Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

10 September 2009

Cinta Terlarang 2 (Singgahsana)


Cinta tidak pernah kenal usia. Cinta monyet umpamanya, bukan cinta yang remeh. Bagi mereka yang pernah bercinta dalam usia remaja. Bawah umur umpamanya pasti sampai mati pun tidak akan lupa kekasihnya.

Kenapa aku mengatakan begini, sebabnya ketika aku berumur sepuluh tahun memang aku rajin menulis surat cinta. Bait & lukisannya sampai kini masih lekat di ingatan.

Aku teringat Arwah Abg Din, dia bercinta dengan Arwah Kak Ha sejak dibangku sekolah rendah lagi. Sampaikan tahu di Ustaz Shaari. Kami bukan main ghairah bagaimana Ustaz mengurung mereka di kelas. Kononnya mahu dinikahkan. Tingkatan Empat Arwah Apak terpaksa kahwin mereka sebab tidak dapat dipisahkan lagi macam belangkas. Ketika Kak menghadapi SPM dia tengah sarat mengandung anak sulungnya Nasuha.

Untuk sampai ke jinjang pelamin cinta mereka amat penuh ceritera, aku pernah menulis kisah ini di jurnalku yang lama. Penat pun ada mengenang kisah cinta Abg Din & Kak Ha ini. Memang cinta monyet begini aku umpamakan cinta terlarang. Habis tu masih belajar siapa mahu kasi nafkah isteri & anak-anak.

Cinta kita terhadapan pasangan kita kira cinta normal. Ada orang bercinta sakan sebelum kawin pun ada yang setelah kawin baru bercinta. Bagiku baik belaka. Memang suratan takdir & lumrahnya berumah tangga mestilah ada perasan cinta di dalam dada. Jika seorang isteri merasakan tiada cinta di hati terhadap suaminya, mesti cepat bermunajat, minta perlindungan Ilahi; agak mengembalikan rasa cinta itu. Senang syaitan akan merisik masuk ke lubuk hati isteri yang begini. Suami pun begitu, ingatkan anak-anak bila hati itu semakin tawar terhadap isteri. Bila terjadinya perceraian, syaitanlah yang melonjak gembira. Hidup belum tentu aman damai setelah berlakunya perceraian. Jauhilah perkara yang halal tapi amat dimurkai Ilahi ini.

Cinta setelah berumah tangga, buat isteri memanglah terlarang. Apatah lagi jika suaminya memang masih menyintai dia. Anak-anak masih memerlukan kasih sayang kedua ibu & bapanya. Di zaman global ini bukan sedikit isteri yang menyintai lelaki lain lantaran status kekasih gerladangannya. Sedikit hal kelemahan suami sering dijadikan sebab atau sandaran. Nampak sangat baru sahaja bercerai isteri ini akan mengejar lelaki lebih berstatus berbanding bekas suaminya. Nampak sangat isteri begini mengejar harta dunia. Isteri yang tidak sanggup berkorban atau bersusah bersama. Biasanya anak-anak yang menjadi korban. Cinta begini cinta terlarang. Lain ceriteranya jika suami berpisah lantaran kematian. Atau suami dipenjara, penagih atau sebagainya yang memang Islam sendiri membenarkannya.

Bagaimana pula suami yang bercinta lagi setelah aman berumah tangga?. Aku rasa ini ikut keadaan. Jika si isteri sememangnya mengizinkan Islam pun tidak melarang. Mungkin masalah zuriat, mungkin juga suami memang mampu berpoligami. Maka kita jangan komen pasangan begini. Tetapi jika suami yang memang gerladangan. Mahu ikut sunnah Rasul tetapi tidak berlaku adil, mahu beristeri ramai tapi tidak mampu serba serbi. Maka terjadilah kepincangan rumah tangga. Memang tidak keruan jadinya hidup ini.

Cinta lain pegangan agamanya. Ini yang banyak melanda negara jiran. Singapura & Indonesia. Aku sendiri tidak pasti kenapa dibenarkan. Jika di Singapura ramai khabarnya bertukar agama. Dari Islam ke agama lain. Jika dari agama lain memeluk Islam rasanya tak jadi masalah. Lantaran cinta terpaksa keluar agama Islam ini memang amat merisaukan. Sementelah di Indonesia diboleh bernikah dengan lain agama. Duduk sebumbung suami isteri tetapi berlain fahaman agama yang dianuti. Bagaimana ini boleh terjadi. Anak-anaknya nak ikut agama siapa?. Apakah perkara sebegini akan merebak ke negara kita.

