iDAN

13 September 2009

Cinta Terlarang 4.. Wakil Isteri 2 & Kenapa suami curang (Singgahsana)

Tanpa Nama Wakil isteri 2 berkata...

Salam Abang Idan dan sahabat di sini..
Saya ingin perkenalkan diri sebagai Wakil Isteri 2.

Kisah saya juga hampir sama dengan Wakil Isteri yang pertama.

Berkahwin tanpa rasa kasih mahupun cinta. Sebelum bertunang lagi telah mula rasa tiada keserasian mahupun kesefahaman. Tiada cinta, sayang mahu pun suka. Tetapi hanya kerana keluarga telah tahu saya berkawan dengan dia.. maka diteruskan sahaja. Dan bila berlakunya akad nikah... maka memang benarlah jodoh itu yang ditentukan oleh Tuhan.

Perkahwinan yang tidak pernah sedikit pun membahagiakan. Penuh kata-kata yang menikam jiwa, herdikan, diabaikan, sering ditinggalkan umpama tiada harga. Saya dilayan umpama pekerja dalam rumahtangga.

Tidak pernah langsung diri ini merasa menjadi isteri. Malah hampir semua perkara diuruskan sendiri. Saya membina kekuatan diri..terpaksa berdikari. Saya bertahan... dan terus bertahan.

Perbalahan demi perbalahan berlaku dalam 10 tahun ini. Ditolak, dihina, dikata pelabagai. Jiwa amat terseksa. Kasihan anak yang melihat dan mendengar setiap hari.

Kini.. setelah bertahun-tahun bertahan dan berfikir.. saya mengambil keputusan, berpisah mungkin jalan terbaik. Bila diberitahu pada suami.. ia mengamuk lagi dan lagi. Hanya dalam bulan Ramadhan ini suami mula menerima hakikat yang pekerja rumahtangga ini sudah nekad mahu berhenti.

Bagi saya.. Syurga masih di bawah kaki ibu.. kerana hanya ibu dan ayah yang benar-benar mengasihi dan memahami penderitaan ini.

Wakil isteri 2

iDAN menulis...

Salam buat Wakil Isteri 2

Saya pernah berbual dengan seorang yang pangkat Atok bagi saya, Dia kata..

"iDAN kalau nak buat rumah, pergi dulu ke tapak itu. Berdiri di sana & rasakan dalam hati ... Apakah tapak itu sesuai didirikan rumah.." Kira macam bertafakur kejaplah.

Masa saya nak beli rumah di Jenaris pun saya buat begitu. Saya berdiri di Lot rumah yang mahu dibeli & rasakan suasananya. Kebetulan ketika itu ada angin sepoi-sepoi bahasa berhembus. Saya rasakan di hati. Saya rasa memang boleh tinggal di sini biar pun tak seindah mana permandangannya. Sebab tanah rumah saya ini agak lembah, padang tinggi dari rumah.

"Begitu juga kalau nak kawin!, jumpa dulu dengan perempuan itu, tenguk wajah & peribadinya. Kalau rasa hati itu sejuk sahaja... teruskanlah niat itu!"

Emmm! kita ini degil sebab cinta itu memang buta. Belum kawin sudah terasa serba tak kena. Nak juga. Tapi tak apalah, masalah orang berkahwin itu ada sesetengahnya sama sahaja. Masa bertunang kita telah tahu tetapi ikutkan juga jodoh yang Tuhan berikan. Berserah.

Keserasian itu memang sukar tetapi langkah awal kita tahu telah timbul masalah... atau bintang tak serupa... terkadang membuatkan kita lebih bersedia. Perselisihan faham dalam rumah tangga memang orang kata asam garam tetapi kalau terlampau kerap malahan sampai memaki hamun, pukul memukul, menghina sebagainya memang ianya satu penderaan buat isteri.

Suami di luar sana kena mengawal sifat angkuh@ego ini. Mana ada rumah tangga bahagia jika isterinya dicela hina begitu. Maka itu kepada mereka yang tengah asyik bercinta memang ada baiknya sesekali pergilah bertandang ke rumah bakal mertua. Tenguk bergaulan mereka. Adakah keluarga bakal mertua ini berhubung dengan baik. Ayahnya garangkah, emaknya suka nada suara bagaimana.

