Jika dulu pilihan utama adalah MIRC, sebabnya ianya tidak menganggu Windows macam YM juga, muat turun perisiannya & install. Lancarlah nak bercit cat sepanjang hari. Masalahnya MIRC & YM terpaksa kita mengadap komputer tak boleh bergerak ke lain. Maksudnya kena benar-benar tertumpu kepada perbualan@cit cat. Aku paling menyampah bercit cat ini bila kita bertanya sesuatu bukan main lama baru dijawab, silap-silap kita tunggu-tunggu talian pun terputus. Terlopong sendiri. Buang masa betul. Pun terkadang rakan yang bercit cat dengan kita itu pula bukan hanya melayan kita, mungkin ada dua rakan bercit cat sekali gus, mungkin juga lebih dari itu. Akhirnya dia tutup komputer tanpa memberi salam. Bagus betul budi bahasa ICT ini. Kita di depan komputer tertunggu-tunggulah, tapi tak tahu apa matlamat & hujungnya perbualan kita.
Bagaimana pula jika kita menggunakan Webcam?. Pakai pembesar suara pelbagai. Tak semua berminat, kalau mahir pun payah nak berbual, ramai kalangan Makwe malulah pula wajahnya tak cantik di skrin; Itu yang jam 2:00 atau 3:00 pagi terpaksa tenyeh bergincu lagi sebab nak cit cat dengan Pakwenya guna Webcam. Nak menggodalah tu!.
Maka itu jalan terbaiknya adalah ruang forum, ruang forum ini lebih terbuka. Tetapi ramai pula yang tidak bersopan & terkadang menyakitkan hati berforum. Bahasa yang digunakan hantam sahaja. Al-maklumlah orang tak nyata, wajah pun tak kenal menyamar selalu.
Tadi aku cuba guna FaceBook katanya ramai yang guna ini & lagi mudah berbanding Tagged, MySpace, Friendster & banyak lagi yang aku sering guna. Banyak pula menu dalam FaceBook itu aku tak mahir gunakan lagi. Jadi tak semeriah mana rasanya. Mudah guna Tagged, siap boleh kasi tag yang pelbagai jenis. Berperang dalam Mafia War memang leka.
Bila aku menung-menungkan aku lebih memilih Blog ini atau pun Jurnal yang lebih mudah & tak banyak gangguan. Sayangnya tak ramai rajin menulis blog. Ramai sekadar suka membaca. Tak ramai suka memberi komen (Respon) ramai yang lebih suka pelayar senyap.
Bila kita menulis & kita bercerita tentang kehidupan kita, kawan yang rapat pun payah memberi respon. Memang rasa orang gila berceritera seorang-seorang, sampai bila. Lebih ramai orang luar atau rakan yang tidak dikenali yang rajin menyapa kita; rakan yang rajin menyapa ini selalunya mereka yang memang peramah di dunia maya. Mereka yang memang rajin bersapa di laman sesawang. Rasanya mereka ini memang takkan akan kekal jadi teman kita. Teman sejati. .
Rakan yang yang sebegini, kita tak kenal rapat ini biasanya akan mudah senyap sendiri. Ikutlah kelapangan dia. Jika dia memang banyak masa senggang maka dia akan menghubungi kita melalui respon jika tiada lagi minat dengan dunia maya senyaplah dia. Sendiri lagilah kita.
Lagi bagus jika tiap rumah ada telefon talian tetap, boleh bual panjang tak menghabiskan duit! sampai beratus RM
Aku boleh ingat rakan di dunia maya ini yang tetiba hilang. Antaranya Deqma, Joyahhh, Salwanie, Diny, SheRa, aNNa_KaReNiNa, abushi, Linn, Maya@Junn & ramai lagi yang memang amat rapat denganku di dunia maya. Ada yang pernah berjumpa, ada yang pernah bertelefon & ada juga mesra di alam dunia sahaja. Kehilangan mereka ini amat terasa & misteri. Di SMS pun tak berjawab di dunia maya memang tiada akan jumpa lagi. Telah tinggal bagaikan bayang-bayang.