Aku teringat Rahayu yang aku temui di Sagamihara. Apa khabar dia sekarang. Semasa aku temui dia, dia dalam keadaan amat stres lantaran suaminya orang Jepun kembali ke kehidupan ala Jepunnya. Minum arak, makan babi & sebagainya. Siapa dapat membantu hamba Allah begini yang jauh tercampak di rantau orang. Mahu ikut cintakah atau mahu kembali ke tanah air melupakan suami. Memang payah meladeni hidup ini, bila berkait dengan soal hati.

Blog tentang Cinta

12 ulasan:

zeqzeq berkata...

as-salam


mencilok

agaknya wujud tak isteri bersuami lebih dari 3 di kota2 raya besar ini??

kesibukan..
tanpa peduli jiran
MLM
bisnes
NGO
hingga pagi buta??

kes terpencil jika dikorek oleh wartwan METRO pasti dikecam

Syahrul Helmi Mohd berkata...

saya rasa awak silap memandang cinta... perhubungan dan cinta itu dua perkara yg berlainan.

iDAN berkata...

Perhubungan & cinta...

Betul juga Sdr Syahrul nyatakan. Memang ada ketika perhubungan itu boleh mengatasi cinta. Cinta boleh retak atau terputus, perhubungan itu mana mungkin.

Pergolakan ini sering dibangkitkan dalam skrip filem Hindi; sebagai contoh cinta kerap tidak kekal namun talian perkahwinan, persahabatan itu lebih kekal. Cinta sering tidak kesampaian tetapi ikatan pernikahan itu tetap kekal hingga ke akhir hayat. memang tidak dinafikan ramai kalangan kita lebih menghormati perhubungan daripada perasaan cinta itu sendiri.

Tidak hairan, ramai kalangan kita tidak dapat merasakan halusnya rasa cinta terhadap pasangan kita lantaran kita asyik menguruskan keperluan ikatan rumah tangga. (sibuk urusan rumah tanga) Kesetiaan tidak dinafikan ujud cuma rasa cinta itu tidak pernah diluahkan. Jika ada pun mungkin tergambar di dalam kad hari lahir (jika menyambutnya) terselit di kek, pemberian bunga, tindakan atau layanan.

Amat janggal jika pasangan kita (telah kahwin) melafazkan cinta bila telah diijabkabul. Mungkin itu yang dimaksudkan Sdr Syahrul.

Mungkin juga sememangnya pandangan seseorang itu amat berbeda. Istilah cinta itu amat luas. Jika ke klinik jantung pun mereka menggunakan lambang hati yang kerap kita guna untuk cinta. Jika hari merdeka pun sering dipaparkan cinta untuk negara. Jika kita tenguk kartun pun sering lambang jantung ini diiconkan.

Bagaimana pun saya sebenarnya terasa gusar, ramai berkata kita orang Melayu amat payah melahirkan ucapan cinta berbanding mereka sebelah barat sana... mungkin sikap malu kita kot!. Sudah tua-tua pun kita jalan beriringan dengan pasangan kita pun segan. Sementelah masing-masing telah boroi & sebagainya.

Jauh di sudut hati ini... bila kita telah berumah tangga.. saya amat berharap perhubungan atau ikatan cinta ini dieratkan lagi dengan simbahan cinta. Perasaan sayang, kasih semua itu rasanya memang telah ujud dengan sendiri. Perasaan cinta suci itu amat murni bagi mereka yang pernah merasainya.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Hakikat nyata pun ada apatah lagi sindiran. Kes isteri terlibat dengan zina di Mahkamah Syariah pun puluhan ribu tertangguh.

MLM@Zhulian antaranya asyik mesy. hingga larut malam.. NGO, politik, bisnes hingga pagi buta!

Cit cat itu juga bahaya. Jika kita rajin bercit cat bukan mustahil akan ketemu isteri yang begini. Lepas cit cat kontak melalu SMS. Ramai isteri berani keluar rumah tanpa izin suami; apatah lagi jika pasangan sering tinggal berasing.

Bukan nak tuduh atau buat ceritera dongeng. Ramai VVIP wanita memang terkadang terpaksa keluar rumah sampai lewat malam hingga dinihari. Atas kejujuran & keimanan mereka sahaja yang dapat menyelamatkan dugaan.