Nada suara ini perbagai. Suara bibir, suara tekak, suara dada, suara perut. Kita lihat kaum india bercakap selalu pakai suara apa?... Bibir & tekak kan?. Jadi jangan hairan kalau keluarga isteri kita jenis ini jangan ambil hati isteri kita pun cakapnya kasar. Pasti terbawa-bawa. Membeber bertekak tak habis sudah itu memang asal kejadian dia... tapi kalau masih bercinta belum bertunang nak patah balik, okey!; buatlah keputusan sewajarnya.

Seyogia saya sendiri orang Melayu jati darah Minang & Arab, bercakap berlagu, Emak saya punyalah baik orang. Tak pandai marah. Ayah pula selalu cakap dari dada & perut, bukanlah sebab perutnya boroi tetapi memang berbahasa maklumlah ayah saya kawin tiga mesti pandai mengatur ayat & kata-kata.

Jangan marah jika orang Melaka, memang lazimnya mereka ini suka lepaskan sahaja bila berbahasa. Eris kawan saya itu terkadang dia tak kawal juga bahasanya, bergurau macam sungguh-sungguh. Memang terkadang melampau tapi fikirkan dia memang orang Melaka kita akan mudah memaafkan dia. Tak semua orang Melaka macam itu. Hang Tuah bukankah amat taat setia. Petah berbahasa tersusun indah & sopan santun belaka.

Isunya tadi Sdr Wakil Isteri 2 cuba cari sesuatu penyebab kenapa boleh terusan maafkan suami itu. Huh! 10 tahun memang lama. Tapi itulah hakikatnya, jika isteri atau suami kita kasar kita andaikan ini bukan dirinya kita katakan dalam hati. Jangan sebut pada dia..

"Agaknya sakit membeber ini jangkit emak dia kuat membeber kut!.." Terpaksa buat macam itu untuk kita nak sayangkan semula pada dia.

Kalau dia pukul pun macam itu. Ngaku saja kita salah, biar pun kita tahu kita di pihak benar. Tak ada ruginya. Saya pun pernah kena baling dengan beg.. terlepok kena muka.. berpinau!!!, Adoi! sakit amat, lebam pulak tu!.. Masa itu saya tengah gila ngejar janda anak dua pakai susuk. Saya lari masuk bilik kunci cepat-cepat. Fikir-fikir salah siapa?. Yang gatal nak kejar janda sebab apa?. Kalau mampu kaya raya, duit tak tahu nak buat apa... lainlah. Ceritera dedulu.

Jika isteri ini tidak pernah menjawab, terima seadanya sahaja, tekun, taat, ringan tangan buat kerja rumah, taat ibadah, pandai memasak, pandai memujuk suami, senyum memanjang, sayang amat anak-anak, tak berkira, iyerlah yang baik belaka. Suami masih garang atau minta lebih-lebihkah?.

Bunyinya senang. Nak buat memang payah. Saya fahami masalah perempuan berkerja, penat kerja satu hal, kalau memandu sendiri sangkut berjam-jam di jalan satu hal, balik rumah nak masak, nak layan anak memang penat. Suami pula biasalah. Orang rumah saya kata membesarkan perut!.

Di sini letaknya telak ansur. Suami yang baik, tak pandai memasak dia akan basuh pinggan, tak pandai basuh pinggan, dia sidai kain, malu sidai kain, sapu-sapu buang-buanglah habuk dekat rumah itu. Itu seharusnya.

Saya sudah tulis di bualan dengan Sdr Wakil Isteri. Memang lelaki rasa tercabar amat bila isteri minta berpisah. Pesan dari THR bergaduh jangan sesekali sebut berpisah. Memang bahaya. Suami akan tetiba jadi Singa Garang, macam Beruang sakit gigi bila isteri minta diceraikan. Lagipun jika masih ada sisa kesabaran kembalilah ke alam rumah tangga. Sabarlah di sana nanti pasti Sdr Wakil Isteri 2 akan pasti dapat suami terbaik. Jika 10 tahun boleh bersabar kenapa tidak terus bersabar. Tak salah kita terus mengimpikan harapan, biar pun harapan itu terkadang sukar dicapai.

