Jika andapergi mebeli belah, pasti anda akan terjumpa jurujual yang selalunya menempel dengan gerai kecil untuk menjual barangan bernama Frico.
Semalam Mila balik dari Giant Kajang sarat dengan barangan Frico MicroWave Oven, Vacum & dua berangan lain. Perniagaan syarikat ini guna hampir-hampir menyamai Gores & Menang. Menggunakan konsep beli satu barang & ada cabutan bertuah menawarkan barangan lain. Cuba anda ke situs ini. http://www.frico.com.my Memang syarikat ini ujud di Taman Perindustrian Balakong Jaya 2, malahan anda boleh membeli barangannya melalui online. Cumanya cuba anda bandingkan harganya dengan barangan berjenama seperti Panasonic, Sharp, Toshiba, Nasional atau sebagainya yang menjual produk yang sama.
Harganya di internet rata-rata lebih dari tiga kali ganda berbanding barangan lain. Mengikut akta jual beli sememangnya kita tidak boleh membandingkan harga antara lain jenama. Namun tidakkah kita rasakan tertipu dengan harga yang begitu tinggi yang ditawarkan dengan kuantiti yang kurang lebih.
Kelebihan barangan Frico adalah gerentinya selama dua tahun. Mungkinkah lantaran tempoh gerenti yang panjang maka mereka berhak meletakkan harga yang mahal.
Vacumnya berharga RM 2,699.00 bersama MicroWave Oven RM 2,999.00 bernilai RM5,698.00. Jurujualnya akan mengatakan betapa untungnya pembeli hanya perlu membayar RM2,500.00 dengan dua lagi hadiah bernilai lebih dari RM500.00. Anda akan untung lebih dari RM3,000.00. Mana tidaknya kita tertarik. Tidakkah ini sekadar mengelirukan pelanggan.
Jika kita membeli Jenama lain MicroWave Oven & Vacum yang sama sekitar RM1,000 Panasonic MicroWave Oven cuma sekitar RM600 & Vacum yang menggunakan fungsi asasnya air sekitar RM400 sahaja.
Yang harus diingat barangan elektrik kini apakah tahan lama. Selalunya sekitar setahun habis sahaja gerenti ianya akan rosak. Itu yang terjadi jika kita membeli Pemain DVD contohnya. Ada yang yang hanya gerenti 6 bulan sahaja.
Tak pasti lagi bagaimana khidmat senggara atau servisnya setelah membeli. Bagi mereka yang telah membeli jenama ini bolehlah berkongsi pengalaman.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) elok juga sesekali memantau syarikat jualan seperti Frico ini. Rasanya harga jualan melalui online di dunia maya memang amat tinggi. Meletakkan harga asal yang tinggi kemudian membuat potongan atau tawaran harga murah pastinya satu kesalahan. Takutnya ini sekadar mengaburkan mata pengguna.
Kuasa membeli di tangan anda, terpulanglah atas minat kita terhadap sesuatu barangan. Seperti yang kita tahu amat jauh berbedanya harga Penapis Air antara satu jenama dengan jenama yang lain. Ada perbagai cara syarikat memujuk pelanggan membeli Penapis Air ada yang sampai membuat pinjaman bank semat-mata mahu menjual Penapis Air melalui Perniagaan Jualan Langsung (MLM). Ada perbagai ragam fungsinya pun jumpalah penapisnya. Cumanya adalah lebih murah jika kita membeli di pasaran terbuka berbanding barangan jualan langsung.
Apakah syarikat perniagaan secara MLM ini tidak semua dipantau oleh FOMCA?. Apakah apabila ada aduan sahaja barulah FOMCA akan bertindak. Entahlah.
PUSAT KHIDMAT ADUAN MALAYSIA (NCCC)
|
5 ulasan:
Terima kasih kerana selama ini sudi melontarkan pandangan di blog saya.
Blog saudara saya link kan di blog saya.
Memang, kekadang pandangan kita berbeza, itu fitrah manusia. Tetapi usah sesekali 'letih' melontarkan pandangan anda.
Sdr Alid
Tak sangka orang kata ikan di laut asam di darat dalam periuk ketemu juga...
Banyak negara yang telah Sdr Alid bertugas & tentunya banyak kenangan di setiap negara. Agar kelapangan Sdr akan rajin menulis kenangan di setiap negara pastinya banyak yang dapat kita kongsi bersama.
Bahasa itu akan memainkan peranan penting dalam mengeratkan jalinan. Lagi banyak bahasa yang kita fasih lagi memudahkan perjalanan kita.
Agar isterinya akan cepat mahir berbahasa Melayu & tentunya tidak rasa janggal bilamana ketemu saudara mara di kampung.
Begitu juga Sdr Alid lagi cepat mahir bertutur dalam bahasa Myanmar pasti akan lebih mudah & cepat mesra dengan saudara mara sebelah isterinya.
Sdr Mazidul sebenarnya saya adalah sahabat baik Tuan Haji Yasin yang tinggal sekampung dengan Sdr. Saya pernah bertandang ke rumah Tuan Haji Yasin maka itu saya tahu Sungai Bil.
Sejak awal ujudnya blog Sdr memang saya rajin membaca tetapi tidak sempat memberikan reson atau pandangan. Sejak bersara ini saya punyai banyak masa terluang itu yang membuatkan saya rajin memberi respon di blog Sdr.
Saya tahu sebagai wartawan terlalu banyak terikat dengan perbagai perkara terlarang dalam tulisan tetapi apa yang saya amati penulisan Sdr Mazidul tidak memihak ke arah mana-mana faham politik. Lebih terbuka & tidak sampai menyinggung mana-mana fahaman politik.
Bagi saya fahaman politik mana pun bukanlah penghalang untuk kita menjadi rapat & mesra. Fahaman atau pegangan politik itu adalah hak individu & diri masing-masing. Kita tak baik menerjah atau bersangka buruk dengan mana-mana pihak atau parti politik lawan. Sudah namanya demokrasi maka itu memang ujud perbagai fahaman politik.
Terima kasih kerana sudi link kan blog saya di blog Sdr. Ianya satu penghormatan yang besar & agar saya lebih terbuka serta lebih berhati-hati menulis; bilamana telah luas untaiannya pastinya akan bertambah pengunjungnya. Ramai pengunjung pasti perbagai pula penerimaanya.
Tegurlah jika ada yang tak kena dengan bahan yang terdapat di blog saya yang tak sepertinya ini.
Agar kita akan terusan dikenalkan.
salam perkenalan..
so that mean jenama frico ni mmg x worth it utk di beli ker?that mean sy antara manusia yg terkena ker??adooiii
Catat Ulasan