Saya pernah juga merisik di lorong-lorong perempuan gerladangan ini di awal pagi. Memang pernah tertembung, wajah tak nampak pun macam perempuan jahat; tapi itulah caranya mencari rezeki, nampak dia membawa bakul ke pasar selepas menjaja dirinya. Dari raut wajah memang macam ibu yang punyai anak. Sahih tak sahih hanya Tuhan yang tahu. Namun dalam akhbar memang perkara ini pernah dipaparkan.

Kalangan pendatang haram; itu biasa. Saya sendiri rapat dengan mereka, pernah satu keadaan, suaminya di Johor, si Agus (Mas Joko) menjaganya isteri orang ini di Serdang. Tidur sekali, nak jadi ceritera kawan saya pula jatuh cinta dengan perempuan Indon ini. Maka tak tiga jadinya suami si isteri ini.

Kes terpencil tapi memang pernah ujud.

Apokalips berkata...

Tersenyum tersipu saya membaca kisah yang ini.. terasa terkena pada diri sendiri..

Saya ingin berkongsi kisah 2 orang sahabat..
keduanya telah berkeluarga..
mereka bertemu di internet @ chatting..
mereka berkongsi cerita, kisah suka duka..
lalu mereka terpesona dan jatuh cinta..
dan keduanya merasakan itu adalah cinta sejati, yang harum dan suci..mereka rasa serasi, ada chemistry..
dan kata mereka..kasih itu tidak langsung bertunjangkan nafsu.

Emm...benarkah wujud cinta sejati sebegini.. walaupun ia terlarang?
Adakah ia cinta atau sekadar terpesona?

iDAN berkata...

Sdr Apokalips...

Saya menganggap ini gangguan sementara. Tetapi amat bahaya.

Sebabnya saya pun pernah merasakan perasaan ini ketika rapat dengan kekawan di cit cat. Pokok pangkal kita lelaki. Bagi saya jika kita ini suami mungkin atau bukan salah pun di segi hukum menyintai gadis lain. Sebab Islam membolehkan kita bernikah lebih dari seorang. Hakikat ini semua perempuan marah, kalau isteri saya terbaca, penat saya dibebelnya. (saya tak mampu pun). Seorang isteri pula memang terlarang untuk cuba-cuba menyintai orang lain. Tak boleh. Takutnya nanti ini Allah SWT samakan hukum mendekati zina.

Bercit cat ini Sdr Apokalips kita bermain dengan perasaan. Bayangkan kena menulis, kena memahami, kena mengeluarkan apa kata hati; tanpa batas. Lelaki yang pandai menggoda akan melepaskan semua, baik janji, baik hati, baik perangkap, ada juga sekadar menduga, ada yang jujur tapi kalau kita fikir secara baik. Kenapa mesti kacau isteri orang. Bukankah ramai anak dara di internet itu yang cantik, berstatus, masih kosong & boleh dipujuk rayu untuk jadikan isteri kedua, ketiga atau keempat... betul tak Sdr Apokalips?.

Saya berkeyakinan isteri yang suka bercit cat di internet ini, terutama dengan orang yang tidak mereka kenali ada isteri yang 99.9% kesepian. Jika isteri bercit cat dengan kawan perempuan okey, kawan lelaki yang kenal 50% 50%, kalau dengan anak-anak atau saudara mara sendiri memang digalakkan. Memang bahaya cit cat ini jika kitab silap tujuan.

Maka itu saya yang sejak berzaman kenal ICT... Dulu MRIC tahun 87, kalau linux lainlah pulak tak bergrafik zaman itu; sekarang YM forum & banyak lagi. Blog pun satu hal juga... memang saya cuba menjujurkan diri. Jika isteri orang tak berani saya bermain api. Nak kenal tak kisah, nak mainkan hati orang saya anggap itu berdosa.

Payah saya temui cinta kini yang tidak bertunjangkan nafsu. Peringkat awalnya memang berkata begitu. Tapi bolehkah kita mengawal perasaan ingin berjumpa biar pun tak buat apa. Biasanya jika ada nombor tel akan melaratlah.

Di satu pihak memang kata okey!. Apa perasaan suami atau isteri jika rahsia cinta ini terbongkar. Sdr Apokalips, bolehkah kita terima jika isteri kita begitu. Taubat Lahom rasanya amat payah nak terima. Bagi saya bercit cat dengan kata-kata cinta itu juga sudah dosa. (berulang kali saya tulis ini di blog saya) Patutnya isteri lebih afdal buat kerja rumah, membasuh, memasak, layan anak... memang Islam tidak pernah katakan itu wajib terhadap perempuan tetapi semua itu Allah menjanjikan ganjaran Pahala. Sebab pahala itu tak nampak macam buah pala... maka itu ramai isteri lebih leka bercit cat dari mengumpul pahala.

