iDAN

19 Oktober 2009

Faisal Tehrani (Delima Merkah)

Blogger iDAN said...

menggelikan hati Saudara Faisal Tehrani (FT)... ada unsur perli! Syiah!? Sila hidup dengan golongan mereka yang ramai belajar di sini & tafsirkan sendiri siapa mereka ini.! Baik Sdr FT mahu pun Sdr Nizam, kedua-duanya adalah saudaraku seagama tapi entah kenapa hari ini ada titik Nur dari Sdr Nizam terbitkan buat Sdr FT tetapi nampak berbalam penerimaan Sdr FT. Mungkin jiwa tua ini tidak mampu berfikir sehebat Sdr FT, maka dia lebih jelas & cerah pendiriaannya. Elok juga dibongkar perjuangan JIM tidak hanya sebut PKPIM, ABIM semata; banyak pertubuhan atau parti berunsur agama kita perlu dekati & dalami. Tak salah jika mahu merapati... & terpulanglah mengandaikan mana satu pilihan iman seyogia mahu menjadi ikutan pendirian masing-masing.

Itu antara komen saya antara perselisihan pandangan Sdr Nizam & FT

"Yang pastinya saudara mungkin saja akan dimasukkan ke dalam kem pemulihan akidah atau yang seangkatan dengan nya." Sdr Nizam menulis dalam komennya di blog FT.

Jika aku di tempat FT pun pasti terusik di hati. Apakah perjuangan penulis FT selama ini disalahtafsirkan hingga perlu disumbat di kem pemulihan. Siapa nan mendekati FT rasanya pasti tahu jiwanya bagaimana. Sukar kita temui jiwa setulus & sehebat penulis Faisal Tehrani apatah lagi melalui saringan penilaian dari ilmuan & para tekuh agama dalam banyak pertandingan penulisan yang FT menangi.

Pastinya ramai tertanya-tanya kena Sdr Nizam begitu mengecam FT, apakah lantaran sikap FT yang tidak pernah menampakkan atau memihak mana-mana parti politik. Bagiku penulis yang jujur seharusnya terbuka, dia bebas meluahkan pandangan peribadinya untuk mana-mana pihak. Dunia tulisan atau Penulis yang berjaya seharusnya tidak terlampau fanatik atau terarah ke sesuatu parti politik. Akan hilang sengat nanti.

Apa yang terjadi kepada Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad dengan novel Shitnya bagiku adalah kes terpencil lantaran dia tak mahu melihat orang Melayu kita terusan berbalahan. Pasti jauh di sudut hati Dato' Shahnon Ahmad pasti amat menyayangi Mantan PM kita Ayanda Tun Dr Mahathir mengenangkan jasa Ayanda Tun yang begitu banyak buat negara kita.

Perbalahan Ayanda Tun Dr Mahathir & DS Anwar adalah mainan politik belaka. Malahan dalam isu ini Ayanda Tun sendiri mengaku sekadar mereka-reka ceritera agar dia dapat menyekat pengaruh DS Anwar ketika itu.

Penyokong yang fanatik sahaja yang payah memaafkan.

Dalam isu FT & Sdr Nizam ini aku berharap mereka dapat menjernihkan keadaan. Bagiku kita jangan menyekat kreativiti seseorang penulis separti FT@Faisal Tehrani. Tegurlah sekadarnya jika dilihat dia menyimpang & aku begitu yakin jiwa seorang Penulis Besar seperti FT amat terbuka; kenapa mesti ditakut-takutkan dengan penjara. Apatah lagi diuar-uarkan mahu disumbat di kem pemulihan akidah sebegitu. Amat tidak manisnya. Saya berharap FT terusan berkarya jangan ambil hati sangat apa yang Sdr Nizam luahkan!.

Nota :

Aku selalu berbual dengan Pelajar Sudan. Aku bertanya kenapa mereka tak rapat dengan pelajar Iran, begitu juga dengan pelajar Arab yang lain dari Palestin Syria memang dengan aku bertimang-timang baiknya.

"Saya telah tergoda dengan Amoi Arab dari Iran itulah Asem!, saya ingat nak ikut kumpulan"

"Nak saya ngap! kepala awak!" Asem memegang tengkuk saya. "Mereka itu Syiah, iDAN kena tahu cantik pun buat apa, saya lihat sebulan dua mereka bertukar suami lain!"

