iDAN

19 Oktober 2009

Kahwin Campur 4 Delima (Singgahsana.)

Cinta aku tidak pernah mati. Biar pun terkadang aku rasakan dikau bagaikan menikam dari belakang, ingin membunuh cintaku agar kaku & beku. Kesepian & keterbiaran aku di rantau orang apatah lagi dengan impian wangimu yang tidak berbaur dengan hatiku menjadikan aku bagaikan sentiasa berselimut dengan awan resah. Aku yang melambakkan kata-kata setia tetapi kekasih yang bergelar isteri amat samar kubayangkan. Bagaimana Mila di sana, tiga bulan bagaikan tiga kurun aku terpenjara sepi, keliru & sangsi.

Kekinian Tuhan menemukan aku akan seorang insan lagi rawan berbanding denganku. Cinta Ayu yang memaksa dia sampai merantau jauh bagaikan tidak terjaga. Malahan Ayu dikekang oleh delima agama yang semakin pincang & amat gusar. Anak perantau yang terbiar. Isteri yang pincang akan kasih sayang. Apatah lagi dalam ketentuan agama. Aku pun bukanlah sekuat mana imannya. Tetapi aku tetap cuba membatasi hubungan antara hati & perasaan, jalinan nan jujur & batas agama. Aku tahu apa hukumnya isteri curang pun suami yang curang. Masalah Ayu bagiku lebih ke arah jiwa & moral. Agama & cabarannya. Aku mendoakan Ayu dapat menghadapinya dengan tenang.
"Hidup kita memang selalu diuji Ayu, ada ketika kita amat menyintai kekasih kita tetapi dia bagaikan tidak pun menyambut cinta yang ujud itu!" Tetiba aku bersuara untuk diriku sebenarnya.

"Ayu rasa tambah keliru apatah lagi Ayu berada sendirian di negara orang!"

"Bersabarlah Ayu, banyakkan berdoa agar Tuhan kita akan memberi pertunjuk!, nombor telefon Pusat Islam ini jangan hilang; sesekali Ayu daillah nombor itu kut mereka boleh membantu Ayu... abg teringin amat nak jumpa Kimura!"

"Nantilah Ayu bincang dengan dia, bila masa yang sesuai kita pun tinggal berdekatan...!"

"Abg pun lama tak rasa masakan orang Malaysia, boleh abg tenguk bagaimana rumah Ayu, abg cuma ada masa dua minggu sahaja lagi, lepas itu abg akan berkerja jauh dari sini, Abg akan ke Juo Machi di Hitachi! "

"Maknanya mungkin Ayu tak akan jumpa abg lagi!.."Nampak pandangan Ayu makin jauh.

"Abg akan balik ke Tokyo ketika mahu balik nanti, sekitar tiga bulan sahaja abg di sana!"

"Ayu rasa terlindung dapat berbual dengan abg!, ingatkan kita boleh jumpa lagi!"

"Isk! jam berapa sekarang ni? Isk! Ayu sudah hampir 11:15 malam, komuter terakhir sekitar jam 11:45 malam...; Nak ke mana kita lepas ini iyer!" Entah kenapa terkeluar pertanyaan pelik itu dari bibirku. Tidak terfikir pun aku akan terperangkap dengan soalan yang tiba-tiba terbit dari hatiku ini.

Ayu nampak termenung jauh, bagaikan ada sesuatu yang dia fikirkan. Aku juga terkenang jauh akan Mila, semalam ke Melaka dengan siapa? Siapa yang jawab telefon di Kampung Malaysia itu. Ah! mengarut setahu aku Mila tinggal sendirian. Operator Malaysia mahu menyakatku kut!. Dua makhluk Allah SWT tercampak jauh di rantau orang tersepit dalam dilema.

"Terpulang pada Abg iDAN, Ayu ikut sahaja!" Terpulang!!!... Huh! aku terbayang suami Ayu Muhammad Kimura. Aku orang Islam, berjumpa begini pun aku telah rasa bersalah. Rasa berdosa. Apatah lagi mungkin akan menerbitkan rasa cemburu di hati Kimura. Dari cemburu manusia akan hilang pertimbangan diri, hilang pertimbangan diri akan bila-bila boleh meletuskan pemberontakan jiwa. Jika kita orang Melayu popular dengan Amoknya; Bagaimana pula orang Jepun. Aku terbayang Ninja Kimura menghunus pedang Samurainya; berkilat silau tajam amat!

Dendam Sang Suami bukan calangnya; apatah lagi melibatkan maruah diri. Mana-mana agama pun mahukan penganutkan memelihara maruah diri ini. Terpulang pada aku?.

"Ayu!, Kimura pasti risau menunggu di rumah jika kita tidak balik-balik, apatah lagi jika dia tahu kita keluar berdua, kita balik sahaja!, lagi pun kita kini di negara orang!"

Ayu macam tergamam dengan jawabanku.

"Mana bil kasi Ayu bayar!..." Suara Ayu memecah kesunyian.

"Abg iDAN yang ajak ke restoran ini, biarlah abg iDAN bayar!"

"Tak boleh macam itu... Ayu yang telefon abg iDAN ajak keluar, lagi pun Kimura memang selalu kasi duit lebih untuk Ayu berbelanja" Ayu merampas bil dari tanganku, aku perasan bilnya sekitar RM170, biasalah di Jepun sarapan pun sekitar RM20.