Seyogia itu petanda kita tidak penghormati cinta yang perlu bersama dengan "perhubungan" (hubungan persaudaraan, hubungan suami isteri) yang dikaitkan oleh Syahrul sebelum ini. Kita biarkan perhubungan itu seadanya tanpa iringan cinta memang boleh kekal ke liang lahat. Tapi rasanya hubungan begini amat rapuh.

Berhubung baik dengan suami tetapi menyintai lelaki lain... ganjil bunyinya kan?. Ini yang berlaku di zaman global ini.

Iyer terpesona itu memang satu yang pasti. Dari hubungan di internet ( alam maya ) terlanjur SMS, SMS biasa kira okey; ini bersimpul dengan kata bunga & pujuk rayu, siap kata sayang & bericon cinta lagi.

Ada lelaki memang pandai memujuk hati perempuan. Kita ini mungkin tak sepandai mana Sdr Apokalips, bagi pandangan dua kekasih suami isteri orang ini memanglah cinta sejati; bagi saya... amat menolaknya. Musibah yang bakal lahir setelah cinta sejati ini amat ngeri mahu diceriterakan. Ini memang masalah hati. Berat!.

Nasihatkan sahabat Sdr Apokalips itu banyakkan bertaubat, Solat Hajat & Istikharah agar beliau mendapat pertunjuk dari Ilahi.

Apokalips berkata...

Salam Abg Idan..
Terima kasih atas komen yang berisi. Saya setuju, sejati manapun cinta terlarang.. ia bahaya, boleh membawa mati. Sebab tu kita sering dengar orang cemburu membunuh atau bunuh diri. Insyaallah akan saya nasihati sahabat saya itu.

Saya suka komen Syahrul, tentang perhubungan dan cinta.

Bagi saya, perhubungan jika dilandasi jujur dan ikhlas, boleh membawa kasih dan bahagia.
Dalam apa bentuk perhubungan sekalipun..samada suami isteri, rakan sahabat, boss/pekerja mahupun saudara mara.
Asalkan kita tahu batasannya.

Seronok berdiskusi tentang kisah sebegini..kan. Memang lumrah kita manusia, perlu hidup dengan kasih dan sayang.

~seharusnya saya dipanggil Sdri..hihi.. atau adakah panggilan Sdr juga dibolehkan utk kaum hawa? Mungkin saya yg tak tahu:)~

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Sedikit terpanggil untuk bertanya; maaf saya tak bernama. Anggap saja saya seorang pesakit.
Begini:

1.kemungkinan untuk seorang isteri menyukai lelaki selain suami sendiri adalah wujud. (mari kita ruangkan kepada cinta internet sahaja)

2.Ada pelbagai faktor yg mempengaruhi;

a. Isteri memang tak cinta suami

b. Sang suami jauh atau tak melayan dan curang

b. Isteri memang tak pernah kenal erti cinta dan melalui internet berkenalan dan mengetahui apa erti cinta

3.Isteri rasa bahawa hatinya tertarik dan menyukai lelaki tersebut.

4. Tanpa ada niat untuk melayani nafsu syahwat, isteri akur dan jatuh cinta.

5. Isteri tanya, adakah hukum atau nas yang jelas mengatakan Haram mencintai selain dari suami? Hadith mana? quran mana?

6. Melayan nafsu dan bertemu sapa berpegang tangan semua, isteri akui hukumnya jelas.

7. Isteri bertanya lagi, dosa kah mencinta?


Wallahua'lam.

Wakil Isteri

iDAN berkata...

Sdr Apokalips...(Sdr memang sy suka guna untuk Sdra/Sdri)

Saya ini bukan orang biasa bukan Ulamak... Ustaz atau boleh dijadikan pakar rujuk. Sekadar kita berbincang & berfikir bersama.

Saya pernah terfikir cinta sejati yang dialami sahabat Sdr Apokalips itu. Jujur tanpa bertunjangkan nafsu. Kenapa pula terlarang?.

Masalahnya jika dunia terbuka kini dapatkah kita mengekang keinginan berjumpa. Terdetik sahaja ingatan inginkan berjumpa itu juga sudah ada mainan dari musuh kita yang sentiasa menggoda. Syaitan Laknatullah. Mirip kepada zina hati.

