MENGETAHUI bahawa ganjaran pahala yang diterima apabila menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan adalah berlipat kali ganda, maka umat Islam di seluruh dunia yang menyedari hakikat tersebut berlumba-lumba mengerjakannya.
Antaranya, menunaikan solat lima waktu dan solat tarawih secara berjemaah. Sama ada dilakukan sendirian atau berjemaah, solat mampu mendidik jiwa ke arah yang lebih baik.
Malah dengan bersolat, seseorang itu akan berasa lebih tenang dan dekat dengan pencipta-Nya. Justeru, tidak kira di mana pun mereka berada, solat merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.
Selain solat lima waktu, solat tarawih juga dianggap begitu istimewa kerana ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Ia dikerjakan selepas solat Isyak dengan rakaat-rakaat tertentu mengikut mazhab masing-masing.
Perkataan 'taraweeh' berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat dan rileks. Ini kerana selepas setiap kitaran solat (berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk), para jemaah akan berhenti seketika sambil mengalunkan bacaan selawat ke atas Nabi Muhamamd s.a.w sebelum meneruskan solat untuk rakaat seterusnya.
Berikut Kosmo! siarkan beberapa gambar menarik mengenai ibadah solat umat Islam di serata dunia pada Ramadan ini.
2 ulasan:
salam sahabat,
Terima kasih posting gambar
solat tu, melihatnya saja
menyejukkan mata dan jiwa
Mendapat ketenangan ketiga solat itu adalah satu anugerah.
Andai kata jiwa kita masih beku, keliru & buntu setelah solat pasti sesuatu yang tak kena.
Apatah lagi mereka yang solat masih melakukan larangan Allah SWT.
Kena banyak bermuhasabah & bermunajat diri.
'taraweeh' dedulu di kampung saya... siap berhenti kejap minum & makan juadah kemudian sambung semula... kenapa sekarang tidak lagi diamalkan?..
Catat Ulasan