iDAN

13 September 2009

Cinta Terlarang 5 Jawapan Wakil Isteri (Singgahsana)


Catatan dari Wakil Isteri terbuka untuk kita ulasi,

Salam Abg Idan, mungkin banyak dah terjawab oleh abg Idan..tapi saya kemukakan juga..komen saya yg panjang ini.. Terima kasih.

Salam Saudara Saudari, Hamba si pengirim tanpa nama, ingin berterimakasih kepada semua, dan sudah tentu kepada Abg Idan kerana sudi membuahkan pendapat-bersandar yang sedikit sebanyak mampu menambah ilmu dan kefahaman dengan izin-Nya. Kalau diizinkan, saya ingin mengongsi rasa, fikir latar belakang terhadap isu ini lanjutan dari jawapan dan saranan yang di utarakan abang Idan agar Konteks isu ini dapat dibahas se objektif yang mungkin:

1. Kes yang berlaku agar lebih jelas adalah seperti berikut; perkahwinan tidak di ingini. Tak pernah ada sedetik sayang di hati terhadap suami. Tapi Jodoh di tangan Tuhan. Pada mulanya tidak ada benci, hanya ingin taat. Tapi sayang tidak terucap. Di tengah perjalanan, suami lara dan suami kasar. Serba tak kena, rupanya suami ada kekasih. Ini memungkinkan lagi rasa yang memang dah tawar hambar, bersedia dengan barang siap dikemas. Menanti keputusan Sang Suami; Ini sedikit sebanyak sejarah pekahwinan sehingga ke saat ini. Suami selalu bertanya, sayang pada saya? Mengiyer pun tidak menangguk pun tidak, sebab memang tak pernah ada mahu ini kan pulak merasa.

(Payah juga memaksa hati untuk menyintai seseorang, apatah lagi jodoh ditemukan lantaran hanya ingin taat. Tidak bercinta sebelum bernikah. Seperkara yang perlu dinyatakan, ramai juga kalangan kita bercinta bagai nak gila tapi kandas juga di tengah jalan. Ramai juga bercinta setelah bernikah aman bahagia & sentiasa berpakat.

Punca utama mungkin sikap suami kasar, cumanya kita tak tahu kenapa suami Sdr Wakil Isteri begitu, itu yang saya banyak menulis, sabar-sabarkan, mesti ada kebaikan pada diri suami buat penyejuk hati & cepat memaafkan. Takkan tak ada. Sang suami ini memang kena didekati; apakah watak kasar semula jadi atau ada punca yang payah kita tolak sebab angkaranya. Seharusnya ada perbincangan dengan keluarga suami atau rakan terdekat agar kita dapat menangani kekasaran Sang Suami ini.

Kesilapan terbesar kita suka menyebut perpisahan bila berlaku perbalahan. Sebut berpisah sahaja memang masalah akan tambah rumit. Ini kena diperbetulkan. Jodoh itu satu yang murni, jika jodoh kita tak sepadan anggaplah ini ujian. Takkanlah Tuhan itu tidak pandai memilih. Hamba yang diuji adalah hamba yang amat disayangi Ilahi. iDAN)

2. Abg Idan kata ini gangguan sementara, iya mungkin. Dan menyarankan supaya dekat pada Allah SWT. Hamba hampiri Allah SWT . Hamba minta sungguh2, beri petunjuk beri jalan. Tapi pada masa yang mengadu keluh jugak pada Allah, apa kasih begini memang tak boleh? Setakat ini, jalan yang diberi tak menjurus kepada saranan Abang Idan. Mungkin belum makbul.

(Kita ini hamba Allah yang amat naif, terkadang ujian mendatang bukan sebab kita. Mungkin lantaran musibah dari zuriat kita. Jika kita telah berlaku sebaiknya hingga hati tenggelum punca, kenapa?, kita terusan didera. Kita terpaksa lihat kejadian sekeliling kita. Dari masalah keluarga sendiri, mungkin juga keluarga sebelah sana.