Rasanya rakan di dunia maya ini yang masih kekal cuma seorang dua; Salah seorangnya memang agak lama kenal si NurulJB; itu pun kalau di SMS, nak katakan Nurul ini rajin kasi respon di blog, tak juga. Tadi nampaknya dia rajin pula klik FaceBook. Angin betul kadang-kadang bila kita rajin berblog rakan karib tak baca pun, bila nak berbual di YM sudah tak ada lagi mereka yang rapat di sana. MIRC rasanya tak tahu pun nak gunanya lagi; nak guna server mana pun tak reti.
Teringat YB, YB ini rakan sekerja tinggal sekampung dengan Sdr Mazidul. Tapi dia telah berpindah & jadi orang kaya di Perak sana. Hilangnya dia ni bukan main lama, sampai e-mel pun tak berjawab. Aku pula memang tak suka guna Telefon Bimbit. Aku bukanlah nak jadi kaya tapi pengalaman dia meneroka tanah di kampung ingin juga aku kongsi, kononnya nak korek pengalaman dia. Terpaksa hantar e-mel ke bosnya di Unipetronas itu, baru dapat talian tetap. Talian telefon bimbit bagiku adalah mengorek duit rakyat. Tadi dekat radio bilang kita guna SMS setahun pun berjumlah berbilion-bilion, tak siuman ke apa orang Malaysia ini. Kemaruk nak masuk Tadika semula. Taip satu-satu senyum-senyum sendiri. Kalau aku menaip lagilah teruk, mata sudah rabun nak tenguk skrin kecil itu. Tak sanggup. Yang kaya syarikat telekomunikasi. His!.
Aku telah hampir setengah tahun sewa suara di TMnet, berbual 24 jam hanya RM10. Boleh berbual Seantero Malaya. Masalahnya talian tetap ke talian tetap. Bagiku kemudahan ini adalah terbaik untuk kita menjalinkan ukhuwah. Tapi TMnet tu nak kaya juga kena pengguna Streamyx sahaja yang boleh melanggan sewa suara itu. Semalam aku tenguk tawaran semula ada diiklankan di TV3. Masalahnya sekarang kebanyak orang Malaysia semua sudah beralih ke telefon bimbit.
Orang kita sudah kaya belaka; Tak mainlah berbual di telefon bertali. Lebih sanggup guna telefon bimbit sewaannya rata-rata RM30 sebulan... untuk prepaid umpamanya, sudah sebagai satu kemestian@keperluan hidup. RM30 satu telefon, takkan satu talian sahaja paling tidak dua talian sudah menjadi RM60. Padahal bagiku duit sebanyak itu beli Beras Siam Wangi lagi bagus. Jika keluargaku dekat-dekatlah sebulan baru habis 10 kg beras Siam Wangi berharga sekitar RM30.
Mana nak guna kabel di rumah lagi. Mana nak cari orang guna talian tetap lagi. Ah! penat aku pujuk rakan di Tagged, nak berbual di talian tetap, dengan siapa pun tak sudi. Takkan asyik nak kacau rakan pejabat lamaku berkerja. YB antara rakan jauh yang ada talian tetap di pejabat. Payah juga nak kontak dia di pejabat. Di rumah mungkin dia guna Broadband Celcom ke apa!. Adoi! payahnya.
Sebulan aku guna prepaid sekadar RM10 ke RM20 sahaja masalahnya aku memang jarang buka telefonku. Aku pernah ceriterakan kenapa malas buka telefon bimbit ini. Buat fobia sahaja. RM20 itu berapa jamlah boleh bercakap berbanding dengan talian tetap tadi!.