"Itu yang saya suka!, kawin kontrak; mutaah!" Aku suka menyakat Asem sahaja. Asem menggeleng-geleng kepalanya. Aku tahu dia memang suka dengan Latifah Omar, pelajar tahun akhir yang kerab masuk bilik kami. Maka itu antara kami tiada rahsia lagi. Aku cuba juga memakat Latifah Omar ini! tapi tak jadi. Asem jenis pemalulah amat.

Aku pula syok amat dengan Amoi Arab pelajar master & PhD dari Iran. Ramai yang cantik. Kadang-kadang aku sanggup pusing-pusing masuk makmal berkali-kali macam orang tawaf semata-mata tak puas pandang Amoi Arab ini. Tetapi mereka memang tak bercampur dengan staf apatah lagi dengan pelajar lain; mereka dengan kumpulan Iran mereka sahaja.

Bila hari Jumaat pun kumpulan ini selamba sahaja tidak Sembahyang Jumaat tetapi mereka tetap Islam.

15 ulasan:

Cetusan berkata...

perbahasan adakah bersumberkan TV paper perdana??
atau dengar cakap??
atau hadir sendiri mendengar ceramah??

pelek juga ada insan yang menyamakan antara RASUL melayu dengan Ayah Pin dgn ABu ya, dgn TG Nik Aziz??

haram sudut agama haram sudut negara??macam TOTO?? macam PATI??pendatang haram jugak??

sama tapi tak tepat..

iDAN berkata...

Sdr Zeq

...ada insan yang menyamakan antara RASUL melayu dengan Ayah Pin dgn ABu ya, dgn TG Nik Aziz??...

RASUL melayu dengan Ayah Pin dgn ABu ya mereka ini sememangnya telah diwartakan menyimpang fahamannya dgn Islam sebenar; masih boleh ditarbiah & diperbetulkan fahaman mereka. Jangan kita hina mereka selagi mereka mengaku Islam pun tidak mensyirikkan Allah SWT.

TG Nik Aziz sering menerima serangan dari pihak lawan politiknya; di negara kita semuanya sedar suara pembangkang amat sedikit telus di media massa arus perdana. Maka kita menjadi keliru lantaran banyak maklumatnya kurang tepat & lebih memihak kepada pemerintah. TG Nik Aziz salah seorang yang menjadi mangsa ketidak telusan media kita.

Maka itu kita rajin mencari kebenaran di ruang lain yang lebih bebas & terbuka.

Secara peribadi saya masih tetap menghormati para ulamak baik di pihak BN atau pun PR lantaran tanpa mereka apa akan jadi kepada dunia Islam negara kita.

Perbalahan & berselisih pendapat itu biasa dalam mencari ketentuan yang sebenar. Jika tiada siapa pun bersuara dengan sesuatu kemungkaran apa maknanya kita hidup sebagai khalifah Allah SWT. Golongan yang terbaik membahaskan isu agama ada golongan ulamak; biarlah golongan ini menentukan sesuatu fakwa.

Terpulanglah kepada kita yang diberikan akal fikiran untuk menimbangkan mana yang baik mana yang meragukan akan pendapat sebahagian golongan ulamak ini.

Brahim Nyior berkata...

Hmm...

Selagi media menjilat muntah-muntah milik penguasa yang korup, selagi itulah rasuah akan membenih dan bercambah.

Selagi mana ada sifat mazmumah, bertambah kabutlah dunia kita...

iDAN berkata...

Sdr Brahimnyior!

Apa kata jika politik itu berubah nanti, pembangkang mengambil alih pemerintah.

Apa akan jadi dengan media massa arus perdana ini?.

Apakah akan dirombak; apakah akan terjadi penangkapan wartawan yang dulunya membelasah pembangkang & disumbat di ISA.

Jiwaku sebagai Penyair amat simpati dengan musibah kebebasan bersuara ini. Di Indon telah diberikan kelonggaran silap penggunaannya pula!

Di negara kita akhbar yang diterbitkan pembangkang pun sentiasa dipantau, inikan lagi TV tempat kita bersantai maklumat.

Kenapa manusia takut sangat hilang kuasa & menyembah mahukan kuasa. Apakah dunia ini amat perlu kuasa@duit melimpah muncah hingga tidak kenal lagi kesederhanaan?.

Maka itu tenguk ZEE TV si Preity Zinta menari lagi syok dari nak dapat maklumat di Berita Perdana.

Kita rakyat marhaen berharapkan perubahan tetapi bila!.