Contoh terdekat buat saya, Arwah Apak pernah rampas isteri orang, abg kandung pula memang penuh sejarah hitam dalam rumah tangganya. Kot-kot Tuhan sengaja menguji kita untuk membuatkan Apak & Abang kita berfikir "Tenguk bagaimana deritanya anak kamu/adik kau itu... bilamana rumah tangganya porak peranda" Bukan Tuhan itu tidak adil tetapi mesti ada yang tersirat dari setiap ujian dia.

Doa manusia ini memang perbagai peringkat, kita yang tak serapat mana dengan Ilahi mungkin lambat termakbulnya. Tapi jangan sampai putus asa... iDAN
)

3. Bersetuju dengan pendapat idola. Tapi ini bukan. Ini hubungan antara dua manusia. Idolisasi biasanya sebelah pihak. Ini perhubungan benar antara 2 jantina.

4. Dan masih saya tekankan, apa yang berlaku nanti tetap akan datang, tetapi untuk sekarang, kedudukan hukum adalah, kami berhukum ini hubungan tanpa nafsu syahwat. Ini hubungan dua manusia yang saling mencinta tanpa perlu di iringi rasa debar berahi dan sebagainya, tak perlu itu semua sebab itu bukan benda yang di cari. Itu bukan fokus. Tegas disini, untuk setakat ini, hubungan ikhlas cinta tak dilempias nafsu syahwat. Soalan saya tetap tak berubah : apa boleh? Kias mana ijmak mana yang saya bisa rujuk ? Terima Kasih kalau mampu dikongsi.

(Di satu sudut memang tak salah, Islam pun tidak pernah mencatatkan dosa jika sekadar berniat berbuat jahat selagi kejahatan itu tidak dilakukan. Perasaan cinta itu bukannya perasaan jahat. Cuma ada ketikanya perlu kena pada tempatnya. Bila kita menyintai suami orang, atau lelaki lain.. Ada banyak hati yang bakal terluka pertamanya suami sendiri... emmm! ini mungkin tidak terfikir oleh hati kita... padan muka; keduanya isteri Sang Kekasih... seterusnya mungkin anak-anak kedua pihak... pandangan kekawan & masyarakat pula bagaimana?. Kiasnya sebahagian telah saya tulis iDAN)


5. Abg Idan kata lagi, jika memahami jodoh atau perkahwinan dalam Islam, pasti kita amat menyintai isteri atau suami kita. Apa benar ini maksud sebenar abang Idan? Sama juga kita boleh kata, kalau benar semua manusia mengerti erti hudud nescaya tak ada penjenayah di dunia ini. Terlalu retorik bunyinya. Maafkan saya Abang. Saya pun selalu bila mati hujah saya akan guna hujah di sini bagi mengukuh lemah akal ini.

(Agama menjanjikan yang terbaik. Janji itu betul. Panduan juga buat suami pun buat isteri. Kita sebenarnya tidak teraba-raba dalam hukum hakam berumah tangga. Jika kita minta bantuan ke mana pun pasti dirujukkan juga ke arah agama.

Maka itu bila sahaja kita bermasalah kita kena cepat-cepat mendekati diri kepada-Nya. Mengadu dengan-Nya. Pintalah pertunjuk-Nya. Kekalutan ini terkadang mainan dunia. Jika kita kuat dari ugutan Sang syaitan pasti sebelah pihak lagi gagal. Memang lumrah & syaitan paling dahsyat mahukan agar rumahtangga itu cepat runtuh. Dia amat dengki melihat rumah tangga@masjid yang kukuh utuh. Apatah lagi masjid yang makin kalut. Jika tidak kenapa Sang syaitan menangis bilamana akad nikah dilafazkan iDAN)

6. Kesah syurga dan jugak kelebihan wanita abang Idan kongsi kan. Saya akur dan saya paham malah saya tau..nikmat senggama di syurga kelak, berkekalan menaik seperti graph berekponensial, setiap kali penterasi, setiap kali itu juga, ia masih dara, dan setiap kali jugak nikmat nya bertambah. Saya tahu bang, malah saya amat arif. Soalnya, tak terkelaluan jika saya nak bilang, Ali atau Umar ( tak ingat saya) pernah berkata, kalau di kanan syurga di kiri neraka di depan ... di mana ini bukan lagi pokok persoalan hukum dan ganjaran hanya terpakai untuk massa. Di suatu saat dan ketika, mungkin tak tercapai pun...hanya Rabbul Jalil matlamat hakiki. Saya tak menolak semua ini. Cuma konteksnya, apa bisa dipaksa semua ini? tanpa ada hidayah dari Allah?

