Drama Jepun; Terkadang aku suka juga melayan drama Jepun. Agak banyak juga aku membeli VCD Siri Drama Jepun yang agak murah di pasaran. Ada banyak Drama Jepun yang menarik. Kalau telah leka menonton drama Jepun memang semua kerja tak jadi. Rata-rata drama mereka ada sekitar 10 VCD , takkan habis sehari dua menontonnya.
Di jurnal lama aku banyak tersimpan tajuk cadangan antara Siri Drama Jepun yang menarik.
Sila Klik sini
Di jurnal lama aku banyak tersimpan tajuk cadangan antara Siri Drama Jepun yang menarik.
Sila Klik sini
11 ulasan:
cerita jepun akhir di tonton bertajuk autumn in my heart. itu pun sebab kat bilik kawan ada tv.lepas tu yang lain2 tak leh tgk dengan khusyuk. panjang sangat.
Cikgu,
Memang panjang drama Jepun ini. Banyak juga skrip mereka bagus & sesuai untuk tontonan keluarga.
Drama Korea pula ada juga yang okey tapi moralnya banyak juga bercanggah dengan budaya hidup kita. Jika dibuat pilihan saya lebih suka drama Jepun.
Saya tengok pakai internet je..pasang pc khas ada internet ke tv pastu tengok drama (streaming)..nak beli cd dvd tak minat sangat..guna space..
cuba mysoju.com...ok juga
abu
Menonton ni umpama pergi melancong juga. Saya suka tonton drama bersiri yang berkait dengan budaya dan cara hidup..contohnya Oshin.
Lagi best kalau drama tu banyak tunjuk scenery sesuatu tempat. Banyak yang kita boleh dapati dari sesebuah skrip dan latar drama bersiri yang baik.
Sdr Abu;
Saya pun jenis suka godek-godek PC, ada dua kad TV tapi asyik tak kesempatan nak konfigurkan. Driver untuk kad TV selalunya payah cari kalau hilang. Lagi pun kebanyaka komputer kat rumah ini jenis kutip-kutip & pasang sendiri. Perlahan amat!.
Baru bulan lalu saya ke Low Yat sekarang TV kad external yang jenis sambungan USB. Menarik tapi harganya masih agak mahal.
Saya mecari-cari cerita yang format fail AVI; gambarnya cantik. Banyak di Bittorent Streamyx kat rumah ini pelan amat. Kalau WMV tu memang banyak jumpa tapi gambarnya tak puas hati sangat.
Anak saya rajin muatturun cerita Korea. Saya tengah mencari cara nak muatturun mysoju.com ini nampak gambarnya cantik & jelas. Mungkin format FLV.
Kalau masuk ke DVD rasanya tak jadi masalah. Terima Kasih lantaran kasi URL ini.
suka dan minat bangsa Jepun, bangsa yang paling sopan di dunia..
Cite jepun mmg best!! tiap2 episod mesti ada moral & pengajaran yg tersendiri. tak mcm drama2 lain (melayu, indonesia, korea, etc.), tiap2 episod berakhir dgn tandatanya supaya org nak tgk lg episod2 yg seterusnya, langsung takde apa2 mesej.
Contoh drama2 yg bagus, Great Teacher Onizuka (GTO), Gokusen, Change, Pride, Attention Please & Ace Wo Nerae. Feveret!
Bonus: boleh blajar cakap nihon sikit2 hehe jaane! ;)
Sdr Zeq,
Tak dinafikan orang Jepun ini memang amat hormatkan orang. Tenguk cara dia tunduk pun kita sudah tahu.
Pun biasanya jika tetamu datang ke rumah mereka, mereka suka menyusun sepatu tetamu; buah tangan selalu menjadi perkara rutin.
Mereka tak panjang tangan, hinggakan kereta terbiar tak berkunci malahan kunci terjuntai di stering pun tak siapa mahu mencurinya.
Rasa selamat sangat berada di sana, biar pun kita orang asing sebab jenayah jarang amat berlaku.
Semasa di Yamagata ladang epal di sana tak berpagar pun tapi tak siapa yang mencurinya.
rakan saya pernah tertinggal beg yang penuh dengan barangan berharga di komuter; tak siapa pun mencurinya. Pergi sahaja di stesen yang mengumpul barangan tertinggal semuanya ada & selamat.
Tak sangka pula Dik Ieja ni suka cerita Jepun, rumah ini memang banyak cerita Jepun, sebahagian tak sempat nak tenguk lagi. GTO itu sudah tenguk.
Memang benar abg suka pengajaran dari ceritanya, amat berkesan di hati. Penulis skripnya memang bersungguh-sungguh & tidak suka mempermain perasaan di hati penonton bagai siri drama Indon. Cerita mereka memang bermoral & kenyataan kehidupan yang bertamadun.
Haah mmg minat sesgt cite2 jepun ni, siap wat koleksi! Mane2 yg lmbt sgt kuar dlm bentuk cd/dvd, saya download kat internet je :D
Infact saya penah mentioned ttg cite2 jepun ni kat blog tp agaknya masa tu abg iDAN x jejak belantara jiwa lagi kot hehe
Senang2 baca lah: http://belantarajiwa.blogspot.com/2008/04/with-love.html
salam perkenalanan... hmmmm... saya mmg gemar menonton drama2 jepun nih... setiap drama ada mesej tersendiri.. x rugi tengok.. hmmmm.. jemputlah ke laman blog saya- themasterzul.blogspot.com.. saya masih baru lagi buat blog ni... masih belajar..hehe
Catat Ulasan