Cetusan berkata...

rasanya setiap pemimpin ada BLOGnya, tegur dan komen ke dalam blognya, bukannya berKOKOK mengatakan SAYA benar.

setahun jagung berilmu?? menengur tanpa HEMAH..

adat MELAYU?? yang muda dihormati..

saya TIADA airmuka dan jawatan..

menunjukkan TError(seMalaysia) bahawa SAYA berani menegur ULAMAK sebab saya benar??

orang lain tak berani menegur??

bahawa hanya saya yang LAYAK menegur??

Cetusan berkata...

Soal salah silap itu soal kedua, yang perlu di utamakan peradaban semasa menegur watak Melayu watak timur,
watak luar berbeza ganas dan kasar.
(orang luar semasa mengerjakan HAJI pun kurang sopan dan ganas, adakah kita ingin ikut jejak bangsa lain??)

cara menegur..

Melunturkan individu IJAZAH dan kelayakan akademik serta penyelidikan agama.

Penoreh getah pun beradat bila menegur jadi apa bezanya dengan mereka??

Ada penoreh getah menegur Abangnya seorang Iman, tetap ada CARA yang bersopan..bukannya mencanang sekampung, bahawa abang dia salah abang dia tak betul..

alahai RIAK dalam pembelajaran yang sejengkal.

yangmanis berkata...

Kebebasan menulis dan berkata-kata harus ada..namun harus juga berpada-pada. Tak salah jika sesekali menongkah arus, apa lagi kalau arus itu membawa ke lubuk puaka.

Saya gemar membaca tulisan FT, penuh pengajaran jika kita membaca dengan mata hati. Sekarang ini sedang membaca buku FT bertajuk Karya Nan Indah (panduan menjadi penulis)

asilahmuhajer berkata...

huhuhu...tak pandai nak komen tajuk ni.

lagi satu sebab tak ikut perkembangan dari awal..

Cetusan berkata...

memang tak salah, jika ada anak murid menegur; dari belakang.(polis tak tangkap)

"Cikgu (asilah), butang BRA tercabut"..

di depan anak murid lain..

merah muka cikgu,

yang seelo-elok berbisik di telinga..

--kes yang sama dengan ahli penduduk Kg yang angkuh/sombong mengatakan dia yang pohon jalan itu, jalan ini,jambatan ini, jambatan itu, kerana dia, sebab dia kuasa dia,

padahal ada campurtangan orang lain terbabit.

Tanpa Nama berkata...

Tiada paksaan masuk islam. Tapi kalau dah islam kena paksa ikut islam. Nak daleh daleh apa lagi

YB

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Sering kita dengar bantuan yang diberikan tak sampai sebab ada orang tengah yang korap; yang korap ini yang kena kita tegur. Caranya pilihan raya. Undi kita punyai kuasa.

Tak kiralah parti mana!. Cumanya semua rakyat marhaen kena sedar & disedarkan. Buatlah pilihan tepat. Jangan ada unsur provokasi.

Kalau ada murid bacul macam itu Cikgu, jangan kasi muka rotan sahaja Cikgu. Emak ayah dia tak ajar biar cikgu ajar.. kan?.

Sahabatku YB

Setakat itu sahaja yang mampu pemegang undang-undang ini melaksanakan. Pulak tu bercanggah antara dua; Syariah & Sivil.

Ini yang kena diperbetulkan. Siapa nak betul. Janganlah suruh orang macam saya ini ditertawakan orang sahaja. Penyair macam saya ini sekadar ada ilham sahaja. Mana boleh hidup dengan ilham semata.

Maka itulah topik asas tadi, siapalah pewaris Nabi kalau tidak para Ulama; janganlah kita sampai hina ulama!.

iDAN berkata...

Apakata.. andaikan para Ulama BN & PR bergaduh; maka timbul isu Ustaz Harun Din & adik beradiknya Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din nak memihak di mana?

Semua tahu kan?... kalangan mereka ada yang jati PR ada juga yang makan gaji dengan kerajaan. Macam mana tu?.

Sekadar mengingatkan!.

iDAN berkata...

Sdr Zeq;

Saya pun seperti Sdr Zeq, bab agama ini daiflah sangat. Amat takut mahu menegur sesiapa pun orang yang kita kenal dari jauh. Kalau sahabat baik telah tidur sebantal itu mungkin kita berani. Tahu segala tentang hati budinya.

Apatah lagi orang tua yang memang kita lihat amat jernih perjuangannya. Baik Ulama UMNO mahupun PAS jika bandingkan kita, apalah sangat ilmu agama yang kita ada.