7. Entah lah abang Idan, apa memang terlarang cinta begini? Tak mencinta pada suami/isteri , apa bisa dipaksa? Iya, boleh saja nak jadi hamba nak jadi pelayan yang setia, boleh; tapi hati?? Siapa yang punya hati kalau bukan Rabbul Jalil. Kenapa tak diberi hidayah kasih? atau ini ujian tegar? Dan datang pula ujian lagi satu.. bertemu kasih di atas talian, walau tak pernah bertemu mau bercumbu, kenapa hati sangat mencinta? dan dosa apa yang bakal ditanggung kalau ini haram... mutlak?

(Sihir pukau itu ujud sejak berzaman, tak semestinya pukau itu ditujukan kepada kepada kita melalui seseorang manusia, ianya boleh terlekat di diri lantaran kita sendiri tidak menjaga soal hati. Hati kita ini jarang berzikir maka ianya amat kosong, bila kita rajin pula berzikir pun belum tentu kita selamat dari sihir Sang Syaitan ini. Biasanya yang pangkatnya mesti bukan calang-calang pula menghsut kita. Bermunajat bukan mudah, hari ini okey! esok entah jadi apa.

Maka itu saya pernah berkata, memang hati manusia ini sama sahaja, amat mudah akan jatuh cinta jika kena pada tempatnya. Cukuplah jika seseorang itu amat baik & sentiasa mengambil berat tentang kita. Sentiasa simpati & berhemah baik dengan kita.


Sementelah itu kena pandai meletak nilai cinta. Saya pernah menulis tak kan mahu melayan perasaan cinta jika tahu kekasih saya itu isteri orang. saya titikkan segera rasa cinta itu. Maka itu saya katakan cinta terlarang. Cepat-cepat saya sedarkan diri bunga bukan sekumtum. Begitulah sebaliknya kumbang bukan seekor.

Takkan kita mahu membina kebahagiaan di atas keruntuhan atau kelukaan hati seseorang. Musibahnya akan datang terhadap pasangan begini. Di dunia lagi sering menjadi tohmah. Jika tidak di dunia kita malu ketemu Dia Yang Maha Esa. Jodoh yang kita tolak Dia yang beri. Takkan jodoh itu tersilap. iDAN)

8. Ahh...apa suami tak berdosa langsung? Apa suami tak dipersoal, "sudah kah engkau mendidik isteri? Kalau soalan ini suami tak lepas, apa ada exclusion clause untuk isteri berolah sebegini? .......

(Iyer! suami memang berganda dosanya jika lantaran sikap kejam dia menjuruskan isteri bertambah walang, gusar, buntu & tersilap memilih arah. Maka itu dalam sesuatu keadaan Islam membolehkan perceraian. Tapi janganlah cepat sangat kita memilih jalan perpisahan@perceraian ini. Musibah dimurkai Allah SWT ini amat banyak. Apatah lagi jika lantaran perkara yang boleh dirunding, masih boleh diperbaiki kita sengaja mengejar yang lain. Terutama jika kita telah punyai anak yang perlukan juga pertimbangan tindakan kita.

Cinta akan terbit bilamana kita terhimpit itu adalah normal. Di mana lagi kita mahu mengadu kalau tidak kepada orang yang benar-benar mengambil berat tentang kita. Cumanya ada ketikanya cinta itu hanya fatamorgana. Cinta yang nyata di depan mata... bila kita memang telah berkahwin pasangan kitalah kekasih... biar pun buruk, pahit, becuk, boroi & sebagainya terkadang dia lebih sejati & abadi. Agar Allah Azzawajalla memanjangkan jodoh yang ada. iDAN)

Wallahu a'lam.... Yang tak bernama,

Wakil Isteri..