Saya sendiri pun telah bergelut dengan segala pergolakan rumah tangga lebih dari 20 tahun. Tup tup dah tua. Saya bernikah sejak tahun 82 lagi. Berapa lama tu?.

Sabar..! sabar tak tahulah sampai bila mahu bersabar.

Sdr Wakil Isteri 2, jika ekonomi memang telah kukuh, anak-anak juga boleh diharap bakal membantu, langkah berhenti kerja memang bagus, jika sebaliknya elok ditimbangtara semula. Baru 10 tahun Sdr berumah tangga mungkin masih berumur awal 40an. Takutnya berpisah lantaran himpitan ekonomi lagi parah nanti. Terpaksa jaga anak & kerja semula. Boleh berhenti kerja tapi pastikan ada bekalan diri. Berbincanglah baik-baik dengan suami. Jika dia memang mampu menganggung segala belanja rumah & hutang piutang serta mengizinkan berhenti teruskanlah niat itu. Jika keputusan sendiri pastikan bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Zaman sekarang telah berbeda, kebanyakan rumah tangga mesti ada dua nafkah pencarian, terutama orang seperti saya pekerja sokongan. Kalau isteri tidak berkerja terpaksa suami mencari kerja sampingan, jika kami makan gaji serendah ini memang terpaksa begitu. Berbeda dengan golongan atasan yang bergaji tinggi atau mereka yang kerja sendiri, berniaga & sebagainya. Golongan pekerja sendiri ramai yang kukuh ekonominya berbanding pekerja bawahan atau sokongan yang makan gaji.

Kaum suami pun ada terdera sebenarnya, apatah lagi jika isteri berstatus lebih tinggi. Amat payah sang Suami menghilangkan rasa rendah diri. Apatah lagi jika isteri ini ego & tidak menghormati suami. Isu ini sengaja tidak dibangkitkan sebabnya selalu semua pihak akan menuding jari ke arah suami. Suami sebagai ketua keluarga kena pandai-pandailah mencorak keluarganya. Isteri pula selalu tidak sedar lantaran merasakan dia boleh hidup berdikari. Segala kemungkinan dia tegar menghadapinya.

Tidak dinafikan ibulah segalanya, syurga di bawah kakinya. Apa keadaan sekali pun Sdr Wakil Isteri 2 kenalah menjaga sebaiknya cahayamata yang ada. Jangan jadikan mereka mangsa perbalahan kita. Kita boleh menang dengan hati kita, anak-anak bagaimana. Jodoh zaman sekarang memang rapuh tetapi apakah penghujungnya. Silap langkah kita akan amat naif & malu ketemu Allah Nan Maha Mengasihi kita nanti. iDAN
Tanpa Nama Apokalips berkata...

Kasih lelaki seluas lautan? Saya kira wajar dikaitkan isu ini di sini.

Saya bersimpati dan sayu dengan pelbagai kisah isteri-isteri yang terabai dan tidak dihargai. Itu penyebab kami-kami (sekadar mewakili semua) ini mudah tersentuh hati bila ada yang sudi memberi sedikit kasih dan perhatian. Bersebab mengapa isteri-isteri ini terjebak dengan cinta terlarang sebegini.

Bagaimana pula sang suami? Benarkah kasih lelaki seluas lautan... maka boleh dikongsi bersama isteri, keluarga dan mereka yang memerlukan? Ini kata seorang sahabat yang terjebak dalam cinta selain dari isteri. Adakah itu penyebab suami boleh berlaku curang... jika tidak curang dalam perbuatan pun... tetapi curang hati dan zina perkataan.

Bagaimana iyer tentang ini?
Mungkinkah perlukan satu lagi topik baru di sini?

Sekadar untuk berdiskusi..


Saya buka topik ini untuk kita perkatakan bersama...!

Mila balik Meru hari ini, katanya nak buat Rempeyek dengan adiknya Alang nak jual di ofis.

