iDAN

08 September 2009

Usia semakin senja 2 (Singgahsana)

Usia kita makin pendek. Pendek itu satu hal. Yang lebih merisaukan bilamana kita terusan diserang penyakit moden kini; sakit jantung, darah tinggi, diabetes atau lebih berat badan... gemuk atau obesiti.

Tak ramai yang dapat mengekalkan berat badan bila berumur 50an. Baik lelaki atau perempuan pasti akan menghadapi masalah ini. Puncanya tentu permakanan. Di samping kurang bersenam atau bilamana diserang sakit kronik.

Ramai kenalanku akan menghadapi masalah obesiti ini berpunca dari Batu Karang di buah pinggang. Bilamana buah pinggang sudah tidak selancar dulu berfungsi maka penapisan air akan perlahan lalu ketara amat perut akan boroi.

Bagi pengidap sakit Batu Karang di dalam buah pinggang peringkat awal; mungkin boleh mencuba ubat herba di kedai Sensei Cina; Shilintong. Harga Shilintong sekitar RM8 bagi 100 biji pill.

Kebiasaannya jika berat badan kita tidak seimbang segala penyakit akan mudah menyerang. Peringkat awal tentunya akan mengidap sakit Darah Tinggi lantaran kolestrol yang tinggi bila mana obesiti ini tidak terkawal.

Bila telah mendapat sakit Darah Tinggi akan amat mudah terganggunya kelancaran jantung kita. Maka itu aku amat risau bilamana sejak kebelakang ini ramai sangat mereka yang punyai penyakit kronik ini saban hari meninggalkan kita dalam usia masih muda. Aku yang punya pakej yang sama amat gusar dengan masalah ini lantaran aku ada segala penyakit & terpaksa terusan bergantung dengan ubat doktor.

Bila telah berkeadaan di selubungi sakit yang kronik ini terasa amat dunia semakin mengecil. Tenaga yang dulunya begitu sasa semakin tidak selesa. Tidur yang dulunya lena kekinian semakin terganggu. Selera yang dulunya layan belaka kekinian telah ada pantang larangnya. Paling terasa bilamana mahu menghadapi Hari Raya begini. Terasa bagaikan tidak segembira mana, mana tidaknya... usia yang semakin tua tentunya kita kehilangan ramai orang yang kita kasihi. Ibu & ayah, rakan & saudara mara. Bayangkanlah beraya dengan keluarga sendiri tanpa dapat berjumpa ibu & ayah apalah meriahnya. Sekadar menziarahi pusara ayah bonda kemudian terasa hambar beraya dengan juadah yang biasa. Mana nak cari Rendang Tok atau kuih Bahulu beracukan ikan emas ibu.

Maka itu aku selalu memasang impian mahu kembali ke kampung halaman. Banyak perkara boleh dilakukan di sana. Paling tidak memulihkan dusun Arwah Apak. Merumput menebas. Atau upah orang terangkan tanah terbiar, tanam semula atau buat dusun tersusun; tanam pisang, durian nangka madu atau jering petai. Buat kolam ternakan ikan. Tanahnya memang telah kutebus cumanya modal & kudrat sahaja.

Biarlah anak-anak pulang ke kampung halaman. Kita orang tua sekadar menunggu kepulangan mereka. Begitu seharusnya.. kan?. Kekawan pun boleh datang bermalam sebabnya sekitar kampungku kaya dengan tapak lombong yang boleh berikan, berkelah atau bercuti.

Siri Pertama

10 ulasan:

pengailsejati berkata...

Abg Idan Kene la Rajin2 Bersenam.Biler dh bergelar Orang Pencen Ni Banyak Masa Abg Idan Boleh Gunakan Untuk Bersenam..."Majulah Sukan Untuk Abg Idan"

Tanpa Nama berkata...

Jgn disesal pada penyakit, sesungguhnya ia peringatan kepada empunya badan. Amat beruntung bagi sesiapa yg matinya didahului dgn sakit. Sekurang kurangnya keinginan terhadap maksiat yg melampau semakin berkurang, dan lebih drpd itu apabila diri mahu bermuhasabah.
Sepatutnya kehidupan selepas sembuh itu lebih baik drpd sebelum sakit dan kehidupan yg tiada harapan sembuh itu sepatutnya disebokkan dgn perkara makruf dan mengabaikan segala perkara mungkar. Apa pun kematian sudah menanti di hadapan sana.

abuyon berkata...

salam Idan,

Saya fikir (orang Melayu jarang guna yang ini, biasanya saya rasa), saya tahu punca masalah tersebut.