4 ulasan:

Apokalips berkata...

Salam Abang Idan,
Saya suka jawapan/nasihat rasional dan realistik yang abang Idan berikan. Jawapan yang menyentuh dr sisi agama, hubungan manusia dan etika-etika yang patut dijadikan landasan dlm hubungan.

Tapi lumrah manusia..tentulah kita nak jawapan yang sedap-sedap belaka.. yang mengikut apa yang kita rasa dan inginkan.

Sebab itulah kita ini..tidak akan berhenti minta justifikasi demi justifikasi ke atas setiap persoalan kita.
Emm..lumrah manusia..kan..

~p/s : kesian abang idan mesti letih menjawab soalan-soalan ni..?~

iDAN berkata...

Sdr Apokalips

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Masalah Sdr Wakil Isteri itu sebenarnya pernah berlaku terhadap banyak rumah tangga. Ada yang gangguan sementara & ada yang terusan porak peranda.

Bagi kita yang sudah tua-tua ini mestilah mahukan rumah tangga itu aman bahagia. Jiwa orang 30an & 40an itu berbeza.

Semua keputusan di tangan kita. Ikutlah kata hati tapi berpandulah kepada saranan agama kita.

Dalam kehidupan sekeliling saya banyak amat perceraian maka itu saya amat membenci dengan perceraian ini.

Sesekali memang seronok juga mendapat respon, penderitaan orang lain terkadang terasa juga menghimpit kita. Kita dari jauh sekadar samar-samar sahaja dapat menjawabnya. Yang penting dalam hati berkata, kita mahu yang baik-baik belaka. Tetapi bagaimana mahu mengubah sebelah pihak sahaja. Masalah sebelah pihak lagi bagaimana?. Itu yang menjadi delimanya. Alangkah baiknya jika kedua pihak dapat berunding secara baik & mencari kata putus yang dpat membahagiakan semua.

Cetusan berkata...

agaknya mana yang lebih sayang ??anak atau suami?
atau BF baru?
on jer dengan BF baru jika masih bujang atau menjadi isteri kedua.

antara perhubungan dan cinta, wajar putuskan jika ingin menikmati perkahwinan yang tenteram.

nota:
opss di Lembah kelang dan bandar2 besar memang dikira minoriti lelaki bujang 5 hari seminggu. alasan susah rumah sewa atau anak-anak susah nak berpindah, jadi tinggallah bersama-sama mamanya jauh, maka para Ayahpun berstatus bujang 5 hari.

kecian ayah kesepian..

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Di dunia ini mungkin anak, sebab ramai yang berebut anak bila berpisah. Di akhirat nanti tidak. Suami atau Isteri itu lebih penting. Lebih utama dikasihi. Tak ada dalam kitab mengatakan suami wajib memberi sara hidup kepada anak-anak di akhirat nanti. Takkan nak berkerja lagi di sana nanti.

Nak bercinta bagi lelaki biarlah dengan anak dara, jangan isteri orang atau ibu tunggal untuk membela mereka. Kalau sangkut & ingin bernikah tidaklah haru biru nanti.

Kalau seorang isteri pun payah menjaganya. Elok lupakanlah hobi bercinta ini. Carilah hobi lain, jangan nak peningkan kepala. Moh! memancing ikan pun okey!.

Saya pun pernah menjadi suami kesepian. Hujung-hujung minggu baru berjumpa Mila tu...tapi taklah sepi amat sebab saya buat keputusan bahagikan anak sama rata. Anak saya ada empat jadi seorang kena jaga dua. Taklah merayap ke lain buat hal yang bukan-bukan.

Sebenar ada cara bagaimana mahu mengekalkan hubungan terpulang kepada kita mencari jalan & menentukannya.