yang mengajar anak buahku ini. Dengan Kak Senah aku memang rapat dengan anaknya memang tak kenal sangat. Lima tahun dia di UPM aku sendiri tak pernah ketemu dia di UPM. Dia sendiri tak cari aku, aku lagilah segan nak cari dia sebab dia anak dara, pangkat anak saudara pun jumpanya pun sesekali sahaja.

Masih tak buat Ujian Stres jadi masalah jantung aku masih tak selesai. Bulan Disember nanti akan ada lagi temu janji. Aku pun tak tahu yang nak buat Ujian Stres itu kena pakai pakaian sukan, kena pakai kasut sukan. baru tadi aku perasan tertulis merah di kad perubatanku, nanti jika datang kena pakai pakaian sukan. Tak dapat aku bayangkan bagaimana seseorang itu menjalani Ujian Stres. Maknanya enam temujanji barulah dapat kata putus. Buat masa ini aku masih tertanya-tanya.

"Bukankah salah satu tanda sakit jantung, sesak nafas bila berada dalam gelap?... tak boleh rasa stres jika dalam keadaan gelap?.."

"Tak, itu mungkin perasaan sahaja.."

Doktor pasti arif dari ujian darah pasti dia tahu keadaan fizikal pesakitnya. Aku memang pernah sakit dada terlalu kuat, sampai berpeluh payah bernafas, nak tarik pun payah nak lepas pun payah, sakit amat. Kemudian dada sebelah kiri terasa bengkak. Aku baca risalah yang diedarkan memang itu petanda ada masalah jantung.

"Kadang-kadang kesan ubat yang kita makan pun jadi masalah begitu!" Kata Dr Firdaus.

Kata-katanya mengingatkan aku akan Dr Husni. Seorang Dr Muda di Klinik Husni Seri Serdang. Bila dia baca data di ujian darahku memang kesan ubat tertera di sana. Bila ada kesan sampingan ubat yang kita makan selalunya hati akan menjadi mangsa utamanya.

Memang payah mentafsir organ di dalam badan. Lalu aku terpaksa bertawakal & berdoa. Buat kata-kata Pak Cik dari Kuala Pilah berumur 65 tahun tadi.

"Mati... ajak maut itu kerja Tuhan, kita jangan putus asa, banyakkan berdoa & rajin-rajin solat berjemaah..."

Dia staf kerajaan & baru sahaja kena santau, itu yang katanya paru-parunya bermasalah. Dia tak ada masalah diabetes, darah tinggi pun terkawal. Doktor suruh dia datang ke pakar jantung sebab faktor umur, lagi pun baru-baru ini dia masuk wad sebab kena santau itu.

Hampir jam 1:00 tengah hari barulah aku pulang dari Klinik Kardio Hospital Serdang. Macam biasa sendirian ke sana sejak awal pagi lagi.

2 ulasan:

pengailsejati berkata...

Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Masjid Jamek Kariah Serdang akan mengagihkan bubur lambuk seperti butiran berikut :

Waktu : Selepas Asar (Isnin - Jumaat)
Selepas Zohor (Sabtu dan Ahad)

Tempat : Hadapan Kuaters Imam (Parking Kereta) Masjid UPM


Bermula pada 22hb Ogos 2009 bersamaan dengan 01 Ramadhan 1430H
hingga 17hb September 2009 bersamaan dengan 27 Ramadhan 1430H.

Kecuali pada hari 02hb September 2009( Rabu )


Muhammad Norhisyam Nordin
Pusat Islam Universiti, UPM
03-89468582

iDAN berkata...

Memang teringin nak rasa Bubur Lambuk UPM ini, semalam beli juadah sebelahan TESCO Kajang, sebelum tu di Prima Saujana memang agak mahal berbanding di Seri Serdang. Ikan keli goreng pun sini RM2.50 seekor. Murah lagi di Shah Alam RM2.00 dalam siri 360 TV3.

Pecai di sini RM2.50 sikitlah amat bagaimana di Bangi iyer?.