Tidak amal saranan Nabi
Nabi dah kata, kalau makan
berhenti sebelum kenyang
dan banyak lagi soal-soal
pemakanan.

Kalau orang Nnayu dapat buat
apa yang Nabi suruh dan buat
selamat dunia apatah lagi
akhirat

Ke guane :)

iDAN berkata...

Kawan karibku PengailSejati

Memang betullah tu, abg kau ini amat kurang bersenam; Basikal yang Man Besar kasi tu pun berkarat di depan rumah, tayarnya kempis lagi.

Nak mulakan senaman sendiri memangnya amat payahnya. Itulah sebabnya moh! kita selalu memancing; kita kontak Abg Rusli tu boleh cuba naikkan ikan di Dengkil tu...

Tanpa Nama:

Bila terlalu banyak makan ubat timbul pula persoalan. Buat kata Dr Husni terlebih dos boleh timbulkan implikasi lain selalunya hati yang menjadi mangsa atau pun buah pinggang.

Telah masuk tahun ketiga sendirian berulang alik ke hospital memang memenatkan. Lagi lama dilanda penyakit lagi terasa diri ini banyak amat dosanya.

Apatah lagi bilamana tenguk pesakit yang mengidap sakit yang sama hari demi hari meninggalkan kita. Bila kita congak umur kita. Sah kita sudah di hujung usia.

(Apa persediaan kita)

Sahabatku Abuyon

Pemakanan itu memang punca utama
selebihnya memang perasaan & gangguan. Mereka yang sakit diabetes ini memang payah mengawal nafsu makan. Tekak itu bagaikan terbuka sahaja..

Hidup kena diteruskan jua
tak boleh nak disesalkan segala ujian; Hidup ini pun bagaikan satu persinggahan.

Namanya sahaja tua; bila kita ini memang di situasi ini. Kudrat mula berkurang. Ingatan mula pelupa, pandangan pun mula kabur. Pandangan kita pun terkadang ke arah nyanyuknya.

(Mila selalu marah bila saya sebut bebenda ini)

Maka itu sering saya tuliskan orang tua ini kena selalu diperhatikan sebabnya dia akan kembali ke zaman kanak-kanaknya.

Bersyukurlah jika kita masih segar bangun & tegar menulis.

Jika umur kita panjang pun pasti ke arah bongkok tiga;(pakai tongkat) memang sudah itu kudratnya. Kita kena kenal hakikat.

Tanpa Nama berkata...

Semua orang akan mati. Tiada mati yg mudah. Sesungguhnya Aisyah amat cemburu org yg mati mudah disebabkan Rasulullah sendiri tidak mudah matinya.
Ada saudara mara kita telah mati, ada sahabat kita telah mati, ada musuh kita telah mati, itu lah tandanya kita juga akan mati.
Jangan takutkan mati itu, tapi takutilah hidup selepas mati itu.
Perhebatkan kerja kerja ibadah. Sering guna dacing iman (bukan dacing BN)utk menilai aktiviti kita. Banyak baca Al-Quran utk mengubat nurani disamping ubatan utk rawatan jasmani. Insyaallah kebaikan juga akan dikurniakan Allah utk kita maupun ianya kematian.

YB

Apokalips berkata...

Salam perkenalan..

Penyakit itu satu ujian.. semua orang tahu.
Tiada penyakit pun satu ujian juga.. yang ini tak ramai yang sedar dan tahu.

Bila sakit, kita berjaga, bersedia, berwaspada.. umpama orang yang hendak pergi berperang. Malah kita bersiap untuk mengadapNya juga.

Tanpa sakit, kita ralit, gembira, bahagia.. umpama orang bercinta.. leka sentiasa.

Emm...bila difikir-fikirkan begini, bersyukurlah selagi kita masih mampu melihat indahnya dunia dan mampu melontar kata-kata mesra..

~sewajarnya panggilan apa yang sesuai ye.. saudara @ abang idan?~

Cetusan berkata...

as-salammm

tapitapi kan..
kalau nak rasa hati muda boleh lagi kan.

iDAN berkata...

Sdr Apokalips...

Saya sudah lima puluhan, bila ke pasar orang panggil Pakcik terkilan pula. Jiwa tu rasa muda lagi. Kekawan di ofis lama (saya dah bersara) semua panggil Abg iDAN. Kalau pelajar panggil Pakcik saya selalu tanya.