Saya pernah tegur secara peribadi kpd FT dalam bab maksum ini di Blog dia. Takut terselit Riak. Riak sendiri mungkin boleh diampun tetapi riak sampai mengaibkan orang rasanya itu amat bahaya.

Hidup kita bukankah kejap amat, jika kita tidak sehaluan dengan mana-mana ulama biarlah antara setaraf ulama itu juga menegurnya. Teguran kita ini rasanya amat sifar sifatnya apatah pendidikan kita tentang agama sekadar faham sendiri. Sekolah pondok pun kita tak pernah sampai.

Memang betul berbanding bangsa lain semasa mengerjakan musim Haji; orang kita Melayu terpuji akan sikap & sopannya. Bangsa lain memang kita persoalkan. Asyik nak bergaduh sahaja.

Semasa saya di depan Hajar Azwad pun ada warga mirip Indon (Tak tahulah kut! Melayu kita, musuh saya sejak azali terusan mengekuri) disilatnya saya; berdebuk sebiji di perut saya, masa itu baru jarak sejengkal sahaja wajah saya mahu mencium Hajar Aswad.

Senak sakitnya buat saya tak bernafas seketika.

Maksudnya memang saya banyak dosa; di Tanah Suci pun terbiasa disilat-silat begitu. Saya pasrah sahaja; sudah dapat mengulus dengan tangan pun sudah cukup! Allah Azzawajalla tidak mengizinkan saya mencium Hajar Aswad; bukan ketentuan kita.

Itulah martabat diri kita.

Sebelum kejadian itu saya melorongkan seorang perempuan untuk mencium Hajar Aswad itu; tak pasti apakah kerana sikap saya itu membuatkan si Pesilat tadi marah amat.

Pasti berbeda jika ulama tersohor bila berada di Tanah Suci. PM kita sendiri pastinya diiringi jika mahu mencium Hajar Aswad. Kita ini rakyat marhaen amat naif, lurus & yakin dengan apa yang tersurat sahaja. Yang tersirat sememangnya Dia sahaja yang bakal memberikan.

YangManis

Tak semua orang dapat anugerah punyai bakat & kesempatan menulis seperti FT. Tekadang apa yang ditulisnya tak tercapai oleh kita. Tak sangka pula dia ada musuh.

Bayangkan untuk kita mendapat ruang menulis di akhbar pun amat terbatas. Saingannya amat besar. Bayangkan beribu-ribu puisi yang diterima sepanjang sebulan. Orang macam kita ini amat payah bersaing dengan penulis mapan.

Maka blog inilah sahaja mampu kita meluah kata.

Cikgu

Saya terklik blog FT & terbaca respon dari mereka yang tidak sehaluan dengannya. Biasalah Sasterawan Negara pun sesekali melatah sampai ramai menjadi musuhnya. Penat memahami dunia Penulis ini.

Jangan kita pula ada musuh sudahlah... kan?..

Cetusan berkata...

salam Idan chikgu,yang manis.

rasanya tiada istilah bermusuh dalam bicara, yang ditekankan adalah peradaban Melayu, melainkan pengomen adalah bangsa AFRIKA..

dari segi MAKSUM rasanya tak pernah dengar TGnik Aziz declare dia MAksum..sekadar dengar cerita mulut dan pengikut???
pernah dengar tak ustaz/wali 30 mana2 di dunia, yang dia sendiri declare maksum??

kalau nak dikira ayat/dengar dari pengikut??ada pengikut tegar ada pengikut yang menyamar.

pengikut Ayah pin pernah declare gurunya Maksum..
pengiktu Rasul pun kata gurunya tiada dosa??

Nota: saya rasa saya masih orang Melayu..yang tau beradab samada ;

jika ternampak Iman memakai kain pelikat terbalik?? adakah sanggup saya berteriak,
"WOI tok iman, kain pelikat terbalik" didepan makmun???

bila bilal salah sebut semasa azan, terus saya berteriak
"oii salah tu "

apakah tiada cara dengan berbisik??

iDAN berkata...

Sdr Zeq

Jika kita perasan adat menegur Imam disarankan orang di belakang Imam, pun ada tatacara yang dianjurkan.

Mewar-warkan aib orang janji Allah SWT akan pasti aib diri akan terdedah dengan sendirinya.

Cumanya ianya akan terbalas dalam terdekat atau lambat-laun hanta Dia nan maha tahu.