20 ulasan:
Hehe lucu saya baca entry abg iDAN ni.. teringat masa zaman aktif chatting kat mirc dolu2, sampai sanggup bjaga sepanjang malam semata nak chatting! haha tp tu cerita masa remaja.. lepas masuk U, pelan2 kegilaan mirc bganti dgn messengger. Kalau dulu plg femes hotmail & yahoo laa :)
Rakan2 maya ni memangnya pelbagai. Tp ada antara rakan2 maya saya, masih lg kekal berhubung sampai skrg. Malah ada yg sampai tiap2 tahun dtg beraya ke rumah. Cumanya bila masing2 dah ada komitmen, dah kawin, ada anak & sbg, kemesraan dulu kian pudar.. Tp keadaan mcm tu boleh faham laa kan. Normal.
Oh klu abg iDAN buka facebook, boleh laa saya add abg. Nak cari bawah nama apa ye?
Nak kembali mengunakan talian tetap semacam mustahil...
Mak dan ayah saya pun guna handphone... jarang benar terdengar deringan telefon rumah sekarang ni
nice one. betul ape yg awk ckp tu....tp bukan semua nye camtu...tiap2 org berbeza....i ader banyk kwn2 cyber..ader yg pergi tanpa jejak ader yg still go on smpai skunk nie...dunia cyber..tak tau nape i btul2 suke kan nyer...i got full of frenz..wthin m'sia also outside mlysia...but in cyber world...the most important things is..BE YOUR SELF...
NICE BLOG!
he hhee (senyum ragu-ragu)_ macam terkena hidungku jerr
Dik Ieja
MIRC ini banyak kelebihannya senang nak hantar fail, gambar pelbagai. Masalahnya ramai juga yang hantar birus. Abg ada persisian MIRC yang boleh gegarkan komputer orang, boleh buat macam komputer sendiri, terutama kalau tak ada proxy server yang menghalang. Hotmail abg pun tak tahu apa jadinya. Hotmail lebih awal abg kenal banding Yahoo.
Iyer memang betul selalunya perkahwinan sering menghalang. Maka itu abg sampai sekarang menyamar tak tua-tua jika mahu mencari kawan dalam cit cat. Kalau ngaku sudah tua, siap panggil Pakcik rasanya memang kurang bebas berbual.
FaceBook tu tak reti nak guna, memang ada daftar tapi minta maaflah entah bila kurun akan abg buka. Biasalah nick abg... idanradzi dan kelopak.
Sdr Adyn,
Memang mustahil pun rasanya nak katakan 20% pun payah rumah kita ada talian tetap.
Tapi kalau ada duit lebih sewa suara itu rasanya okey! boleh bercerita panjang-panjang dengan kekawan jauh. Apalah sangat RM10 di zaman sekarang dibanding kalau digunakan untuk mengikat ukhuwah.
Telefon bimbit tak dinafikan perhubungan terbaik masa kini, tapi kadar bayaran berbual pun SMS itu seharusnya lebih rendah.
Terima Kasih sudi kasi respon & ngintai saya di sini.
Sdr RyuJi SaTo,
Saya menulis begitu sebab apa kan?. Bila kehilangan seseorang dalam hidup kita memang amat payah untuk melupakan. Mereka ini dulunya intim dengan kita namun tetap lekat di hati. Apatah lagi kala kita berpisah itu dalam dilema; umpamanya perbalahan politik, tersilap mentafsir hati, atau tanpa apa hal pun.
Sedangkan sebahagian mereka ini, adalah rakan di internet yang sudah sebati dalam hidup kita. Ada setengah tu bertelefon dengan kita sampai berjam-jam. Mengadu semua masalah diri & peribadi.
Selalunya kahwinlah punca utama, suami atau isteri tak suka pasangannya berhubung dengan rakan internet. Suami atau isteri sukar menyakinkan kita jujur dalam berkawan. Terpaksa kita terima.
Tapi secara jujur saya mengatakan dunia maya ini sememanglah ramai penyamar & pengambil kesempatan; Namun kalau kita benar-benar ikhlas berkawan ramai juga kalangan kita menjadi ikrab & rapat bagai keluarga.