Melati Merah

Salam Sdr Idan,

Ceritera tentang kisah rumahtangga dan orang ketiga ni sememangnya begitu sensitif terutama sekali bagi kaum Hawa. Mengapa mereka sanggup melukakan kaum sejenis mereka sendiri? Mementingkan nafsu dan ghairah sendiri tanpa menggunakan kewarasan akal pemberian Ilahi maupun sedikit keimanan di hati. Tidaklah saya menafikan hak kaum Adam yang dibenarkan berpoligami. Itupun bergantung kepada sebab-sebab yang munasabah.

Saya sendiri masih tidak faham sehingga kini apa ada dalam fikiran kaum Adam. Dalam kes Maizawati dan Waheeda, mereka punya rupa dan kelebihan. Maizawati telah menyatakan kesudian untuk menerima Waheeda sebagai madunya. Justeru kenapa pula timbul masalah hingga bercerai? Akhirnya kaum Hawa juga yang teraniaya. Bagaimana dengan kaum Adam?

Kasih Adam seluas lautan ..
kasih Hawa seluas kayangan (satu persoalan)

iDAN Menulis

Sdr Melati Merah

Kasih Adam seluas lautan.

Tak semua bermadu itu gagal. Contoh terdekat; Arwah Apak antara seorang suami yang berjaya. Hingga akhir hayat Apak sangat menjaga hubungan kekeluargaannya. Arwah Emak baik dengan madu keduanya Cik Peah cuma tak semesra mana dengan Wan Bi. (Opah si AC Mizal). Tapi mereka kekal hidup bermadu bersama hingga akhir hayat. (Cik Peah yang ligat sikit, dia nikah lelaki lain setelah Apak tiada lagi, dengan Apak pun suaminya ketiga.)

Kasih arwah Apak tehadap arwah Emak tidak pernah surut. Dari tangisannya ketika pemergian Emak memang saya dapat rasakan memang kasih seorang lelaki seluas lautan. Bagaimana arwah Apak boleh mengasihi semua isterinya setulen itu saya memang payah mengerti.

Selepas Emak pergi, Apak pula pula nazak di rumah AC Mizal, masa itu dia datang ziarahi rumah Yoep Zaini (Ayah si AC) di KL ini. Sekitar Cheras. Apak meninggal di Hospital Besar KL. Wan Bi@Opah Bi menangis bagaikan kanak-kanak meratapi pemergian arwah Apak. Cinta mereka tak pernah susut hingga ke akhir hayat. Opah Bi setia dengan cintanya. Saya memang amat menghormati akan sikap & tanggungjawab Apak. Terkilan memanglah ada lantaran permergian Emak yang mengejut tak siapa mengadapnya. Sendirian di rumah, anak-anak semua merantau, Saya di jepun ketika itu. Apak pula bukan giliran berada di rumah Emak. Tak tahu bila ketikanya Emak menghembus nafas terakhirnya. Nasi ditanak rentong hangus.

Itu antara musibah berpoligami, masa bersama isteri terpaksa dibahagi-bahagi.

Kes Ustaz Akhil Hayy:

Secara peribadi Saya lebih suka dia berpoligami, jangan ceraikan Maizawati. Rasanya sebagai seorang ustaz pasti dia mampu & penuh tanggungjawab. Sebab agama mengizinkan berpoligami. Kita tak tahu ceritera yang sebenarnya, apakah Waheeda yang memberi syarat atau Maizawati yang mendesak. Khabar dari akhbar payah kita mahu percaya. Namun di satu sudut Maizawati memang pernah menjanda, jadi mungkin dia tak terasa sangat stresnya perpisahan kali kedua. Cumanya kita yang mendengar perkhabaran mereka sekadar dapat mendoakan agar masing-masing mereka akan bahagia. Maizawati pun ada rupa, muda lagi, rasanya mungkin akan ketemu jodoh yang lain. Dunia artis memang begitu. Sudah jenuh kita dengar mereka asyik bercerai berai. Tak sama macam kita. Pun jangan kita ikut cara mereka.