Berulang kali dinyatakan agar kita jangan mendekati zina. Mendekati zina ini bagi saya boleh diandaikan dengan SMS atau Cit Cat yang berunsur mainan perasaan. Perasaan itu pastinya melibatkan hati. Zina hati memang sering disebut di dalam agama kita, amat bahaya terbiasa mengundang zina yang nyata jika terusan kita layani ia.

Jika sekadar SMS mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin itu tentulah tidak salah. Jika memang ikhlas.

Yang dimaksudkan salah adalah bila terdetik rasa hati ingin ketemu berduaan, mengadu rindu, mengimpikan mengadap bulan berdua. Iyer! laksana orang bercinta memang itu salah.

Dua kelemahan seorang lelaki di dunia ini. Pertamanya adalah kuasa atau harta. Bila ada kuasa & banyak harta mulalah ke arah terlarang. Keduanya memang perempuan, selalu amat lelaki segagah mana akan kecundang lantaran godaan perempuan. Terkadang berebut perempuan sanggup sampai berbunuhan.

Saya terfikir, kenapa tidak sahabat Sdr Apokalips tadi menukar perasaan cinta sejati tadi kepada persahabatan. Teringin ketemu pergilah berkawan, beramai.. jangan berduaan. Mungkin itu lebih menepati seperti apa yang dikatakan oleh Sdr Syahrul... perhubungan. Saya rasa dapat menerima ini. Cumanya kena tahu batasannya.

Ingat kepada panduan agama ini.

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah,

"Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah SAW menjawab,

"Bukankah kamu dapat melihatnya."

Kita tidak mengendahkan larangan ini berdasarkan dunia kita sekarang makin terbuka bebas. Seyogia apa salahnya kita membataskan diri agar pandangan kita terhadap lelaki mahu pun perempuan tidak bercampur tergoda, mendekati zina & segala yang berbau maksiat.

Maka itu sesetengah negara Islam membataskan perempuan ini memakai pakaian serba hitam ketika keluar rumah, takutnya tadilah... masalah pokok.. jika zina itu telah sukar dibendung.

iDAN berkata...

Sdr Tanpa Nama... (sudah jadi bagai Doktor Pakar Motivasilah pulak... menarik juga persoalan ini...)

Saya tengah mencari jawapannya; buat masa ini soalan Sdr Tanpa Nama ini elok kita bukakan untuk berbincang bersama. Mungkin ada kalangan pelayar blog ini terbaca boleh mengeluarkan pendapat mereka. Masalah yang diutarakan ini memang kerap berlaku. Malahan saya sendiri pernah terlibat dengan masalah ini. Sungguh Cinta Internet ini godaan yang menimpa ramai kalangan kita. Sudah dekat berbuka puasa. Adoi! saya kena buat kerja surirumah sebentar. Mungkin malam nanti boleh berbincang soal hati ini..!

Terima Kasih Sdr Tanpa Nama kasi respon!. Saya pasti keluarkan pendapat saya...

zeqzeq berkata...

Saat seronok dan istimewa bagi lelaki dan wanita bila RUANG dan sikap ambil kesempatan terbuka luas.

soal disedari pasangan di rumah, soal kedua.

Masing-masing mengetahui RUANG selamat sambil mengambil kesempatan, samada menggunakan TOPENG aktiviti atau lain-lain sebab biasa.(memang jujur INSAN itu).

Wakil isteri..soal hukum boleh tambah rujukan kepada pakar agama.

Uniq jika perhubungan tanpa nafsu, berapa peratus, niat awal lama-lama kecundang.

Bila saat merasakan apa yang terdapat/pandang, di luar lebih seronok dari pasangan masing2? ada kelebihan, logiknya terasa ingin mencuba?, mencari apa yang selama ini tiada.

jadi selamat mencuba ..qah qah qah (hasut sikit).

iDAN berkata...

Sdr Zeq

memang kita ini manusia sering begitu tanpa ada ruang... amat mudah terleka atau sengaja cari penyakit.. Apatah lagi jika kita sendiri jauh di negara orang... kejutan budaya itu amat bahaya...

(sungguh terlalu JUJUR insan ini)

Iman kita ini hanya setipis kulit bawang, itu yang amat kita takuti; segalanya terserah pada diri. Soal hati ini memang amat payah & ngeri.

Saya ada mengulas sedikit tentang masalah Sdr Tanpa Nama di Siri 3 Cinta Terlarang.

Tokok tambahlah di sana.