Bayangkan jika kita rajin baca blog Bro Mazidul & tenguk dia di TV kita rasa dia dekat di hati. Berbanding kita lihat si Wardina, biar pun kita minat sangat dengan dia, jarang dapat berbual atau berforum di internet memang bagaikan dia asing bagi kita.
Moga kita dapat terus dikenalkan; Dalam apa cara pun sebenarnya kita sebenarnya semuanya bersaudara. Cumanya rapat, mesra atau sebaliknya. Tapi saya masih terbuka, suka menambah rakan di dunia maya ini.
Sdr Zeq ni kan...
Saya sendiri cemburu bagaimana Sdr Zeq punyai masa, klik mana-mana blog pasti terbaca respon Sdr Zeq ini.
Saya berharapkan dapat menjadi rakan Sdr di internet kekal selalu.
Terus terang saya nyatakan tak sempat nak klik semua blog di dunia maya lantaran malam-malam jarang saya boleh klik internet masa amat terbatas.
Siang-siang pula sibuk menguruskan anak-anak & rumah tangga. Maka itu kut! yang lain pun begitu. Tetiba senyap.
Bila kita menulis & kita bercerita tentang kehidupan kita, kawan yang rapat pun payah memberi respon. Memang rasa orang gila berceritera seorang-seorang, sampai bila.
(Jangan risau sdr Idan, apa yang anda rasa ni bukanlah dirasai oleh anda seorang. Saya ada ramai kawan rapat tapi tak seorang pun kawan rapat saya yang pernah beri komen dalam blog saya, tapi ya, mereka membacanya. Sebab bila bertemu dia tau setiap perkembangan kita. Ramai yang komen pun, orang yang kurang rapat dengan kita dan selebihnya kawan alam maya. heheh... Sebab tu bila saya menulis blog, saya tak pernah harap mereka memberi komen, cukuplah saya dapat luahkan apa yang saya rasa. Dah lali begitu)
Lebih ramai orang luar atau rakan yang tidak dikenali yang rajin menyapa kita; rakan yang rajin menyapa ini selalunya mereka yang memang peramah di dunia maya. Mereka yang memang rajin bersapa di laman sesawang. Rasanya mereka ini memang takkan akan kekal jadi teman kita. Teman sejati. .
(Alamak... terasa plak. Jadi saya ni adalah teman yang peramah sedang mengisi masa senggang barangkali. hahahahhahaha.... Mungkin saya bukan teman sejati tapi saya adalah pendengar yang baik. Bukan saya kata... orang yang kata. hehehe... )
Tersenyum saya membaca respon Sdr Diana, saya perasan Sdr Diana adalah pengikut setia Bro Mazidul. Saya tak lepas membaca setiap komen di sana.
Bila saya telah bersara ini terasa pula rindu amat akan rakan lama. Kalau dulu saya ini asyik mengusik orang. Pepagi lagi telah berada di bilik kekawan berbual & tahu segala masalah peribadi kekawan. Kawan rapat saya pun tak seramai mana. Eris yang rapat dengan saya pun telah pergi sambung belajar di Australia; dia nampaknya suka dengan YM saya tak suka tertumpu sangat dengan YM tu!. Maka terpisahlah kami.
Ramai kenali saya sebab saya lama juga kerja di Bidang ICT. Faham-faham sahajalah kalau komputer rosak pasti ramai mengadu dengan saya.
Bila saya tenguk kaunter di blog saya semakin hari semakin kurang pelayar dari tempat kerja lama, maka tahulah kita mereka semakin melupakan kita.
Cuma itulah hakikatnya, minat orang itu berbeda, Saya macam Sdr Diana juga suka menulis; payah mahu pisahkan minat menulis ini. Apatah lagi ada ruang blog begini.