Tak sukalah cerita keruntuhan ini. Penat. Allah SWT amat murka jika hambanya bercerai; & kita pula asyik memikirkan perkara negatif ini. Nanti syaitan akan bersarang di dada. Mulut terlepas cakap benda bebenda negatif ini terhadap pasangan kita. Anak-anak yang menjadi mangsa. Tak memberi makna. Hidup kena diteruskan jua. Usia pun akan berkurang tidak pernah bertambah. Seharusnya lagi kita tua lagi kita kurang bebanan fikiran begini. Hidup amat sementara. Nikmatilah hidup ini sebaiknya.

Kasih Hawa biarlah menjadi nyata.

5 ulasan:

Cetusan berkata...

wakil isteri 2.

terasa hidup untuk derita??
jika tiada anak wajar buat perhitungan, menunggu lelaki yang tak berubah, tetapi usia bertambah, membazir waktu, mana tau selepas ini dapat menikmati sisa2 nikmat kebahagian ..
yang lepas belum kecapi kebahagian, macam terasa tak ail kan..??.

iDAN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iDAN berkata...

Sdr Zeq

Sdr Wakil Isteri 2

Sememangnya terasa tidak adil, penat, jemu, bungkam... memang itulah hakikatnya.

Tapi memang itulah ujian, bagi kita semua itu derita di sebaliknya bagaimana mereka yang lebih derita dari kita.

Seperti ibu tunggal yang kematian suami yang amat dikasihi. Pasangan kekasih yang baru berjanji tetiba terhalang, tidak kesampaian jodohnya. Suami yang ketagih dadah, isteri terdera asyik diugut & ketakutan.

Ada ketika kita terpaksa membandingkan mereka yang lebih sengsara agar hati kita terasa sejuk seketika.

Percayalah janji Tuhan, lagi kita teruji lagilah kita akan mendapat ganjaran-Nya. Kita reda kita kena terusan mendekati-Nya.

Bila setua macam saya, sudah jenuh mengharap bahagia, terasa berserah sahaja. Terima saja seadanya.

Esok lusa dunia ini kenangan belaka. Lebih baik kita berharap bahagia yang kekal di alam sana.

Cetusan berkata...

rasa tak ADIL kita komen kes waheda dan maizura kecuali mendengar dari mulut yang sebenar kisah A-Z, setakat mendengar cerita surakhabar..berat sebelah.

..komen secara umum mungkin boleh sesuai kisah pasangan lain..

--lebih kepada majorti LELAKI EGO,,

--bila berbalah kenapamembuka AIB zaman silam.

--logiknya bila salah seorang bersuara wajar sebelah pihak diam diri..akibatnya memalukan tambah2 lagi surakhabar mencari berita panas ..lariss..rating..

--lagi satu bila wanita marah ??suami juga marah??
, nampak sangat lelaki tak mau beralah,lagi pun memalukan kalau lelaki lawan wanita, kalau menang pun orang masih gelak, bertekak pula dengan isteri..

soal siapa betul soal lain, membela kepada surahkhabar akan menikam diri.

kalau wartawan soal, kenapa tidak jawab no komen??selamat..padam api kemarahan..

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Semalam di dada akhbar ada peminat Waheeda marah2. Seolah-olah dia bangunkan rumah tangga atas keruntuhan rumah tangga orang. Memanglah pada hakikatnya kita lihat begitu. Cumanya kita tak tahu cerita sebenar. Ustaz Akhil Hayy & Maizawati sahaja yang tahu. Jika kita di pihak Waheeda bagaimana? Diaibkan begitu seantero Malaya.

Jodoh pertemuan bukan ketentuan kita. Dia anugerah Allah Nan Esa.

Sebaiknya kita mendoakan mereka bahagia.

Memang bila berbalah pasti perkata ego itu milik lelaki. Tetapi sebenarnya kalau bukan isteri ada juga orang ketiga lagi ego dari suami sendiri.

Bila telah berbalah memang semuanya tak nampak kecuali hati itu mahu merujuk ke arah panduan Ilahi. Saranan agama banyak memandukan begitu & begini. Jika ke arah batu api. Habislah.

Maka itu saya selalu menyarankan agar kita sentiasa bersangka baik. Agar payah sikit Sang syaitan itu nak memasukkan jarum hasutannya yang gerladangan itu ke hati kita.