"Okey! kita ambil jalan tengah 50%... 50%." Aku menghulur mata wang ¥ kepada Ayu. Ayu mengalah.

"Memang fikiran Ayu berkecamuk, balik tak balik pun rasanya sama sahaja... Abg iDAN, Kimura tak akan peduli, dia balik ke rumah pun sering dalam keadaan mabuk!. Silap-silap sudah lelap tidur. Betul juga kata abg iDAN kita di negara orang!.. Jomlah kita balik!... " Betullah itu. Di negara orang dalam sesuatu keadaan manusia ini akan lebih lupa diri.

Aku terbayang akan Mila, aku terbayang wajah takdir Tuhan akan membalas setiap perbuatan curang kita di dunia. Jika aku menduakan isteri secara bukan hak, pasti Allah Azzawajalla akan membalasnya lebih teruk & berganda dari apa yang aku lakukan. Begitu juga rumah tangga Ayu, jika aku tidak ambil kesempatan dengan kekosongan hatinya pasti Allah SWT akan bersamaku. Melindungiku. Jika aku dapat meredakan kegusaran seketika stes di jiwa Ayu mungkin itu hanya pemberian & kelapangan Ilahi buat Rahayu. Aku berharapkan Kimura akan dapat memahami keresahan hari Ayu. Mungkin esok lusa mereka dapat temui jalan damai.

Komuter agak kosong, udara basah musim luruh mengigit kulit. Ayu sekadar memakai Baju T lengan panjang; nampak kesejukan. Aku memberi dia pakai kotku; perjalanan dari Shinjuku & Sagamihara agak jauh; sejam lebih baru sampai. Di komuter Ayu banyak berceritera tentang masalah keluarganya di Malaysia. Dia rasa bagai jadi yatim piatu bilamana ibunya pun jarang sekali mahu bertanya khabar. Ayahnya pun telah bertahun-tahun tak tahu beritanya. Pergolakan Ayu dalam rumahtangganya amat gurur lebih gurur dari apa yang aku alami; mungkin!.

"Nanti Ayu bincanglah dengan Kimura, kata abg ingin kenal dia, itu pun kalau dia izinkan; Kirim salam kepada dia; nanti kalau mahu keluar lagi telefon sahaja. Jangan tak minta izin suami!" Aku tersenyum, Ayu nampak panik & tersenyum lebar.

Ayu membuka kot yang dipakai; kami berpisah di Sagamihara. Ayu akan punyai dua stesen lagi di hadapannya. Aihara!; mungkinkah aku dapat ketemu Kimura di Aihara.
Stesen Komuter Sagamihara 20 tahun lalu tak secantik kini.

Berjalanan kaki dari stesen Sagamihara ke asrama pekerja PCI sekitar 15 minit, jauh juga terpaksa menyusur lorong perkampungan Jepun. Lewat malam di Jepun tak perlu takut; tak pernah ada kejadian ragut & keganasan. Cumanya lewat malam begini; aku pernah diuji wanita Jepun mabuk berjalan seiring denganku, terhoyong-hayang !.. lain kalilah aku ceritera;

Di fikiran aku masih tergiang-giang perkataan "Terpulang pada Abg iDAN, Ayu ikut sahaja!" yang Ayu lafazkan di saat komuter mahu berakhir. Sampai rebah ke bantal busuk pun aku tertanya-tanya, apakah Ayu tersinggung keputusan yang buat tadi. Aku memikirkan yang tidak-tidak; Ah! titik soal itu. Tapi memang aku tidur tak tidur malam itu.

- bersambung

Kahwin Campur 5

4 ulasan:

IrNiS berkata...

abang idan, ni kisah benar ke?

iDAN berkata...

Laa! adik abg seorang ni!, tak sangka pula mahu membaca catatan abg yang janggal lagi pelik ini. Emmm! bila abg taruh (Singgahsana) selalunya ianya adalah benar belaka. Cuma nama di dalam tu tak semestinya benar takutnya nanti menyentuh mana-mana hati.

Irnis!

Kisah ini berlaku kira-kira 20 tahun lalu telah jadi sejarah. Bayangkan gambar yang abg rakam sendiri itu betapa cekedingnya abg ketika itu; sekarang telah boroi semacam.

Dulunya teringin mahu menulis kisah ini tapi tidak ada kesempatan sebab gila mengadap PC yang asyik kena godam. Sekarang bila ada masa abg cuba menyelongkar kisah lama. Kut! ianya dapat menjadi bahan baca berguna buat kita.

Apokalips berkata...

Akal fikiran vs akal hati vs akal nafsu? Susah tu nak pilih..

eh abg idan, kak mila tak baca ke cerita ni? huhu..

iDAN berkata...

Sdr YangManis;

Dia baca maka itu saya kerap kena sindir, jika dia ada di rumah memang saya tak berani klik blog ini.

Maka agak tersekat & terbatas ruang saya menulis, sejak dahulukala lagi memang Kak Mila amat tak suka saya menulis. Jika puisi saya tersiar di akhbar pun tak pernah nampaknya dia menyukainya.

Dia selalu kata kerja tak berfaedah tidak mendatangkan hasil. Asyik berkhayal!.

Entahlah sudah minat saya menulis; degil juga mahu menulis.