Saya membayangkan dapat kontak kawan lama dulu yang rata-rata seusia saya. Tapi nampaknya mereka ini masih leka mengejar kekayaan, mungkin sekarang ramai telah bercucu. Bila saya tertembung dengan rakan lama yang pencen, masih bawa teksi, masih bawa lori, sibuk dengan anak & cucu. Saya pula pencen awal. Di tempat kerja tu pula rakan sebaya masing-masing gila nak naik pangkat & nak kan pencen itu lebih tinggi. Memang tak sealiran dengan kehidupan saya. Saya sudah jadi orang miskin & sakit lagi.
Maka itu kalau nanti cita-cita saya tercapai & tinggal kembali di kampung halaman saya. Mungkin saya akan sepi dari alam maya ini. Saya akan jadi orang kampung hidup dengan ladang, berkebun, berikan atau menebas di dusun.
Di Jenaris ini rasanya amat tepu & jumud sekali.
Kehadiran rakan di blog ini seolah-olah mereka di Asyik FM, kalau kita buka Saluran sana pasti perasan orang yang sama sahaja yang tertumpu ke Saluran Asyik FM itu. Awek Jengka, 4 siti, Brother Handsome, Harimau Rimba, memang asyik orang yang sama sahaja mesra di udara.
Bagaimana pun saya berterima kasih kepada Bro. Mazidul yang mengenalkan kita. Setidak-tidaknya dapat jua kita bersama bertukar pengalaman kehidupan sesama kita. Kejap pun tak apalah.
masing punya cara utk meneruskn talian...bukan talian hayat kan..
yang penting jika ada waris2 teruskan..
mana tau terkena darah daging RASUL hhee dari Nabi Ibrahim.A.S..ke Rasul S.A.W
Salam Sdr Idan..
mana2 stesyen bym org sama..
KLFM..tak terkecuali..
rasanya bila Sdr Idan, guna avatar Alex yang manis..lelaki yang tak gatal akan segan untuk ber chat..lawa cun sangt..
hhee lain la jika insan berminat dgn Nawaitu lain..
dekat KG masih ada GPRS walaupun Broababd slow 3G slow..
selagi ada talian tetap..sekadar membuka alam Maya sedunia..
sambil menebas.berinfo tanaman dan kayukayan tak salah kan..mana tau dapat cerita dan berinteraksi dgn haiwan heee
MIRC..??lupa guna Id apa..he rasanya kita pernah Chat tak??
ala dulu yang teka lawak
"..apakah beza jalanraya dgn wanita"
"apa beza lampu stadium dgn lampu bilik tidur"
klasik lawak..
Sdr Zeq,
Nak cakap melalui telefon bimbit (hp) memang amat mahal. Baru bercakap dalam setengah jam silap-silap habis kredit. Saya pula jenis tak suka buka hp jadi memang bermasalah,
Pakej RM10 di talian tetap itu kalau nak cakap 24 pun tak kisah, rasanya itu memang cara mudah kita nak menjalinkan ukhuwah. Nak mengayat pun mudah. Tak risau bil melambung.
Sdr Zeq
Si Alex itu tak pernah pun kontak saya, Xsen sangat dia tu, pada hal dia masih pet saya di tagged.
Isk kalau 3G pun masih slow tak tahulah; pc ini baru kena birus. Sepanjang hari cuba selesaikan. Birus pun boleh lembabkan pc. Saya pakai Streamyx di rumah.
Saya guna nick kelopak di MIRC atau pun ||CaMaR|| tapi dah tak reti nak guna. Tak tahu nak pakai server apa.
AsyikFM memang sering saya buka, syok dengar orang asli nyanyi.
Teka teki tu saya tahu jawapannya.. tapi takut Cikgu marah jika terbaca jawapannya....
Teka-teki ZZ tu saya pun tau jawapannya. Hehehehe...
Bercakap pasal Avatar Idan, betullah masa mula2 nak balas komen Idan di Blog Bro Mazidul, saya bukak dulu blog Idan, nak memastikan jantina Idan sebenarnya, sebab muka makwe lawa tapi komennya macam dari seorang lelaki. Nasib baik tak serkap jarang je. Heheheheeh...