"Bila pula jadi anak saudara saya ini.." Ngusik merekalah, ada yang suka ada yang mencebek muka. Mesti hatinya berkata-kata!..

Ikutlah usia Sdr Apokalips.

Saya suka guna Sdr ini sebab rasa umum. Berbanding En. Tuan.. nampak tak mesra amat. Kalau Abg itu memang lebih mesra. Kalau usia Sdr Apokalips lebih tua; panggil iDAN pun okey.. orang Jawa panggil Edan (Air Done bunyi sebutan orang putih..)pula lain pula maknanya...!

Memang benar tak ada sakit tidak bersebab. Salah satunya lantaran dosa kita. Sakit itu untuk pembalasan dosa-dosa kecil kita. Dosa besar tidak tertulis. Banyak Hadits & kalam Allah SWT boleh kita kutip untuk menerangkan permasalahan ini.

Diriwayatkan dari Hasan Basri RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:

"Seseorang yang sakit panas, maka demam yang dirasakan itu menjaganya dari api neraka."

Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda:

Tuhanmu pernah berfirman, "Demi kemuliaan-Ku dan demi keagungan-Ku, Aku tidak akan berada dalam keadaan dari keburukan amal yang pernah ia perbuat dengan penyakit yang ada di badannya atau kesempitan dalam kehidupannya. Dan bila ia tetap sakit hingga meninggal maka ia kembali kepada-Ku bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya." Allah mengatakan kepada para malaikat, "Wahai para malaikat catatlah pahala amal bagi hamba-Ku yang sedang sakit sebagaimana pahala amal yang ia kerjakan tatkala ia dalam keadaan sehat."

Banyak lagi ajaran agama berkait rapat dengan menyuruh kita sabar bila dilanda penyakit.

Memang benar Sdr Apokalips, bila kita sakit terasa dunia makin kecil & amat sempitnya. Bayangkan mahu melangkah pun tidak sekuat dulu.

Apa lagi faktor umur yang makin senja. Bila kita dapati rakan-rakan kita semakin ramai meninggalkan kita, apakah kita masih berasakan kita akan panjang umur?. Bukan putus asa tetapi hakikatnya memang kita singgah sebentar sahaja di dunia ini.

Maka itu solat itu jangan ditinggalkan. Sebaiknya pergi berjemaah jika tidak berdaya lakukan juga biar pun ketika duduk atau baring di rumah. Itu jelas!.

Yang paling kita takut... Sdr Apokalips kita mati mengejut, kemalangan umpamanya... belum sempurna taubat kita, belum sebanyak mana amalan kita.

Maka itu bagi mereka yang berpenyakit ketika usia 50an, tak salah jika masih mahu sibuk-sibuk berkerja, kerja juga satu amal ibadat. Cumanya elok dipertimbangan keperluan diri, anak-anak & keluarga. Takutnya nanti asyik berkerja, kita leka tambahan jika kerja itu melibat perkara subahat; riba, jual arak, kompeni yang menindas orang Islam, organisasi yang terlampau mementingkan keuntungan; MLM umpamanya, jualan langsung yang mengambil keuntungan orang yang bermusibah.

Terpulanglah kepada tafsiran masing-masing.

Saya memang cukup gembira punyai respon dari pelayar blog yang tak sepertinya ini.

Sdr Zeq...

Iyer.. tak rugi berasa berhati muda. Jika kita ikutkan sangat diri tua, nak keluar rumah pun terkadang malu. Mana tidaknya perutnya dah memboroi. Wajah pun tak machoo lagi.

Saya pernah terjun mandi kolam, elok sahaja saya terjun semua orang keluar kolam renang tersebut & mandilah saya seorang. Tertanya-tanya juga saya..

"Sebab perut boroi aku ini ke?..." Cuba-cuba juga kempiskan perut... tak jadi.

Ada tempat kita memang kena berlagak muda. Biarlah orang kata tua tak sedar diri, sebaliknya akan pasti ada yang suka.

Rakan saya yang telah pencen 56 tahun masih aktif seharian membersih kubur, menggali kubur jika ada kematian. Nampak segak biarpun rambut sudah semuanya putih. Jika dia tidak berhati muda memang tidak akan kuat bertenaga & mampu buat itu semua.

Kalau berhati muda mahu ke kelab Dang Dut itu sudah lain. Kes ini Sdr Zeq kita kena bincang dalam bab lain.. :)