iDAN

10 September 2009

Gambar Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama (Hiburan)

Majlis Resepsi Perkahwinan Rima Melati dan penyanyi terkenal, Marcell selamat diadakan dengan meriahnya pada 28 Januari lalu di Restoran Tepak Sireh, Singapura.

Pada tarikh keramat mereka - 28 Januari 2009, mereka sah menjadi suami isteri menerusi pernikahan yang dianggap Marcell sebagai rahsia Tuhan. Majlis pernikahan yang diadakan di Restoran Tepak Sireh, Singapura itu cuma dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Ternyata mereka berjaya mengadakan majlis dengan aman dan tertutup seperti yang mereka hajatkan.

Malah atas dasar kesederhanaan, mas kahwin juga tidak disediakan untuk pernikahan kali kedua Marcell mahupun Rima ini. Memilih tema biru untuk malam pernikahan mereka, Rima menyarungkan pakaian daripada L.A.B Bridal Couture. Majlis turut diserikan dengan nyanyian Imran Ajmain dan Man Toyak. Pastinya persoalan agama di antara pasangan ini menjadi bahan bualan ramai. Ternyata perbezaan agama di antara mereka bukanlah menjadi masalah untuk hati dan jasad bersatu.

Rima Melati beragama Islam sementara Marcell adalah penganut agama Buddha dan masing-masing masih kekal dengan fahaman tersendiri. Bagaimanapun perbezaan itu bukanlah penyebab besar majlis tersebut dijalankan di Singapura. Tetapi memandangkan keluarga pihak perempuan lebih ramai bermastautin di Singapura, maka kota Singa menjadi tempat pilihan mereka.

Malah seakan-akan sudah memikirkan bakal berungkai persoalan agama ini, Marcell terlebih dahulu menulis dalam blognya:

“Masyarakat yang damai adalah masyarakat yang seimbang, iaitu masyarakat yang dengan lapang dada mampu menerima dan menghargai perbedaan dan pada masa yang sama tidak mengetepikan dan meremehkan aturan dan norma yang berlaku. Dan motivasi daripada kesemua tindakan ini tiada lain adalah rasa cinta dan kasih.”

Rima Melati yang dihubungi lewat panggilan telefon kedengaran bahagia namun masih dalam kekalutan menyiapkan banyak perkara tertunggak. Sewaktu dihubungi, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke negara kelahiran Marcell, Indonesia. Ternyata perkahwinan dan peluang kali kedua dalam hidup masing-masing digunakan sebaik mungkin untuk menjadi pelengkap melayari kehidupan.

Sebelum ini Marcell pernah menikahi penulis terkenal Dewi Lestari dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keenan berusia empat tahun. Manakala Rima pernah menjadi suri hati lelaki bernama Davin James Cook serta dikurniakan seorang anak lelaki bernama Edga yang kini berusia 20 bulan.

Jodoh dan maut memangnya di tangan Tuhan. Siapa tahu perkenalan awal tahun 2006 sewaktu masing-masing masih bergelar suami dan isteri pasangan lain merupakan detik penyatuan mereka hari ini. Laman web Facebook menjadi penghubung dan akhirnya temu janji pertama pada April 2007 menjadi titik awal dan memori indah buat pasangan ini. - Kosmo

iDAN: Saya amat berharap si Marcell ini masuk Islam. Dalam pegangan Mahzab kita Mahzab Shafie apa agaknya kedudukkan anak yang bakal dilahirkan; Jika ibu atau ayah bukan beragama Islam. Para Mufti kena keluarkan fatwa yang jelas jika tidak nanti apa akan jadi kedudukan Islam kita di Malaysia. Jika telah ada fakwa eloklah diuar-uarkan selalu agar masyarakat tidak keliru.

Rukun Nikah
Perkahwinan yang sah mengikut syarak ialah perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya.
Rukun nikah mengandungi 5 perkara:

1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. 2(Dua) Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul

Seharusnya dimasukkan di dalam rukun nikah itu Islam. Agar semua umat jelas. Setahu saya kes IFC yang riuh dulunya diperkatakan di Malaysia membenarkan pengikutnya berkahwin dengan lain agama. Apakah penghujungnya IFC ini.

4 ulasan:

Datuk zulshaari berkata...

iDANRADZi salam buat dirumu..

Cetusan berkata...

moga 2 virus begini tidak merebak ke MaLaysia

iDAN berkata...

Sdr ZulShaari..

waalaikumussalam... Terima kasih lantaran sudi mampir di blog ini... agar kita terusan berhubungan.

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Rasanya di Indon juga timbul masalah yang sama.