Sebelum ni saya pun peminat MIRC. Siap la ada channel (#) sendiri. Founder channel la konon. Ramai pulak pengikut channel saya tu. Tapi skarang ni kalau suh saya bukak mirc, nak 'connect'kan pun saya tatau mcm mana. Command2nya lagi la.... Lupa habis~!
yup dats rite...
lets take me as exmple...my blog...
saya buat blog nie bkn nak suh org baca sgt pun....kalau nak tgkkan comnnt..takder comnt...but i still have a silnt reader....nak2 kalau tak update blog...ramai yg tegur bile nak update...means bukan bererti komen boz tu kosong tader org bace...all my reader juz read but lazy to komen on it expct on certain issue....but no bad la....tiap2 org lain perception dye...:)..rajin idan menulis ek....keep going....juz remember..ALL PEOPLE CHANGE...juz kite tak tau bile dorg nie bertukar...myb esok, luse tahun depan or who knows rite....
Berblogging ni...kadang kala rasa serik juga. Orang boleh interprete macam-macam tentang kita. Sbb apa yang kita tulis, itu mencerminkan diri dan pemikiran kita.
Kalau silap tulis, makan diri juga..tapi sepanjang berblogging, mujur ramai sahabat yang sentiasa bersama dan memberi semangat.
Thanks to Abg Idan juga kerana terus menceriakan.
Harap-harap kita terus bersabahat ya:)
Sdr Nana;
Teka-teki nakal tu!. Ngusik org bolehlah.
Avatar tu sekadar daya penarik, selalunya wajah perempuan ini menceritakan 1001 daya tarikan. Di tagged memang kita boleh temui pelbagai wajah ciptaan Tuhan yang sukar ditafsirkan. Saya suka juga bermain pet di sana.
MIRC itu selalunya kita pinjam server orang, banyak sangat kisah pelik berlaku di sebalik MIRC maka itu mungkin org sebelah barat sana kini banyak blok pengguna dari sini. Mudah sangat nak godam pc orang jika guna MIRC. Terutama birus trojan terlalu cepat merebak melalui MIRC.
Memang tak reti lagi nak guna MIRC.
Sdr RyuJi SaTo,
Memang ada ketikanya menulis blog ini bagaikan rutin harian yang payah dipisahkan. Banyak antara pemblog menjadi popular lantaran ketekunannya menulis. Terutama jika penulis itu jauh dari kita & pengalaman hidupnya memang menarik.
Banyak yang boleh dikongsi melalui blog. Saya tak pasti kaunter mana satu yang memberikan ketepatan akan data pengunjung yang akses blog kita.
Saya aktif menulis blog baru sekitar 3 tahun maka itu tak seramai mana peminatnya. Lagi pun masalah masa lalu saya menulis di Easyjournal; server itu memang kurang penggunanya berbanding Blogspot, Sebelum itu dunia penulisan saya banyak berkisar dalam puisi. Itu pun tenggelam timbul.
Dulu rajin juga menulis di Melayu.com tetapi nampaknya bila server di sana berubah menjadikan ianya tenggelam begitu sahaja.
Rasanya blogspot lebih meriah berbanding server yang lain.
Bagaimana pun harapan saya kita akan tetap dikenalkan.
YangManis
Setahu saya yang rajin & kenal menulis ramai di kalangan guru. Ramai juga penulis yang saya kenali adalah dari kalangan kerjaya perguruan ini.
Tetapi blog nampaknya berbeda, pelbagai watak manusia dapat kita temui yang minat menulis. Cumanya tidak sempat kita mahu terusan mengklik blog mereka lantaran jumlahnya semakin ramai.
Jika ada kesempatan sememangnya saya suka membaca pengalaman hidup orang tetapi faham-faham sahajalah rutin harian sering menghalang banyak kena diuruskan.
Beruntung mereka punyai waktu senggang yang banyak & dapat mengenali ramai orang. Tak ada ruginya ramai kenalan.
InsyaAllah jika umur ini panjang pasti blog ini akan dibangunkan.
Catat Ulasan